Salam lovelies!
Kalau
anda bercadang untuk bercuti di Australia inilah masa yang terbaik!
Sebabnya sekarang musim bunga. Meriah dengan bunga-bunga. Warna-warni.
Suhu pun tak terlalu sejuk. Memang tak sejuk langsung! Dengan waktu
siang yang panjang, memang berbaloi-baloi untuk berjalan-jalan.
Kata musim bunga kan.... jadi kawan tempek lah gambar bunga banyak-banyak. Nama bunga sorry tak tau! Haha....
 |
| Pengalaman bagi makan kangaroo. Gambar tak ada kena mengena. |
 |
| Lagi gambar tak berkaitan langsung! Tapi, nak cakap pantai-pantai kat sini memang terbaik dan cantik! |
Sambung membebel balik....
Untuk pengetahuan, Australia ni terbalik 'kod' dengan Eropah. Sekarang di Europe musim luruh (autumn). Kalau di Europe sejuk pada hujung tahun (time krismas), di Australia itulah musim panas! Dan musim panas di Australia memang sangat panas. Suhu boleh mencapai lebih 40 darjah celcius! Rasa macam kena panggang hidup-hidup. Tapi, neraka Allah lagi Maha dahsyat! Maka, bersyukurlah kita masih diberi rahmat dan nikmat di atas dunia ini. Mudah-mudahan terus menjadi hamba Allah yang bersyukur dan taat atas suruhan dan menjauhi laranganNya. Aamiin!
Tujuan entry ini ditulis sebab ada kawan-kawan yang bertanya tentang Aussie dan berminat atau ada menyimpan niat nak datang ke sini. So, since saya ada lah sedikit pengalaman saya jawab lah yang mana termampu ya. Sekiranya masih ada soalan-soalan berbangkit atau kemusykilan boleh la bertanya di ruang komen. InsyaaAllah saya cuba menjawab seadanya.
So, ini soalan lazim dan jawapan saya mengikut pengetahuan semasa.....(mungkin 10 tahun kemudian jawapan saya dah tak relevan lagi... Heh!). Let's roll babeh....
1. Bila masa yang sesuai nak bercuti di Australia?
Jawapan saya: Aussie adalah negara 4 musim tapi musim-musim nya berlawanan seperti di negara Eropah. Lazimnya, seperti berikut:
a) musim panas: Disember-Februari
d) musim bunga: September-November
Jadi anda suka musim yang mana? Cuma musim panas ni siangnya panjang. Jadi masa untuk berjalan panjang sebab hari lambat gelap. Dan musim sejuk siangnya singkat, jadi tak seronoklah sekejap dah gelap! Hehe... Tapi sejuk di sini tak sejuk sangat macam di Eropah. Tak ada salji kecuali di pergunungan dan sekitarnya. Tapi, masih boleh main ski dan snow cuma tertakluk pada kawasan tertentu sahaja!
2. Apa yang menarik kat Aussie?
Jawapan saya: Aussie ni besar. Orang Aussie sendiri tak sempat nak pusing keseluruhan negara mereka. Termasuklah saya :D ngee.... Tempat menarik bergantung kepada bandar mana yang anda pergi. Biasanya orang akan melancong ke Sydney, Melbourne, Canbera (ibu negara tapi bandar yang agak suram berbanding Sydney and Melb.!), Gold Coast, Perth dan etc.
a) Sydney: Wajib pergi sebab ada mercu tanda Aussie iaitu
Sydney Harbor Bridge (klik untuk baca) dan Opera House. Kata orang tak sah kalau pergi Aussie tak ke sini yer tak? Sebenarnya banyak lagi yang best sekitar Sydney, mungkin boleh cerita dalam entry yang lain kot!
b)
Melbourne (klik untuk baca): Tour yang paling popular adalah The Great Ocean Roads dan
12 Apostles (klik untuk baca). Tapi, banyak lagi yang best, mungkin boleh godeh-goden entry-entry lama pasal Melbourne ;P
c) Gold Coast: Banyak gila taman tema. Memang sesuai untuk famili yang ada anak-anak. Saya belum jejak sini, jadi tak boleh nak cakap lebih-lebih. Heh! InsyaaAlah our next trip? ;)
d) Canberra: Paling bosan kot! Kecuali musim bunga sebab ada pesta bunga '
floriade' (klik untuk baca).
So, kalau nak tahu lebih-lebih kena buat research sendiri. Tapi kalau ada persoalan tentang Sydney dan kawasan NSW yang lain, insyaaAlah boleh bantu. Bajet dah cover habis, walhal tak pun!
3. Kat mana nak solat?
 |
| Tiada alasan untuk tidak solat! |
Jawapan saya: Sebagai muslim solat itu wajib walaupun kita musafir. Boleh aje nak solat kat bilik hotel/motel dsb. Tapi bila tengah traveling memang susah nak jumpa surau atau masjid. Ada bukan tak ada tapi tak banyak macam kat Malaysia lah atau mana-mana negara Islam yang lain. So, penting membawa kompas kemana-mana untuk melihat arah kiblat. Berhentilah solat di taman-taman sebab kat sini banyak park dan garden. Carilah kawasan yang sunyi. Kalau dekat shopping mall boleh solat dalam bilik persalinan atau silalah ke 'parents room' sebab sangat selesa untuk solat. Sebenarnya tak ada masalah pun. Australia ni sebuah negara bebas untuk mengamalkan sebarang agama. So, far saya tak ada masalah, alhamdulillah! Paling penting berpakaianlah dengan sempurna. Maksudnya menutup aurat dengan sempurna, jadi senang nak bersolat! Tak perlu nak sarung telekung bagai ;)
4. Perlu visa?
Jawapan saya: Semestinya! Visa boleh apply online saja! Paling cepat kurang dari sehari dah boleh dapat. Tapi, tak lebih dari seminggu sekiranya tiada sebarang masalah seperti jenayah dsb ;P Owh bayaran visa 20AUD untuk tempoh 3 bulan!
Itulah antara soalan rambang yang terjawab. Untuk dapatkan lebih tips tunggu entry yang akan datang. InsyaAllah saya akan cuba kongsikan! Ada pertanyaan lain, tanya saja ya! Semoga entry pendek ni ada manfaat walaupun sebesar zarah!