Dejavu di Kuala Terengganu- Bhgn Akhir!


Okay, peristiwa yang berlaku kat lab tu merupakan antara kisah 'aku dan dia' yang tak dapat aku lupakan. Walaupun, aku tak dapat tahu namanya disebabkan kecabulan mulut ku (eh, boleh ker kata begitu?) tapi ada sesuatu yang penting yang aku tahu. Agak-agak korang apa? Aisehh...tak kan tak boleh agak kot. Malu lah aku tulis entry syok sendiri gini... Huhu... Tak per lah kalau korang nak kata aku syok sendiri pun, yang pasti aku SANGAT PASTI yang aku TAK syok sendiri! Yep, sudah terang lagi jelas member si dia cakap yang dia nak berkenalan dengan aku kan? Kiranya tak salah lah tafsiran aku selama ni kan? Yang dia memang pandang aku selama ni. Yang weet weet tu pun ditujukan untuk aku. Walaupun member-member dia tu yang terlebih 'over' weet weet nya tapi kira betul lah kalau selama ni aku rasa yang ada sesuatu yang bermain di hati kami. 

Okay, aku rasa macam cerita aku nih dah nak meleret-leret macam novel pula kan. Kalau aku teruskan gaya penulisan macam ni confirm cerita Dejavu di Terengganu ni akan membiak menjadi berpuluh-puluh bahagian. Serious! By the time aku siap tesis phd agaknya 'tesis' cerita aku pun siap sama! Sebabnya kisah aku dengan dia ni sangat panjang. Maklumlah aku memang jenis jual mahal sedikit. Suka menguji. Konon! Banyak peristiwa lah yang berlaku. Lucu ada, suspen ada, air mata pun ada! Tapi, yang pasti setiap moment adalah gembira, mendebarkan, meng'koya'kan dan memberi petunjuk seolah-olah dia tercipta untuk ku. Aiseh...dah macam cerita Adam dan Hawa pula.

Kalau dalam cerita Dejavu di Kinabalu watak heroin mendapat jantung dari ex-girfriend hero, Maka sebab itu dia merasa dejavu antara dirinya dan hero. (Ampun! Saya tak ingat pula nama watak mereka dan nama pelakon tuh. Aisehh!). Tapi, aku pula merasa dejavu dengan si dia MUNGKIN dari sebuah lukisan wajah seorang lelaki yang tangan aku sendiri lukis. Konpius? Okay, pertama aku highlight kan perkataan mungkin tu sebab aku sendiri tak pasti. Yerlah perasaan ni semua kan anugerah dari Allah. Jadi, lukisan tu mungkin sebagai asbab yang mengikat jiwa aku dengan dia.

Begini ceritanya.....

Suatu hari rumah sewa yang aku duduk 'blackout'. Blackout ni memang perkara biasa. Cuma yang buat dia jadi luar biasa bila rumah kami aje yang blackout. Sebenarnya bukan blackout satu rumah pun tapi ruang makan, ruang tamu dan bilik aku. Puncanya sebab rumah lama, jadi pendawaian pun lama. Leceh lah nak explain bab elektrikal ni, dia aje yang expert dan tahu. Oleh kerana aku adalah orang lama kat rumah tu dan senior dan dikenali oleh semua jiran tetangga disebabkan keramahan dan kecomelan aku, (oppss nampak sangat aku cuba exaggerate cerita...hiks!) maka aku lah yang diberi tugasan untuk cari tukang elektrik. Dan tukang elektrik yang datang hari tu pakai kereta sebiji macam kereta si dia. Bukan tu aje, no plat kereta pun sama! Jeng...jeng...jeng....

Excited tak? Apa kata kalau kita sambung story ni mingu depan? Hihihi.... Okay, okay! Kita sambung sekarang jugak, demi mu Aidalela!

Yep, memang dia lah tukang elektrik tu. Panjang tinggi, kurus, berkumis, seciput jangut, berkaca mata, handsome! Memang sempurna lah kat mata aku ni. Kira dia memang ada ciri-ciri lelaki dan calon suami yang aku cari dan minati.

Sebenarnya dia pun terkejut juga bila melangkah masuk ke pintu pagar rumah kami. Hatinya dah berdebar bila kawasan porch rumah tu penuh dengan basikal. Paling buat jantung dia dup dap dup dap bila terpandang sebuah basikal tua yang sangat-sangat familiar baginya. Basikal yang selalu dia selisih di jalan raya di kawasan Uni. Basikal yang sentiasa buat hatinya berbunga riang walaupun hanya basikal tanpa tuannya. Basikal yang selalu parking di bawah pokok kelapa belakang makmal FST. (Exaggerate lagi! Hee hee...).

Ok, bila mata bertentang mata memang berdebar habis lah. Macam tak boleh duduk diam. Semua serba tak kena gitu. Tapi, beliau bukan berseorangan ada seorang budak laki dibawa sebagai teman. Aku cam budak tu sebab dia salah seorang ahli geng gagak merah. Malah, dia antara yang terapat dengan si dia. Actually, si dia punya berdebar sampai tak mampu nak masuk rumah aku. Hihi... Jadi, budak tu lah yang masuk dan baiki serta memeriksa apa yang patut sedang dia hanya tunggu di muka pintu. Elok aje duduk bersimpuh situ sambil bagi arahan kat anak buah dia tu.

Setelah budak tu siap baiki di ruang tamu dan makan kini tibalah ke bilik aku pula. Actually bilik aku tu tak ada masalah pun. Lampu blow aje. So dah alang-alang dia baiki yang lain minta dia tolong tukar mentol aje. Aku bab-bab memanjat ni memang gayat. So, dia pun carry lah tangga masuk bilik aku. Malu sih aku rasa bila bilik aku diceroboh lelaki. Mula lah menyesal sebab tak kemas betul-betul kan. Kot-kot ada benda yang tak sepatutnya dia nampak ternampak kan haru jadinya. Dah la budak tu kenal aku. Apa-apa mesti dia report kat cik abang yang tunggu kat depan muka pintu tu. Eee...malunya! Yang budak ni pun satu, takkan tukar mentol pun lama kan. Walaupun pintu bilik tu tak tertutup dan aku boleh nampak dia tapi malas lah aku nak mengendap pulak kan. Memang debar-debar aje hati masa tu.

Dan seperti apa yang aku khuatirkan, hal itu benar-benar berlaku. Masa budak tu keluar dari kamar aku dia senyum sengih-sengih aje. Oh tidak, oh tidak....tolonglah Ya Allah jangan lah dia ternampak apa-apa yang tak sepatutnya. Aku pun laju jer masuk bilik. Pandang kiri- clear aje. Pandang kanan pun okay aje. Kemas! Pandang belakang cuma tingkap dan dinding. Pandang depan pun okay aje. Cuma meja study. Standard lah ada buku sepah-sepah sedikit atas meja. Nama pun student kan. Ada gambar aku, mak ayah dan sebuah lukisan tangan aku yang ....dot dot dot..... Tidakkkkk!!!!!

Hahaha.....

Nak berhenti ke nak sambung eh? Macam best pula menaip-naip sambil teringat memori masa lalu. Hihihi... Kadang-kadang bila sembang dengan husband dan tanya kisah kami dulu-dulu, mesti dua-dua malu dan rasa lucu. Dia marah betul kalau aku baca balik email-email lama yang dia pernah bagi kat aku depan dia. Malu lah tu... ahaha....

Okaylah aku sambung lagi...sementara cik abang aku tu tak balik masjid lagi.

Dan seperti yang aku jangka kan budak tu memang beritahu si dia mengenai lukisan yang tergantung molek dekat meja study aku. Aku memang dah terjerat lah. Tak boleh deny tentang lukisan tu lagi. Memang malu juga sebenarnya. Lagi malu bila dia diam tak tanya apa-apa pun tentang lukisan tu. Nampak gayanya aku lah yang harus buka mulut dulu.

Dipendek dan pendek dan pendek kan cerita, aku sendiri tanya dia. Tapi melalui sms aje lah. Bersemuka? malu sih! Dapat nombor telefon pun sebab dialah tukang elektrik tu.

' Pendi ada cakap apa-apa ker masa dia masuk bilik hari tu?'
'Ada'
'Apa?'
'Lukisan tu...sebiji macam muka saya'

Begitulah ceritanya. Bila housemate masuk bilik aku mereka pun cakap hal yang sama. Sebenarnya susah orang nak masuk bilik aku termasuklah housemate. Bagi aku bilik sangat lah privacy. Tapi, bila dapat peluang masuk habis mereka tengok sana sini. Dan masa tu mereka kata lukisan yang aku lakar tu sebiji macam muka abang yang datang baiki lampu tu. 'Akak ada apa-apa dengan abang elektrik tu ker?' Itulah soalan-soalan yang selalu dipersoalkan.

Tapi, untuk pengetahuan semua, lukisan tu lama dah aku lukis. Sebelum aku jumpa si dia lagi. Memang dah lama. Masa tu aku baca sebuah cerpen mengenai watak seorang suami yang sangatlah romantis dan pengasih kepada isterinya. Cerpen islamik. Lepas baca tu aku terus meniru lakaran watak dalam cerpen tu. Aku ingat lagi aku pernah beritahu seorang housemate aku, "kalau dapat lelaki macam ni buat suami kan best. Dah lah handsome! Awesome lagi tuh!". Sejak tu aku tampal lukisan tu kat meja study. Sehinggalah akhirnya aku menemui insan mirip lukisan tu. Aku pun tak sedar masa awal-awal tu. Patutlah masa first time aku jumpa si dia ada rasa macam dejavu gitu. Rupanya muka dia ada iras-iras lukisan yang aku lukis tu. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Aku kini bahagia.

TAMAT- (anti klimaks sungguh!)
 
So, itulah yang dapat aku ceritakan. terima kasih pada yang sudi baca dan komen. Kalau nak tahu lebih-lebih tungu aku keluarkan novel dia nanti. Cehh, berangan tuh! Maaf lah kalau lama sangat bertangguh cerita ni. Maklumlah busy. So, hari ni langsailah hutang piutang ku dengan para pembaca sekalian. Harapnya semua berpuas hati. Al maklumlah bahagian akhir ni macam tergesa-gesa gitu. Tak sempat nak feeling mana. Pula tuh ending mati macam tu aje. Anti klimaks sungguh! Tapi,kesudahan cerita semua pun dah sedia maklum kan? So tak payah lah nak cerita semua satu persatu.Yang manis-manis tu simpan buat kenangan sendiri. Nanti menyampah pula orang membaca. Setiap orang ada kisah 'sweet' tersendiri. Tak gitu? Anda pula bagaimana?

Sebelum aku lupa salam maal hijrah. Jom lah kita sama-sama berhijrah kepada yang lebih baik. Aamiin!




3 Responses
  1. Chekgu Azrine Says:

    wow..dasat la sis!!serius hebat btul..blh bt novel..hehe

    salam maal hijrah!!

  2. Aida Lela Says:

    Ya Allah sweetnya. sebab lukisan tu dilukis sebelum kenal dengan dia. Allahuakbar.

    best oo layan jalan cite ni. boleh terbit novel ni ;)

    hebat sungguh penangan, sampai terkelu hingga 'anak buah' yang buat kerja. tokey bg arahan. hihihih

    *sesuai sangat gambar yang diletakkan dalam entry ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs