Berat badan naik???

Saya tengah runsing. Berat badan bertambah. Kata orang normal bagi orang-orang yang tengah bahagia. Aduhai... Walaupun dihitung BMI tidaklah ke tahap 'overweight' tapi inilah kali pertama berat saya mencecah 50kg. Oh tidakkk!@hah
Gambar hiasan.

Tak ada siapa pun yang menegur 'kamu nampak gemuk'. Cuma nampak berisi dan kata mereka 'dah elok' tak kurus sangat macam dulu. Tapi, kenapa saya risau yang teramat ya? Rasa macam dah overweight. Adakah saya obses untuk menjadi kurus?

Walau bagaimanapun saya mesti mula mengawal pemakanan saya dan juga aktiviti harian saya. Bukan apa, dengan ketinggian yang ngam-ngam 5 kaki tak berapa nak elok kalau berat sangat. Nampak chubby lah. Melalui pengiraan BMI, berat badan saya tidak seharusnya melebihi 55 kg. Tapi, saya tetap nak maintain macam zaman 'single' dulu 46 kg. Itu pun saya dah anggap gemuk! Teruk kan? Saya rasa saya ada penyakit 'obses dengan kurus'. Saya pernah bercita-cita untuk mempunyai berat badan 40kg or below which is already 'underweight'. Nasib saya punya fikiran yang masih waras!

So, untuk mencapai misi tersebut (reducing weight), adalah baik untuk memahami tentang kalori. FYI, kalori adalah unit pengukuran tenaga bagi makanan iaitu 1 kalori= 4 joule. Diketahui, sumber utama yang terdapat dalam makanan adalah karbohidrat, protein dan lemak yang mana memberi nutrien dan juga membekal tenaga kepada tubuh untuk menjalankan aktiviti harian.

Jadi apa kaitan kalori dengan penurunan berat badan?
Kalau badan anda diberi lebih tenaga dari yang diperlukan maka lebihan tenaga tersebut akan ditukar ke dalam bentuk lemak untuk disimpan oleh badan. Contohnya macam aku ni lah, duduk rumah saja tapi makan macam lah orang yang kerja buruh binaan. So, secara lojik nya aku ada banyak sangat lebihan tenaga. Tenaga ini tak boleh hilang melalui kentut pembuangan angin sebaliknya tersimpan dalam badan sebagai lemak. Bila badan tak cukup tenaga, barulah lemak tadi akan ditukar semula kepada bentuk tenaga.

Kesimpulannya, berat badan bertambah kalau kita makan banyak tapi kerja kurang (metabolisme badan rendah). Tapi berat badan berkurang bila kita makan kurang tapi kerja lebih.

Jadi, untuk mengurangkan berat badan secara sihat tanpa menjejaskan tubuh badan kita mesti tahu jumlah kalori yang kita perlukan setiap hari. Jumlah ini berbeza mengikut jantina, faktor usia dan juga aktiviti harian. Anda boleh hitung menggunakan "BASAL METABOLIC RATE' or known as BMR kemudian didarab dengan faktor 'DAILY CALORIE REQUIREMENT' (DCR).

Bila dah tahu jumlah kalori yang diperlukan setiap hari, senang lah nak rancang dan pilih makanan yang tubuh kita perlukan instead of ikut nafsu. Di samping itu saya akan mula aktiviti bersenam secara berkala untuk meningkatkan tahap metabolisme badan. Bagi anda yang mempunyai misi yang sama boleh la rujuk laman cekodok.com untuk memahami tentang kalori dan juga pengiraan BMR dan DCR. Laman tersebut juga ada menyediakan 'food database' untuk anda mengetahui nilai kalori dalam setiap makanan yang anda ambil.

Lepas seminggu kena timbang berat untuk lihat hasilnya. Berjayakah saya?

Nota kaki: Untuk menurunkan 1 paun berat adalah bersamaan dengan 3500 kalori. Sedangkan skipping selama satu jam baru dapat singkirkan 700++ kalori...adesss....@tensyen

Tema warna: Bilik

Jadual minggu ini agak ketat sedikit walaupun saya bebas tanpa ikatan 'majikan-pekerja'. Saya menjadi supir ibu merangkap PA secara tidak rasminya. Business Plan yang saya sepakati dengan maksu pun nampak berjalan lancar walaupun sedikit kelewatan masa kerana butuh waktu. Yalah, minggu lepas ayahanda di masukkan ke wad. Jadi, semua plan terpaksa ditunda. Apa pun syukur semuanya selamat dan ayahanda beransur pulih. Alhamdulillah jua, untuk pertama kalinya ibu menghulur wang saku buat biaya ansuran bulanan kereta. Daku hanya berharap agar business plan ini berjalan lancar dan insyaAllah memberi pulangan. Dengan pulangan inilah aku akan biaya hidupku dan merancang majlis walimah ku. Ameen Ya Allah.

Sebenarnya hari ini aku excited. Renovation rumah di tingkat atas hampir beres. Tadi, si tukang rumah suruh pilih warna untuk kemasan dinding bilik. So, entry ini lebih kurang macam kesinambungan entry yang ini.

Lepas aku review nipon and ICI paint catalog, aku jadi rabun warna rambang mata. There are so many beautiful combination colors. Walaupun aku tak berapa suka baju warna purple but purple room nampak sweet and nice. Green colour pun nampak sejuk mata memandang. Uurrgghh...

Kembali kepada objektif dan matlamat asal pengubahsuaian bilik ini iaitu menjadikan bilik ini sebagai 'the wedding room' dan suit dengan tema warna majlis pernikahan, juga kelak menjadi bilik beradu kami. So, combination warna-warna ini menjadi panduan saya.

The first choice is the EARTH and VANILLA color from ICI paint (Made in Malaysia and cheaper). Earth tu warna cokelat gelap yang akan jadi picture wall bilik manakala sisi dinding yang lain akan dicatkan warna Vanilla macam aiskrim vanilla. Atau mungkin Vanilla tu diganti dengan something yang kehijauan sedikit. I think that is nice too. OR, Something like warna lumut as a picture wall combine with milk shake chocolate color? @fikir Jom google gambar dulu lah...


Something yang saya fikirkan. Cantik kan? (Kalau anda suka warna hijau lah..lol)


Yang ini macam too chocolaty kot. But still nampak menarik and classic....


Hurmm....@tensyen

Susahnya nak decide.... Nantilah cari ilham dalam mimpi. Will be updating soon....

10 tips jimat belanja kahwin


Setiap bakal pengantin mengimpikan majlis yang indah. Mungkin ada juga yang ingin glamour seperti selebriti tapi sudahnya menanggung hutang dan sengsara diri. Seorang kaunselor pernah memberitahu ada pasangan yang bercerai tapi hutang perkahwinan tak selesai lagi. Hai, bagaimana tu? Mungkin juga masalah kewangan menyebabkan penceraian pasangan? Banyak selebriti yang majlisnya grand yang amat tapi setelah setahun dua- bercerai! Entahlah...

Tapi, yang pasti setiap yang ingin berkahwin pasti ingin perkahwinan mereka berkekalan ke akhir hayat. Kalau boleh sampai bertemu di Syurga nanti. Jadi rancanglah bajet perkahwinan kamu mengikut kemampuan kamu. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak munasabah! Kehidupan kita selepas berkahwin lebih penting. Tatkala itu tak ada siapa pun yang tahu dan nak bantu dalam soal kewangan. Biarlah ketika majlis mu berlangsung mereka kata macam-macam @bising asalkan selepas berkahwin kamu happy dan hidup bebas tanpa hutang.

Yok, kita berkongsi tips untuk jimatkan wang dalam kerja kahwin ni!
  1. Tetapkan jumlah tetamu supaya kamu dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik.Yalah secara lojiknya kalau tak tahu jumlah tetamu bagaimana nak buat anggaran hidangan makanan, doorgift, kad kahwin dll kan?
  2. Hantaran dan hiasan pelamin pada masa kini sering menggunakan bunga segar sebagai gubahan. So why not guna bunga plastik saja kerana kosnya yang lebih murah dan tahan lama. Malah selepas majlis pon kamu masih boleh menggunakannya untuk hiasan kediaman. TAk gitu?
  3. Buat tempahan perkhidmatan (jurugambar, catering, kad dan etc) sewaktu promosi. Biasanya diskaun hebat diberikan ketika promosi atau pameran pengantin dijalankan! TERKINI: PAMERAN PENGANTIN 2010 ( 12-14 MAC di PWTC)
  4. Majlis akad nikah dan persandingan dalam satu hari! (Misalnya akad nikah jam 10pagi dan kenduri pada 12 tgh hari pada hari yang sama- boleh jimat catering!). Sekiranya anda membuat pada hari yang berasingan, hadkan jumlah tetamu pada majlis akad nikah, sebaliknya, jemput rakan taulan anda pada majlis persandingan kecuali BFF anda lah!)
  5. Tidak menempah kad jemputan yang mahal melampau.@takbole Boleh juga menggunakan saluran lain seperti telefon, email, sms atau melalui laman sosial seperti Facebook, twitter dsb.
  6. Menjemput band atau team kugiran mungkin memerlukan extra kos. Anda boleh berjimat dengan memasang cd-cd lagu.
  7. @star Mungkin ramai yang tidak tahu salah satu cara yang selamat untuk mengawal perbelanjaan anda adalah dengan membuka satu akaun khas untuk perbelanjaan kerja kahwin saja. Jadi ini dapat memastikan yang anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda!
  8. Jadi orang yang kreatif untuk mengubah sendiri barangan hantaran anda, menghias kamar beradu anda dll. Adakalanya buat sendiri DIY lebih jauh menjimatkan wang anda dan pastinya memberi kepuasan sebenar. Yeah!
  9. Buat survey dan tanya kawan-kawan tentang vendor-vendor yang murah tetapi servis mantap!
  10. ";})();ButtonMouseDown(this);'>Jika ada peraduan pakej berbulan madu misalnya cubalah sertainya mana tahu rezeki anda dapat hadiah pakej perkahwinan yang ditaja sepenuhnya macam peraduan Gerbang Perkahwinan oleh Utusan Malaysia! Aihh rugi pula rasa tak join dulu... Hehehe...
Cukuplah dulu 10 tips untuk dikongsi bersama. Tips-tips di atas itu tak perlu anda ikut sepenuhnya. bergantung kepada kehendak diri anda, keperluan, bajet dan citarasa. Itu semua hanya berdasarkan opini saya dan juga pembacaan saya. Kalau anda ada tips lain yang boleh dikongsi bersama, jangan segan-segan boleh letak komen diruang yang disediakan untuk manfaat bersama!

Dina Halim Bridal Boutique Online Contest.

Dalam asyik melayari internet mencari idea tentang perkahwinan, saya terbaca salah satu entri peserta Dina Halim Bridal Boutique Online Contest. Terus dada ini bergetar hebat. Mengapa? Saya pernah berkunjung dan melihat sendiri rekaan pelamin dan baju pengantinnya di PWTC hujung tahun lepas. Memang saya suka sebab ia sangat menepati citarasa saya yang bertudung litup ini. Dan oleh sebab itu, saya teruja untuk turut serta menyertai pertandingan ini. Melihat tarikh tutup pertandingan ini yang lagi 4 hari, rasanya masih belum terlewat lagi. Kalau rezeki siapa tahu boleh dapat sepasang baju lace. Kebetulan masih belum membeli mahupun menempah sebarang baju! Maklumlah saya ini masih status penganggur. Sedihnya....@sigh

Ok, lupakan semua itu! Kerana di bawah ini akan saya bongkarkan isi hati saya yang sebenar Mengapa si 'dia' pilihan hati saya!

**********************************************************************


Mukadimah.
Kami seringkali bertembung di atas jalan raya. Dia memandu kancil birunya. Aku? Hanya mengayuh basikal tua. Di lorong-lorong kampus kami sering berpapasan. Namun tiada bicara kata hanya mata bertemu mata. Tapi mengapa hati begitu bergetar? Tertanya-tanya siapakah dia seperti pernah ku lihat wajahnya.

Imbas kembali...
Pertama kali melihatnya terasa bagaikan dejavu. Rasa ingin terus melihatnya dan mengenalinya namun tidak ada sebarang klu mahupun petunjuk. Perasaan apakah ini yang bermain di jiwa lalu menyebabkan tubuh kerdil ku begitu bersemangat setiap pagi ke kampus, mengejar detik 8.15 pagi dengan harapan akan bertembung dengan nya di lorong itu. Biarpun tatkala itu dia di dalam kereta sedang aku mengayuh basikal tua. Namun siapa tahu dia juga punya rasa yang sama seperti hatiku. Lalu setiap pagi kami seolah-olah berjanji untuk bertemu di atas jalan raya, di lorong kampus itu biarpun hanya untuk seimbas tapi cukup membangkit rasa.

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Dari peristiwa menjelir lidah, hujan lebat hinggalah kepada penemuan sebuah lukisan mirip wajahmu telah menemukan kami dan membawa kepada penyatuan dua hati. Ternyata, sungguh indah perancanganMu Ya Allah.

Lalu bila kak Dina bertanya, "Mengapa dia pilihan hatimu?"

Aku merenung sejenak. Bertanya sendiri kepada hati mengapa aku memilih dia. Kerana tampan wajahnya kah? (Tampan di mataku mungkin tidak di mata insan lain). Atau kerana ketinggiannya kah? Atau kerana senyumannya kah?

Kak Dina, dialah laki-laki dambaan jiwaku. Yang ku pohon dalam doaku setiap waktu. Dia yang pernah terketar-ketar menghampiri gadis pertama dalam diari hidupnya untuk menghulur salam perkenalan. Dia yang seringkali dikirim Tuhan tatkala aku ditimpa hujan dan bernasib malang. Dia yang tidak pernah menyentuh kulit ku walaupun sesaat. Dia yang pernah melihat air mata ku, yang selalu berkongsi suka duka tanpa pernah melafaz kata cinta dari bibirnya. Dia yang menyimpan niat untuk menyunting hidupku sejak dari awal kami bertemu. Dia yang melengkapkan hidupku. Dia anugerah dari Allah buatku.

Tempoh perkenalan
Perkenalan kami tidak seperti pasangan yang lain. Walaupun kami sering berdekatan dalam kawasan yang sama tetapi bertemu berdua-duaan bukanlah pilihan kami. Mula bersahabat pada 28 Jun 2007 hanya melalui kiriman email. Setelah setahun baru bertukar-tukar nombor telefon dan mula ber'sms'. Sesekali bertemu di kedai makan ditemani rakan-rakan serumah. Dari bersahabat hati mula terpikat dengan keluhuran budinya. Hati mula meyakini bahawa dia lah bakal menjadi imam dalam hidupku. Akhirnya dengan restu kedua belah keluarga kami ditunangkan pada 25 September 2009. InsyaAllah pada September 2010 ini kami akan disatukan sebagai suami isteri. Ameen.

Majlis impian
Kami hanya inginkan majlis sederhana yang diberkatiNya. Sejujurnya aku teringin juga mengadakan majlis dalam taman. Namun, dalam situasi aku sekarang tentu sahaja itu tidak akan berlaku. Apa pun aku dan dia sama-sama menyukai warna-warna lembut atau krim sebagai tema perkahwinan kami. Aku hanya impikan sepasang lace putih dengan sedikit rona hijau lembut ala-ala jubah untuk digayakan di majlis walimah kami nanti. Tema warna pada majlis tersebut adalah cokelat gold, krim vanilla dan hijau lembut.

Foto-foto kami...
Di bawah ini adalah satu-satunya gambar kami yang diambil berdua. Harapnya cukup jelas untuk dilihat kak Dina nanti. Segan juga meletak gambar kami di sini kerana sudah berjanji pada dia tidak akan ditontonkan pada orang lain. (Kalau kak Dina sudah selesai menilai beritahu ya supaya saya boleh delete gambar ini, dah sah menikah nanti baru boleh letak gambar berdua). Oleh kerana inilah satu-satunya foto kami bersama maka foto inilah yang paling terbaik dan terindah yang pernah saya miliki. Hatta, waktu majlis bertunang pun kami tidak foto bersama. Tak mengapalah masih ada banyak masa untuk kami berdua kelak. InsyaAllah mungkin waktu itu nanti lebih baik. Malah mendapat pahala pula kalau 'bermesra-mesra' dengan suami sendiri...tak gitu?@kenyit

Di TTI, KT. Gambar diambil oleh housemate.



Dia, belahan jiwa ku, pilihan hatiku....



Aku yang menulis rasa hati....


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca luahan jiwa ini.....

***Nota: Gambar-gambar telah diblurkan setelah berakhirnya contest ini....sebab tak dapat izin cik abang...hihihi...

Aneka door gifts dan kad kahwin unik

Salam diary!

Beberapa hari juga tidak berkesempatan untuk update! Agak sibuk merancang untuk membuat business. Ya, selama ini saya begitu benci tak minat dengan perniagaan. Tapi, alih-alih ingin mencari rezeki dengan perniagaan pula! Itulah kuasa Tuhan yang tak mampu kita halang. Sesuatu yang kita benci pada mulanya boleh jadi sesuatu yang baik buat kita. Mungkin hal yang kita sangka baik buat kita tapi tidak baik di sisiNYA. Perniagaan apa? Nantilah bila semua urusan selesai saya akan war-warkan atau lebih tepat lagi buat promosi. @jelir

Kali ini aku bukan nak sambung bercerita padal the wedding room tu tapi just nak war-war kan beberapa laman web yang cool dan terkini tentang wedding gift dan wedding card. Masa aku tengah blog hopping aku terserempak dengan laman ini Ole-Ole Manis. Nampak ole-ole yang dipaparkan ini sangat menarik dan berbeza dari kebanyakan. Ada set lilin pelbagai bentuk dan rekaan juga kotak-kotak yang pelbagai rupa dan warna. I like! Cuma pemilik tidak menyatakan harga item pada sesetangah barang. Kalau nak tahu kena email orangnya. Itu yang aku segan sedikit! Hehehe.....

Pictures taken from Ole-ole Manis blog.

Yang kedua adalah blog tentang wedding card yang sangat unik iaitu Ilikecard2. I like it too! Ada yang serendah 40 sen untuk tempahan 1000 ke atas. Design dia oklah. Simple and nice. Banyak pilihan bergantung pada bajet masing-masing.

Picture taken from I like card.

Cuma kalau tanya pendapat saya tentang kad kahwin saya prefer yang simple saja. Kenapa nak spend a lot on the wedding cards kalau akhirnya akan ke bakul sampah jua? Korang rasa ada ka orang lain nak simpan wedding card korang bertahun-tahun? Paling lama pun setahun dua. Paling sekejap sampai wedding date korang. So bayangkanlah berapa banyak pembaziran yang telah dilakukan! 0.40 x 1000= RM400! Itu pun kalau harga sekeping kad 40sen kalau lebih dari itu? Sila kira sendiri lah! Lagipun penggunaan kad secara berleluasa boleh menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Ini kerana banyak pokok akan ditebang. Orang dulu-dulu cuma jemput pakai mulut saja dan dihebahkan di surau-surau atau dewan orang ramai. Jimat kos! Tapi, di zaman teknologi ini pun kita boleh jimatkan kos dengan menghantar jemputan melalui sms, e-card, facebook, friendster, email dan laman-laman sosial yang lain. So terpulang kepada pendirian masing-masing. Jangan tersinggung ya! (Tapi, ada sesetengah teman menganggap jemputan tanpa kad itu seperti ajak-ajak ayam...@garu)

So, rasanya setakat itulah dulu perkongsian aku. Semoga dapat memberi idea dan manfaat kepada kamu yang menyinggah ke laman ini. Adious!

About

Hola!

I'm a wife and a full time student. Currently doing phd in environmental engineering in Australia.
I first started this blog in 2010. That time, the main idea was to share on my wedding journey and the preparation. All I want is a simple wedding that is accordance with Sunnah. Spending less money and gain more barakah. Hence, I shared on tips on how to spend less. The most memorable thing that happen is I got my mini aisle sponsored by Dina Halim Boutique! You can read them here!

Now, that I'm happily married and furthering my study abroad, I blog more on my daily life, student life, wifey life and also lots of other things that happen around me. I also love to share on my life experience at Aussie and its beautiful places. I do hope that in the future I will have more opportunity to travel around the world and share them on my blog too.

This is just a personal blog where I used to jot down about my life. Feel free to read, ask or comment nicely. I'll be happy to answer any questions and make new friends too. Thanks again for stopping by and hopefully you'll enjoy reading my ramblings... tehehe...

The wedding room [part1]

In the previous entry i did mention on how am I going to decorate my bedroom for my wedding day. So, I did some research using Mr Google and it was very helpful since I'm not an interior designer.. So, if you think that you are not born to be creative or imaginative, don't worry! Because I'm not that kind of person too. All you have to do is, do some research and combine other people ideas and make your own! As simple as that! @kenyit Ni beberapa idea yang aku dapat dengan googling. So, all the image is not mine...

[Since aku suka hijau and chocolate so aku share ni aje lah. Tapi, yang color purple nampak sweet juga! Cuma aku kena stick dengan colour gold or chocolate sebab aku nak recycling balik cadar and langsir yang aku guna masa engagement dulu... Biasalah, kalau tak berduit buat cara berjimat. Tak suka lah aku nak hutang piutang atau show off nie... Nanti tak berkat pula majlis aku. Keberkatan kan penting? @senyumkenyit]

Okay, back to the topic.. Actually, I am lucky. Why? My future bedroom is the same size as the master bedroom (20ftx20ft)...or should I say: there will be two master room in the house. ( My parents are renovating the house, that's why we're having two master rooms). Maybe sebab aku yang akan berkahwin dulu maka, semua adik beradik bertolak ansur dengan aku. Hopefully lah... Setakat ni, none of them mention apa-apa pun. So, when it is time to move back to our house, the room (my room lah!) is totally empty and i need to furnish it on my own.

Apa yang aku tengah fikirkan....@fikir
  1. Budget (includes the furniture, curtains and other accessories)
  2. The theme colour ( This will definitely related to the wedding theme)
  3. The best furniture arrangement
As for the budget, the maximum I can afford is RM1,800. @sighWell easy for you to say but it is not easy for me as I'm still jobless. Hopefully by March or April I got a job...@doa Maybe after that i can add it up to RM2K++. So, at the moment the lower I can get is better. Will I???



The theme colour...hurmm @kening dari dulu lagi saya berkenan dengan warna pucuk pisang atau something yang looks elegant macam warna gold and a bit creamy chocolaty (apa warna la tu...). Lebih kurang macam yang aku paste kat bawah ni la... Ada pink sebab it looks sweet. Aku rasa color combination ni ok kot ke caca marba ekh? @garuWhat do you think? Anyone? Opinion pleasee....


Last - The best furniture arrangement. As you can see below is the 3D image that I created using one of the application in the internet. This stuff was fun as we can create our own room according to the real size plus we can furnish it with the equipments that is available. So, at least boleh la aku imagine how my room will look alike walaupun maybe tak semua furniture dapat aku beli exactly the same. At least it gives me a little help that I need...Kalau letak langsir baru okay kot? Especially langsir yang berjurai dari siling sampai ke lantai...


Kalau tak silap aku, aku dapat tahu tentang perisian ni dari one of the blogger yang tulis tentang her wedding preparation, Mrs Ladynoe kalau tak silap aku. Ada beberapa idea dari blog dia yang aku suka. I think she inspired many people including me. She had succeed so why not me kan? Belum cuba belum tahu!

Actualy, there are many things that I wish to write and share about. But, i'm feeling so tired now. So sebelum aku keluarkan idea yang tak bernas, I stop here and of course will continue later.

[psst: aku rasa blog ni mcm dah jadi wedding planner aku...and I liked it!]



Aku + Dia = Kami

Sengaja aku create blog ini walaupun sebenarnya aku memang dah lama berbloging. Cuma di blog itu aku tidak pernah menunjukkan siapa diri aku yang sebenar. Aku tidak berkongsi semua hal dengan pembaca aku. Tapi, di sini aku hanya ingin menjadi diriku sendiri. Ingin berkongsi impian aku dalam menuju gerbang bahagia.

Biar blog ini tidak diketahui oleh siapa-siapa pun termasuklah Encik Tunang. Bukan niat nak merahsiakan daripadanya....nantilah lepas kami bersatu nanti akan aku tunjukkan kepadanya segala usaha aku untuk merealisasikan hari bahagia kami dalam keadaan aku yang masih menganggur!

Ya! Kalau kamu sudah berkahwin pasti kamu sedia maklum hal ehwal belanja kahwin. Aku bukan anak dato' jauh sekali anak orang kaya raya. Family aku sederhana saja tapi aku tidak mahu bebani mereka. Cukuplah mereka support hal ehwal catering dan khemah tapi bab hantaran, pakaian dan hiasan bilik pengantin biar aku usahakan sendiri.

Mana nak cari duit? Betul aku menganggur tapi inilah untungnya amalan berjimat cermat dan menabung yang aku praktik sejak kecil. Dan apa yang aku syukur sangat hampir sebahagian besar duit biasiswa aku masih ada. Jadi dengan duit itulah aku akan belanja perkahwinan ku dan memulakan hidup aku dengan si jantung hati ku. Mudah-mudahan niat suci kami untuk mendirikan masjid ini akan memperoleh kemurahan rezeki. Memang aku harap sangat seboleh-bolehnya sebelum tengah tahun ini aku dapat kerja. Kamu yang mungkin terbaca coretan ini doakanlah buat aku ya!

Memang pada awalnya aku nyaris tidak mahu kahwin menundakan tarikh pernikahan kami. Sebabnya banyak sangat 'cakap-cakap' setan orang @cakapkalau kahwin tapi tak kerja lagi nanti hidup susah dan merana. Aku cuba menidakkan fahaman sesat itu dan berbaik sangka dengan Allah. Bukankah Allah ada berfirman dalam ayat ke 32 surah AnNur :"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui". Mudah-mudahan aku memperoleh kerja dan doa-doaku dimakbulNYA. Ameen.

Oh ya, buat pengetahuan kalian aku sudah pun bertunang dengan Encik Tunang pada hari raya yang lepas dan insyaAllah akan bernikah pada raya tahun ini. Katanya, kalau beroleh rezeki lebih dia mahu percepatkan bulan June ini. Aduhai....kecut pula perut aku memandangkan banyak hal yang belum lagi settle! Malah aku belum mula apa-apa pun lagi!@gigitOh Tuhan bantulah hambaMu ini!

NEXT: My first mission: design my bedroom @ bilik pengantin!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs