Salam!
Seriously I have been so lazy this week. Tak tau la pasai pa! Pergi Uni pun tak guna beb! Sebab I can't focus on anything, end up I will read novel. Jadi, apa barang lah kalau I pergi Uni semata-mata nak baca novel kan? Baik baca kat rumah boleh golek-golek atas tilam. Semalam khatam sebuah! Novel yang sepatutnya dah lama khatam tapi tak ada masa and semalam peruntukan semua masa untuk abiskan novel tu. Mujur lah eksperimen semua dah siap last week. So this week sepatutnya aku analisis data dan start writing manuscript. Tapi tuhlah, cuaca minggu ni cloudy aje so aku pun sedikit sebanyak terkena tempiasnya.
Adess, cuaca kat Ausie ni memang susah nak jangka. Satu hari boleh panas sepanas-panasnya. Sampai cecah 30 degree gitu. Serius, macam azab aje sebab kat sini tak macam Malaysia. Walaupun panas tapi kelembapan tinggi. Kat sini panas kering. Tuh belum suhu cecah 40 degree lagi. Mujur ya, setakat ni aku tak pernah rasa lagi. Seingat aku summer tahun lepas hujan jer memanjang. Kata orang summer paling sejuk di Ausie. Tahun ni jangkanya panas tapi Wallahua'lam, Allah juga maha mengetahui! Sebab tetiba jer the next day boleh sejuk, hujan and gloomy.
Ingatkan sebab cuaca, mood aku jadi swing semacam rupanya ada pengaruh hormon juga. Tup tup pagi tadi ABC (read as Allah Bagi Cuti). Patutlah pun kan? Tapi, selebihnya aku salahkan diri sendiri sebab kurang motivasi. Kurang muhasabah diri. Mungkin juga dah (2-3 hari tak baca surat cinta kekasih (read as Quran). Aku sedar bila satu hari kita tanpa peringatan dari ayat Allah, kita akan lalai. Satu titik hitam dalam hati. Sebab tu aku rasa macam tak aman damai jer hati aku. Macam gelisah. Macam-macam perasaan negatif. Akhirnya aku kembali kepada pangkal jalan. Mencari cinta (read As Allah). Baru ada sedikit suntikan semangat. Baru rasa sedikit kedamaian. Aku fikir kalau orang-orang soleh macam alim ulama' tentu mereka sentiasa rasa damai di hati sebab hati mereka selalu dekat dengan Allah kan? Bila susah pun tetap tenang sebab mereka tahu mereka ada Allah. Kadang-kadang rasa cemburu pula dengan orang-orang yang dekat dengan Rabb. Mesti jauh beza dengan apa yang aku rasa sekarang.
Tadi, aku tengok satu video kat youtube pasal seorang kristian convert to Islam selepas dia kemukan satu solan pada seorang sheikh ni. Masa dia mengucap syahadah tu aku rasa sesuatu dalam hati aku. Macam ada getaran gitu. Selama ni setiap hari kita ucap syahadah dalam solat tapi mungkin tak rasa sehebat tu. Mungkin sebab kita ni dah dilahirkan sebagai Islam jadi kita main follow aje apa yang mak bapak kita amalkan tanpa kita tahu hikmah dan sebab musabab. Tapi, bagi orang-orang yang mencari kebenaran ni lain. Sebab mereka mengkaji banyak agama. Mungkin dah macam-macam agama mereka anuti but in the end they know only Islam agama yang sebenar dari Tuhannya. Tentu orang-orang macam ni akan berpegang kuat pada Islam setelah hidayah yang diberikan daripada kita yang memang dah Islam tapi berapa banyak yang kita tahu pasal Islam itu sendiri, pasal Tuhan dan Rasul-rasulNya? Tiba-tiba aku rasa macam tak tahu apa-apa pula kan? Kalau aku boleh bertahun-tahun pertaruh masa untuk belajar dan genggam phd kenapa ya aku tak boleh luangkan masa untuk mendapat phd dalam Islam itu sendiri? Meaning that, tahu selok belok agama. Bukan sekadar ibadah kosong. Kalau kita sentiasa ingin tampak cantik dan molek depan suami, kekasih, kengkawan, ibu bapa, ketua etc kenapa kita tidak mahu tampak cantik molek depan Allah. Sebab kita pun tahu penghujung hidup kita di mana tapi tetap masih sibuk dengan urusan dunia.
Okay, memang banyak aku fikir sebenarnya. Sebenarnya tak niat nak tulis macam ni. Benda lain nak share tapi ke lain pula jadinya. Tak pe. Mungkin peringatan dari Allah untuk aku. Dan untuk kamu yang membaca juga. Tak tahu sampai bila hayat kita dipinjamkan. Jadi, kalau terlintas nak buat perkara baik eloklah kita mulakan saat ini juga ya. Dan aku berazam untuk lebih mengenal Tuhan ku dan Rasul ku. Aku berazam untuk menjadi muslim produktif yang boleh balance antara dunia dan akhirat. Dan aku berharap korang pun sama juga. Aamiin!
Aku nak share dengan korang semua video-video osem oleh Cik Beah Osem. She's so creative. Menggunakan kelebihan yang diberi untuk menyampaikan dakwah. Aku? Tak sehebat dia tapi tidak bermakna aku tak boleh menyampaikan dakwah juga. Dakwah kan tanggungjawab semua. Semoga dengan berdakwah kita juga dapat perbaiki dan tingkatkan diri kita sendiri kan? Insyaa'Allah..
Banyak lagi video-video beliau yang osem boleh cari kat youtube! Hanya taip kan Cik Beah Osem ya kawan-kawan!