Majalah Saji & hiasan meja beradap

To all brides to be, tentu ramai yang sibuk dan tercari-cari menu apa yang nak disajikan masa majlis kahwin nanti kan? Mungkin ada juga yang memikir-mikir santapan apa yang paling sesuai untuk meja beradap @ mempelai. Well the good news is Majalah Saji bulan ini (Disember 2010) mungkin ada jawapan kepada persoalan anda!



Dalam keluaran kali ni dengan tema "Jemput Makan Kenduri" ada menampilkan 70 resipi santapan mempelai. Haaa...bukan sahaja idea hidangan apa malah terus didatangkan dengan resipinya sekali tau! Antaranya resipi istimewa dari Kuzie Catering iaitu 'Ketam Sambal Berlado Mekar Sejambak'! Class gitu. Nanti aku nak try kalau tak sedap siap pakcik Kuzie! Huhuhu....

Macam-macam lah yang menarik di dalamnya. Dan semuanya bersangkut paut dengan majlis kenduri. If uols nak tau haruslah beli sendiri ok! Hehehe.....

Dan di sini ada idea untuk hiasan meja pengantin @ makan beradab. Biasanya kita tengok meja pengantin dihiasi bunga-bunga dan riben. Yang kreatif sedikit guna lilin, potpuri dan gambar. Terpulanglah kan. Asalkan jangan terlalu crowded dan semak mata memandang. Selain itu, mungkin anda boleh menggunakan ukiran buah-buahan sebagai hiasan meja pengantin seperti gambar di bawah ini.



Eh eh it's me la! Hahaha...... Cantik x? Maybe we should take a look at clearer picture......


cantik kan?

Haaa...macam tak percaya pulak gambar masuk magazine. Thanx to mama yang inform kan benda ni. Masuk sipi-sipi pun oklah kan. Tumpang glamour gitu...hiksss..... Anyway sesiapa yang berkenan nak jadikan ukiran buah ni sebagai hiasan meja pengantin bolehla mendapatkan perkhidmatan ini dari ZT CARVE. Selain itu, mereka juga ada menyediakan perkhidmatan lain seperti pakej pulut kuning dan lauk pauk pengantin. For more pictures of ukiran buah boleh lawati website mereka. Taip je ZT CARVE. Confirm jumpa!


Eh Uols, lepas abis kenduri jangan tak makan lak buah-buah ni. Membazir nanti! Heee.... Ok, itu je edisi untuk hari ini. Sekian, terima kasih!

Am i preg...?

Emotionally unstable. Probably because of the work loads. Students pula dah start register, meaning that by next week mesti dah kena start lecture. Kalau tak, syllabus tak sempat catch up lak. Sudahlah tu by end of next February I am suppose to further my study. Alhamdulillah, already received the offer letter from the university. Kursus BTN pun baru jer lepas pergi. My dean pun dah agree to let me further the study. All the documentations are ready and already submitted to the Unit Cuti Belajar. Now, tengah tunggu meeting di peringkat Universiti and KPT untuk scholarship. Hopefully, everything when well even though there are certain people yang cakap impossible boleh settle dalam waktu yang singkat. I know. Kalau nak buat visa pun it takes time. But, I just leave it to Allah. He knows what is the best for me. So, I just pray....

Disebabkan stress, hormon pun unstable juga. My period has been delayed for 10 days. I tak fikir pun I pregnant because 'we plan' at the moment. Reasons of planning? That part i'll story for another time. Tapi, i tak dala makan pil perancang ke apa. Just planning the date since my period memang normally on time. Tapi, this time terlebih-lebih lewatnya. I did the UCT and as expected the result is negative. But, somehow deep inside my heart i'm hoping that i'm pregnant! Heh! If i really am pregnant, i wonder what mama gonna say... Will she be happy as the other parents always be or the other way around ??? I'm pretty sure she'll be happy but with extra extra worries....... Yelah if betul2 pregnant, nanti first delivery kat negara orang without parents and families kan to look around...I'm sure every single mom will get worries too..

Owh Allah...what should i do? Help me!

Kerja-Bulan Madu di Awana

Salam semua!

Lama betul tak menjenguk ke sini. Semuanya gara-gara berkursus dari 23 November lepas sehingga lah 13 Disember yang lalu. Penat sesangat. Sebab weekend pun kerja juga! Anyway, saya mengambi kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada blogger2 yang telah selamat bernikah dari November lalu sehingga lah kini. Sorry, couldn't make it to ur wedding and sorry tak sempat pun nak drop even a single comment dekat blog uols... Blog ni pun dah jadi sunyi sepi....sob sob sob....

Walaupun sibuk berkursus tapi hari-hari terakhir berkursus or should I call it outstation (OS) sangat best. Kenapa? Sebab I and hubby dapat menginap di Awana, Kijal yang sangat best!!! Kira pakej yang majikan I bagi ni macam honeymoon la pula. Kebetulan, sejak dari nikah hari tu we all belum ber'honeymoon' ke mana-mana lagi kecuali di bilik...hikhikhik....

Actually datang atas tugasan kerja. Tapi, nak dijadikan cerita kerjanya cuma sehari the rest tu in and out. Maka, kesempatan yang ada digunakan untuk bermesra-mesra lah. Hahaha..... Oh bilik yang I stay kat Awana adalah standard superior room. Oklah since I the only staff perempuan saja yang terlibat dengan kerja OS ni. So, I bawa sekali my hubby. Bilik besar dan ada bath tub untuk kami mandi bersama @siul Selain dari tu mestilah free breakfast setiap hari untuk 2 orang yang sangat the best. The food is variety. Dari nasi lemak, bihun sup, bubur ke roti bakar, beef steak, keju, all the salad, dan macam-macam lagi yang tak mampu disenarai di sini termasuklah pencuci mulut yang best! Memang kami melantak sepuas-puasnya. So, tengahari kenyang dan skip lunch! Agaknya berat I dah naik jadi 46kg kot? Haha....

Okay, layankanlah gambar-gambar ini. Tak banyak sangat pun since I tak suka bergambar...Hehehe...dan tak suka sangat nak mengekspos diri sendiri di khalayak ramai...heee... And of course la gambar-gambar yang diambil mempunyai aksi luar biasa yang tidak boleh dipaparkan kepada umum. Heh!

Untuk bakal-bakal pengantin baru yang nak berhoneymoon, I rasa Awana, Kijal ni bagus juga. Besides, dia ada Golf park and also SPA. And walaupun Kemamam tak da banyak tempat menarik tapi still boleh menonton wayang di TGV di Mesra Mall yang tak jauh dari sini. Juga mengambil masa 2 jam perjalanan ke KT. Dan juga berhampiran dengan Kuantan. So, banyak juga tempat yang boleh dilawati. Selain itu, pihak hotel pun ada menyediakan activiti2 tertentu untuk semua pengunjung dengan harga yang bersesuaian. So kawan-kawan, jomlah cuti-cuti Malaysia dan support ekonomi negara sendiri dari melancong ke negara luar. Malaysia pun apa kurangnya kan?!

Tema Majlis Pink-Hijau

Lama tak berupdate. Al maklum sibuk dengan kerja setiap hari manakala hujung minggu sibuk dengan suami. Biasalah bila dah berkahwin komitmen besar dan banyak. Kekadang berbalah antara kerja dan rumahtangga. Memandangkan bertemu suami hanya hujung minggu jadi, hujung minggu hanyalah untuk suami. Say no to work unless memang dah keluar surat arahan suruh bekerja memang tak dapat nak buat apa lah. Dah namanya makan gaji kan! Mujur suami memahami.

Cuti sekolah bakal tiba. Memang meriah dengan jemputan kahwin sana sini. Memang banyak undangan yang tak dapat pergi kerana jarak yang memisahkan. Anyway untuk semua yang bakal berkahwin, didoakan selamat, dipermudahkan segala urusan dan berbahgia selamanya.

Bila sebut tentang kahwin selalu orang tanya apa tema majlis anda. Rasanya pengantin zaman sekarang banyak tema dan kombinasi warna yang luar biasa pilihannya. Sesuai dengan trend la kot. Saya sendiri dulu memilih tema hijau-pink. Pada mulanya dianggap janggal oleh keluarga. Tapi, dah saya berkeras jua. Maka, inilah hasilnya....



Well, lain orang lain tastenya. Apa pun ikut kesukaan masing-masing lah kan. Bagi saya, tema warna hijau-pink ni sweet. Umpama pokok yang berbunga. Hijau pada daunnya dan pink pada bunganya. Jadi apa nak janggalnya kan? Heh!

Kalau berpacaran

Itu hari saya ada cakap...

"Lepas kahwin kulit wajah terasa lembut, licin dan gebu!":girl_11:

Tak sangka encik suami pun kata begitu. Nak tahu rahsianya?

Tak perlu bersolek tebal-tebal. Tak perlu lumur losyen dan bagai. Hanya dengan menjaga pergaulan sebelum bernikah!

Ini komen yang saya terima dari Siti NorFatihah, "Kulit halus mulus sbb seri pengantin! bila kita tak pernah disentuh oleh lelaki, sekali dpt sentuhan pertama dari suami sendiri, hormon dlm badan dikeluarkan menyebabkan kulit berseri2.. tu sbb ada makcik2 tua yg pandai tengok 'air muka' katanya.. "

I think she's right! So, marilah sama-sama kita menjaga pergaulan dan batas-batas aurat sebelum kamu berkahwin dengan si dia. Lelaki yang baik pasti akan menjaga maruah gadisnya.

Untuk kamu-kamu yang sedang berpacaran di luar sana. Saya dedikasikan lagu ini buat kamu semua. Mudah-mudahan kita beroleh manafaatnya di samping rentak lagu yang catchy ni. Kali pertama dengar sudah jatuh hati!

Sebulan sudah kahwin!

Pejam celik, pejam celik....

Hari ini 18 Oktober. Beerti sebulan sudah daku bergelar isteri. Macam tak percaya rasanya. Seakan baru kenal erti cinta! Baru mula nak berkasih. Rasa malu? Yep! tak usah kata la...masih lagi menebal di jiwa... huhuhu....

Beginilah agaknya bila bercinta sesudah kahwin. Walaupun tak pergi honeymoon ke Bali, ke Krabi atau ke mana sahaja tempat romantis di bumi ini sekalipun tapi kami tetap ber'honeymoon'. Dan pastinya tempoh honeymoon ini akan lama kerana masing-masing baru nak kenal in and out. Tapi, andai diizin Allah, kami ada jua merancang untuk ke Langkawi. Harapnya sebelum kami berangkat ke Ausie awal tahun depan. Oh ya! Ke Ausie itu akan menjadi honeymoon kami yang terpanjang. 3 tahun beb!

Sepanjang tempoh sebulan ni baru 2 kali sahaja sempat memasak untuk Hubby. Apa nak buat, bila terpaksa berjauhan. Hujung minggu sajalah bertemu. Terasa betapa singkatnya waktu. Serius saya tak lah pandai mana memasak! Kalau masak pakai santan lagi out. Haha... Tapi, untuk tempoh 2 kali memasak ni hubby puji. Sedap katanya, macam dekat kedai. Pandai sahaja dia nak ambil hati saya kan? Tapi, lauk habis licin. Kira ok jugalah tu. But I still need to improve my skill. Next time, nak dengar pujian 'sedap mengalahkan kedai makan'! Baru ummmphh! Hehehe... Give me some time ok. I know, I need to learn a lot of things....

Hidup berumahtangga ni sangat manis. Walaupun ada juga masam kelatnya. Tapi, bila suami isteri saling bertolak ansur dan berkomunikasi, InsyaAllah akan moleklah kapal berlayar. Dan hidup berumahtangga ni mengajar saya erti perkongsian. Perkongsian jiwa, susah, senang, suka duka.....semuanya lah....

Oh, sangat merindui dirinya kini. Cepatlah hujung minggu.........:puteh_29:

Outdoor Photoshoot

Outdoor session a.k.a Post Wedding!

Walaupun saya dan dia pemalu tapi kami tetap mahu!@malu Kata orang kenangan seumur hidup sebelum kulit berkedut dan perut memboyot... hehehe....

Yalah, nak buat pre-wedding shoot macam tak kena aje. Sebab masa tu tiada ikatan yang sah lagi. Nak pegang-pegang, HARAM. Nak keluar berdua boleh jadi fitnah. Jadi, yang paling tepat dan terbaik adalah Post wedding shoot atau Outdoor session (after the wedding of course!). Sorry, untuk sesiapa yang terasa. Tapi, yang haram tetap haram. Yang dosa tetap dosa. Hukum tetap hukum. Selagi bukan namanya suami-isteri tak ada sebab atau pasport untuk kamu melangkaui batas dan sempadan yang sudah ditetapkan oleh syariat! (Peringatan untuk diri sendiri jua serta zuriat keturunan ku).

Okay, back to the story, the outdoor session was held at Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Pulau Warisan ni baru saja diwujudkan kat belakang area Kampun Cina which is near by Hotel Seri Malaysia, KT. Kawasan tersebut baru saja ditambak. Asalnya laut. Memang nice view!

Tanpa membuang masa, layankan sajalah aksi-aksi yang sopan berikut. Hehehe.... Aksi-aksi manja dan mengedik hanya untuk simpanan pengantin saja. Hehehe... Tak banyak yang dapat di'upload' tapi cukuplah untuk menjamu mata.

And again, time ni saya tak make up pun. Haha... Biarlah natural beauty gitu. Bukan muka plastik. Hikhikhik....








OP @ majlis KT: Abg Mie.

Abg Mie nie biasa jadi jurukamera bagi pihak istana. Memang sudah berpengalaman gitu. Gambar sangat berkualiti. Harga?? Haha...again rezeki kami. Semua below RM1k. 2 album siap edit, 3 dvd unlimited pictures, short video dan 3D piccas. Wow! Hehehe... Highly recommended! (Tapi, special price ni hanya untuk limited person macam kami) Hikhikhik.... Sebab biasa-biasa RM 1k and above lah. But, still murah compare to KL punya rate. Furthermore, sekarang banyak sangat tukang-tukang photographer yang tak pro tapi caj mak oiii.... Kualiti gambar pun kureng gitu... Huhuhu.... Lagi satu Abg Mie ni pantas buat kerja gitu. Tak sampai 2 minggu I dah boleh dapat album dan cd2 nya sekali. Amazing kan? Memang class lah!

The wedding dress

Salam!

Entry hari ini adalah untuk review the wedding dress.

Untuk makluman kawan-kawan, I have one and only wedding dress! Memang saya plan untuk memakai pakaian akad nikah yang sekali arung dengan majlis. Malas nak bertukar-tukar persalinan. Oleh sebab itu saya telah menempah sepersalinan putih yang dikacuk antara jubah dan juga dress.

Taraaa....inilah rupa penuhnya....(klik untuk tumbesaran)



Dress ini simple aje but so sweet. Hasil sentuhan seorang pereka baru yang bernama Najib Salman. Thank you Najib! Saya jumpa dia masa dekat Gathering blog B2B yang diadakan pada awal tahun ini. Beliau adalah rakan kepada Puan Ann. Ann-Ash yang recommend kan beliau. Memang puas hati. Dan harga pun sangat affordable. Tidaklah melampau-lampau. Memang tidak sia-sia kepercayaan yang diberikan kepada beliau. Mana-mana B2B yang berminat nak dapat khidmat dan nasihat beliau adalah sangat dialu-alukan!

Kerana terlalu sukakan baju ini. Saya pakai masa majlis kat sebelah suami untuk sesi outdoor photoshoot! Serius kalo boleh nak recycle aje masa majlis belah suami. Parents pun tak kisah! Saya lagi tak kesah. Simple dan sempoi kan saya ni? Heeee.... Tapi, saya sewa baju lain. Warna putih juga.

Tentu ramai yang tak percaya kalau saya kata baju persalinan untuk majlis sebelah hubby, saya hanya menyewa sehari sebelum majlis! Hehehe.... I'm sure kalau B2B yang lain mesti dah tempah or sewa awal-awal. Dan saya langsung tak risau kalau tak ada baju. Sebab saya suka sangat kalau dapat pakai baju nikah saya yang sweet tu. Thank you Najib! But, again baju yang saya sewa kat majlis Terengganu ni pun tak perlu bayar apa-apa. Setelah dipulangkan semula (tanpa pembayaran deposit pada awalnya) tuannya kata FOC! Wahhh.....inilah rezeki namanya!

Majlis kat Terengganulah paling sempoi sekali. Maksud saya, saya tak kalut nak tempah baju or MUA. Memang saya tak make up langsung. Cuma berbedak dan ber'lip ice' aje. Hehe! But I'm happy! Hubby cakap dia suka tengok wajah asli saya! Natural beauty gitu.... Hikhik.... Tapi, satu perubahan besar yang saya perasan pada diri saya adalah: sehari selepas kahwin rasa kulit wajah sangat lembut dan mulus gitu. Tak sangka hubby pun cakap hal yang sama juga! Kawan-kawan yang dah kahwin, you all ada rasa gitu tak?

Inilah wajahku yang tanpa 'make up' itu. Juga baju sewa yang free tu. Sempoi jer kan? Masa ni baru pas bersiap. Sempat juga bergambar dengan hubby sebelum majlis bermula. Tapi, line tenet tak clear, so 2 keping ni jer sempat post. InsyaAllah akan diupdate lagi nanti...



Alhamdulillah semua pun dah selamat. Mudah-mudahan diberkatiNya. Ameen!

psst: Agak-agak ada B2B yang lagi sempoi dari aku tak?@adil

Mini Pelamin & Akad Nikah

Fuhh...hari ini baru dapat bernafas sedikit lega. Pun begitu masih banyak lagi urusan yang perlu disegarakan. Mencuri-curi masa untuk mengupdate blog.. (boleh gitu..huhu)

Semalam sangat seronok! Telah dimaklumkan bahawa official photographer untuk majlis sebelah suami sudah siap!@rayaYang pasti album dan cd sudah selamat di tangan suami tercinta. Tak sabar nak tunggu hujung minggu untuk melihatnya. Buat pengetahuan kawan-kawan saya ni weekend wife. Saya di Kelantan, suami di Terengganu, hujung minggu baru kami ketemu, aduhai membuaklah rasa rindu!@cinta

Apa yang lebih mengujakan, di majlis sebelah kekanda suami ni lah kami berpeluang membuat sesi penggambaran di luar majlis. Acehh... Idaman setiap pasangan gitu untuk buat sesi outdoor. Saya juga tidak ketinggalan untuk merakam satu-satunya kenangan terindah ini. Cepat betul En Mie ni proses. Dan suami baru sahaja memberitahu yang gambar-gambar sangat cantik! @sengihnampakgigi (perasan2). Tak sabar nak tunggu dijemput hubby hari Khamis ni. Bolehlah melihat sendiri dan feel feel gitu...Acehhh....

Sementara menunggu gambar dari para official photographer ayuh kita layankan gambar yang berjaya di 'capture' oleh my lovely cousin dan juga beberapa jurukamera yang tak bertauliah. Kerana usaha merekalah saya dapat berkongsi dengan anda semua!

Tadaaa...... Inilah dia pelamin yang ditaja khas dari Dina Halim Bridal Boutique. Macam selebriti pula kan ada taja-taja nih. Yang sebenarnya ini merupakan hadiah yang saya terima setelah memenangi tempat pertama dalam contest yang dianjurkan oleh Butik Pengantin Dina Halim. Dan hadiahnya ialah sebuah mini pelamin. Nak tahu apa contestnya? Boleh rujuk sini!

Thanks Kak Nadia & suami serta khususnya buat pihak Dina Halim di atas hadiah yang sungguh bermakna ini. Jimat you! Tak payah sewa pelamin lagi. Tambahan pula majlis idaman saya adalah ringkas dan simple without sanding-sanding apatah lagi renjis-merenjis yang tak ada dalam kitab Quran ni. Just pelamin untuk bergambar dengan keluarga dan sebagai kenang-kenangan!

Gambar ini pula right after diijab qabulkan. Syukur, alhamdulillah dengan sekali lafaz ku menjadi zaujahmu.


Bersenda gurau di atas pelamin untuk menghilangkan getaran dan debaran yang tak sudah. Sentuhan dan ciuman pertama dari mu membuat denyutan jantungku seperti berhenti! Serius kawan-kawan, time nie tak tahu nak posing macam mana. Disuruh bertentangan mata pun kami malu-malu. Sebab panahan matanya terlalu menusuk kalbu. Hehehe.... Mungkin ini yang dikatakan hikmah menjaga perhubungan sebelum berkahwin? Sangatlah membahagiakan, mempesonakan juga mendebarkan.....Hahaha.....

Dan sebelum saya berhenti di sini, berikut adalah 2 pose yang dipaksa oleh cousin. But, I love both pictures very much! Haa ini hasil sentuhan beliau sendiri yang juga merangkap jurugambar peribadi. Layankan saja ya aksi-aksi malu-malu kucing mahu ni ya...@gatai



Akhirnya sah bergelar sang isteri!

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat bersatu sebagai suami dan isteri. Indahnya hidup berdua. Indahnya bercinta di alam rumahtangga. Setiap sentuhan menggetar sukma. Setiap lirikan mata mengundang debar di jiwa. Setiap senyuman terpatri di minda. Oh, aku sudah mabuk cinta!

Terima kasih buat SK, Asna dan Amy yang telah berkesempatan bertandang ke majlis kecil kami. Segala kekurangan mohon di maafi.

InsyaAllah andai ada kesempatan nanti saya akan upload gambar-gambar di hari bahagia kami. Terima kasih jua buat pihak Dina Halim di atas hadiah mini pelamin yang indah berseri. Semuanya akan di review kelak apabila urusan-urusan di sini beres! Saya amat butuh masa.

Sehari selepas majlis di rumah suami, saya sudah mula bertugas sedang suami masih lagi cuti seminggu! Sudah lah tuh first day bekerja sampai 7ptg. Belum masuk OT di malam hari....@sengihnampakgigi Second and third day kerja out station. Mujur area sini-sini aje. Kalau tak ada yang merana. Penat you all! Hari Sabtu pun kena kerja. Dunia blogging terpaksa dilupakan seketika...adusss.... Maaf pada semua yang menanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs