Dulu pelamin bertuah, hari ini.....

Dulu pelamin (klik untuk baca) bertuah hari ini......
 
As salam,

Today saya rasa sangat teruja untuk meng'update' blog setelah sekian lama membisu! (>_<)
Terpaksalah membisu seketika sebab terlalu sibuk dengan bermacam tugasan. Al maklumlah sudah final year jadi kena kerja keras sedikit. Biasalah manusia, bila dah hujung-hujung baru nak speed up. Sebelum ni buat gaya relax aje! Betul la kata pepatah 'the greatest inspiration is the deadline'!

So apa yang buat saya teruja gila nak update blog hari ni? jeng...jejennggg....

Sebabnya.... saya antara 5 pemenang bertuah untuk dapat ilustrasi fesyen sendiri secara percuma dari seorang illustrator berbakat bernama Nurdani!!! OhMakAi!!! memang tak percaya langsung!

Sebenarnya saya dah lama admire dengan hasil kerja tangan beliau. Memang cantik, cun dan comel! Saya memang suka sangat dengan hasil kerja tangan seni orang terutama lukisan dan ilustrasi komik. Selalu juga berangan untuk punya bakat seperti mereka.

Nurdani memang seorang yang baik hati dan pemurah. Walaupun ada bakat tapi beliau sudi berkongsi ilmu beliau dengan para pembaca dan peminat beliau. Di blog beliau banyak sangat tutorial untuk melukis menggunakan excel. Yep, excel! Seriously, masa awal-awal dulu saya pun tercengang. Tak pernah terfikir excel boleh digunakan untuk melukis. Selama ni saya hanya guna excel untuk buat graf kepada data-data eksperimen saya. Jadi, perkongsian beliau tentang excel dan lukisan membuat saya teruja untuk mencuba!


Tapi, ilustrasi yang saya mention kat atas tu bukan guna excel tapi program lain. Tak kisah lah guna yang mana kan yang penting saya antara orang yang bertuah untuk mendapat ilustrasi beliau. Seriously memang tak percaya!

Masa first terbaca entry Dani di instagram beliau mengenai ini, rasa teragak-agak untuk join. Sebabnya saya bukanlah spesis yang dok buat gaya #ootd (outfit of the day)! Selama hidup ni saya pakai belasah aje pakaian apa nak pakai. Bagi saya yang penting menutup aurat dengan sempurna. That's it! Nak pakai baju yang menarik pun kat aussie ni susah juga nak cari dress yang menepati ciri muslimah. Mestilah kebanyakannya sleeveless atau terbelah atau berlubang, jarang, singkat dan sebagainya. Kiranya dah 3 tahun la saya ketinggalan dalam bab fesyen. Tambah pula setiap hari saya spend masa di makmal. Jadi tak perlulah nak 'dressing' bagai kan. Mungkin juga typical budak engin or saintis yang lebih maskulin daripada 'ayu'!


Apa pun, saya tetap nak cuba nasib. Sebab memang nak sangat kot dapat ilustrasi comel dari Dani. Jadi gambar musim winter tahun lepas saya pertaruhkan! Kalau tengok penyertaan yang lain memang macam susah aje nak menang. Tapi tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Mungkn sudah tertulis ini rezeki saya. Apa pun penyertaan yang lain memang lah 'awesome' belaka. Pakaian mereka pun lawa-lawa. Saya suka trend muslimah kat Malaysia sekarang. Kalau dulu ramai perempuan suka berjeans, sekarang ramai yang memakai skirt labuh or dress dan jubah yang nampak sangat anggun, ayu dan kemelayuan! Kalau hanya satu pemenang yang dipilih belum tentu saya yang terpilih! Jadi, syukur alhamdulillah atas rezeki ini dan terima kasih Dani sebab memberi ruang dan peluang untuk semua mencuba nasib. And thanks, for choosing me! You brighten up
my day girl!

p/s: Tak sabar nak tengok diri sendiri dalam watak kartun! Nantikan ya kawan-kawan...

Salam Ramadhan dari tanah kangaroo

Salam Ramadhan lovelies :)

Alhamdulillah it has been a week now since the first day of the holy month. How's everyone doing? Hope you all are doing great and take every opportunity to do as much ibadah as possible and stay away from sins. InsyaaAllah!

Alhamdulliah this year Ramadhan falls during winter hence the fasting period is much shorter. :) Tapi tau sajalah asal musim sejuk ni perut asyik minta diisi aja. = __ =" and since waktu berbuka pun sekitar jam 5 petang jadi terpaksalah balik awal dari Uni dan bekejar-kejar untuk menyediakan hidangan berbuka. Kalau tak busy dan la nak masak kari ka, tomyam ka, masak lemak ka, sup ka... tapi kena hari yang sibuk dan capek, telur dadar dan ikan bilis goreng berkicap pun sedappp! Kalau dah terdesak sangat dengan kebab pun okay. Bak kata pepatah suami, "Anything will do sayang"! Mujur la le husband tak cerewet and sangat memahami kesibukan sang isteri. Heh!

Sahur pun sama aje. Jarang makan nasi. Kalau yang makan pun sayalah! Lebih-lebih lauk malam tadi. Haha... As for hubby, kurma beberapa butir dah cukup. Atau biskut atau cornflakes atau roti dan telur saja. (Amende lah ayat aku ni macam tak pass subjek BM aje!). Berkat bangun sahur barangkali, alhamdulillah masing-masing dapat bekerja dan bertahan pada hari tersebut lah.

Puasa di perantauan jauh bezanya dengan puasa di tanahair. Di tanahair bazar ramadhan bersepah sana sini. Time nak berbuka berpusu-pusa umat manusia membeli. Kadang-kadang rambang mata nak memilih. Apa taknya semua juadah nampak lazat di mata. Tapi bila dah rasa masa waktu berbuka, indah khabar dari rupa! Ada juga yang tak sempat nak dijamah gamaknya. Mana taknya, perut dah terlebih isi. Makan mengalahkan makan di hari biasa. Jadi nak beribadat pun rasa terseksa.


Kat sini, tak ada orang pun tau kau berpuasa. Kecuali sesama muslim. Jadi bila kawan makan depan kau, kau telan air liur aje lah! Bazar ramadhan lagi lah tak ada. So far tak ada lah rasa merana mana. Sebab memang kalau kat Malaysia dulu pun tak pergi sangat. Memang dah jadi amalan keluarga makan bersama hasil hidangan ibu. Kata ustaz itu yang berkat! So kat sini berbuka seadanya. Tapi sesekali teringat juga air sarbat dengan biji selasih! Aduh~

Kalau kat tanahair mesti media dok sibuk kempen hari raya. Baju raya, kuih raya, lagu raya, mercun raya, hantu raya.... Jadi umat manusia sibuk duk fikir pasal persediaan raya. Ibadah puasanya tak seberapa kerana kurangnya penghayatan. Kat sini tak ada suasana itu. Jadi emosi tak terganggu. Memang konstrasi hanya pada ibadah puasa. Tak sakan mana nak beraya. Kalau rajin buat kuih raya. Kalau tak ada pun tak apa. Baju raya pun tak pakai mana. Tiap-tiap tahun duk ulang baju yang sama. Tak ada la pula minta ibu kirim hanya sebab nak beraya!

Raya kat sini sehari aje. Atau mungkin half day. Lepas solat raya yang kerja kena kerja. Yang belajar ke kelas lah jawabnya. Tapi, ada juga yang ponteng. Setahun sekali apa salahnya! Aku pun sama. Tapi, tak berani nak ponteng minta cuti terus dengan penyelia. Ok aje. Bila dah jauh dengan keluarga, teman-temanlah penggantinya. Meraikan bersama seadanya. Meriah juga. Yang penting erti sebenar Aidilfitri. Kemenangan yang hakiki. Mudah-mudahan amalan baik di bulan puasa berterusan di bulan lainnya. Lain pula dengan umat manusia di tanahair. Selagi tak abis syawal selagi tulah namanya hari raya! Heh...untungla sebulan rumah terbuka!

Oklah dearies, ampun maaf kalau ada terkasar bahasa. Semoga ibadah kita makin mantap di bulan yang mulia ini. Jangan dok fikir sangat pasal raya Heh! So, happy fasting and happy ibadah lovelies......

Vivid Sydney


Salam lovelies!

How ya doing? Hope semua pun okay dan baik-baik sahaja.

Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang kunjungan saya dan hubby ke Vivid Sydney 2013. Untuk pengetahuan semua Vivid Sydney ni antara perkara yang menarik (kot?) yang berlaku setiap tahun bila musim winter menjelma. Actually tak adalah gempak sangat pun. Cuma macam pertunjukan cahaya lampu warna warni di building sekitar Sydney CBD. Bermula dari Circulay Quay dekat dengan Opera House sampaila ke Darling Harbour.

Kenapa buat setiap kali musim sejuk tiba? Sebabnya masa tu waktu siang sangat singkat. Kul 4 lebih dah mula gelap. Berbanding dengan summer jam 8-9 baru nak gelap. Jadi tak sesuailah kan sebab lewat sangat nanti kanak-kanak dah mengantuk. The show starts from 6 pm until 12 midnight. So kira sedang elok lah waktu tu.

Dah tahun ketiga kat sini, ini lah baru first time terasa nak pergi. Sebelum ni tak teruja sangat kot. Yerla musim sejuk kan. Show pula sebelah malam, lagilah terasa sejuk! Ini pun kebetulan ada yang mengajak dan drive. Kalau harap kami, duduk rumah lagi best kot. Faham-faham ajelah parking kat Sydney tu mahal gila. Nak pergi naik train sure sesak. Tapi, alhamdulillah malam tu dapat parking agak murah lah juga. Flat rate 15 dolar jee...plus within walking distance dengan area show! Alhamdulillah!

So, ni antara beberapa gambar yang I'm willing to share. Beberapa keping je cukuplah ek? Lebih-lebih boleh check out on my instagram! Okay?!

Sydney bridge

Ini Opera House!
Cantikkan?
Bertukar warna dan corak











Friends around the world


Hola! (Spanish)
Salut! (french)
Hi! (English)
Hai! (Malay)

Wahh...macam dah kelas bahasa pula jadinya ^_^-V Tapi, seronok tau mempelajari pelbagai bahasa dan budaya. You get to know people. Macam yang Allah sebut dalam Surah Al-Hujurat, ayat ke 13 yang bermaksud:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

I'm so lucky to have a few friends from different countries and culture background. Walaupun datang dari budaya dan agama yang berbeza tapi kita boleh respect each other. Kebetulan I'm the only muslim girl, so banyak la juga pertanyaan dan persoalan tentang muslim and Islam itself from them. Walaupun aku ni bukanlah kategori alim ulama ka atau yang tebal ilmu agamanya tapi aku cuba juga untuk menyampaikan semampu yang mungkin. Kerana kita semua ni adalah daei, dan tak perlu nak tunggu diri sempurna untuk menyampaikan kebaikan dan agama because we will never be perfect!

Anyway, saja nak berkongsi gambar dengan teman-teman gue di sini. I'm so gonna miss them one day. Lepas ni boleh la I travel around the world. Hehehe...insyaaAllah aamiin!

Hi ladies, meet Phuong! She's from Vietnam. Very friendly, confidence, supportive, hard working, kind and etc etc etc. She makes people feel welcome. Even though, at the beginning it's hard to pick up what she's saying because she has a strong Vietnamese accent, but after sometime I get used to it. She's doing phd in chemistry and her research is about dengue.




This lady is Hui. She's from China. She just got married here in Aussie. She's doing phd in  IT. Such a simple lady. Can you imagine she's just wearing a t-shirt and jeans on her wedding day! Oh Mak Aii... But, it was a nice celebration and I was asked to propose a toast on her wedding day. It is such an honor. May you guys live happily ever after.





Next is Aynaz. She's Iranian and she's here accompanying her husband doing phd in engineering. She's fun, attractive and also an active person. I think she loves hiking, cycling and exploring thing. She's definitely an adventurous girl! The four of us (Phuong, Hui, me and Aynaz) always do volunteering job for ICIS and we're one of the committee member. That's how we met and make friends.



Next, next are these lovely ladies. Clem and Thanh. Clem is France girl. Get to know her from Hui since they're in the same faculty and are office mate. Her French accent is strong too. Somehow boleh pulak teringat kat Maria Elena yang suka buat French accent! Listening to her accent makes me wanna learn French. Now I have reason to go to Paris! Thanh is another Vietnamese girl. In fact, she's my new colleague but of course we're studying in different area. She's in aerobic digestor whist I'm a membrane making expert (if I could say so!).


I should also mention about Miyoko (Japan), Kaushi (Sri Lanka), Jasmine (China), Wanting (China), Sasi (Thailand), Deborah (Italy), Iciar (Spain) and Zahra (Iran). Sorry girls, I don't have your picture yet. But they're all lovely, friendly and kind. But not to forget my dearest Marcella (Brazil), Cristina (Spain) and Miho (japan) who already back to their home country. Miss you girls so much! Wow, didn't realize that I do make a lot of friends here in ICIS committee. And I just hope we'll stay as friend forever and ever lah! And one day when we're back to our hometown we'll still keep in touch with with each other. Who knows, I might come over and visit you girls!

Have a great weekend!

Hello winter and see you autumn!

Hola!

Today is 1st June which mark as first day of winter in Aussie. But, so far the weather is not so cold. Alhamdulillah. Kalau dari dulu membaca blog ni tentu dah sedia maklum yang penulis blog ni lebih suka autumn and spring season. Hehe...ala ala romantik gitu. Plus, the weather is not hot as in summer and not so cold sampai nak kena guna heater or warm clothes bagai.



Selain dari suhu yang sedang-sedang dingin dan panas, saya suka melihat daun-daun yang bertukar warna. Ada kemerahan, kekuningan dan ke'coklatan'. Heh! Sangat cantik, tertarik dan de boom! Sampai feeling pun boleh bertukar menjadi romantik gitu.



Musim winter tak la menarik sangat. Sudahla cuaca cepat sangat gelap. Hambar saja. Kebanyakan pakaian pun warna gelap sebab nak memerangkap haba la katakan. Semua baju dan coat nampak sepesen aje. Tak menarik langsung. Macam musim berkabung gitu. Suhu yang sejuk juga membawa kedinginan dalam hati. Haha. Perasaan menjadi beku sebeku salji. Mujur juga dekat tempat aku ni tak bersalji!

Tapi, yang paling best bila puasa jatuh bulan winter. Kejap jer berpuasanya. Jam 4.30 sudah berbuka. Mungkin jam 8 lebih dan selesai bertarawih pun. Lepas tu terus boleh zzzZZzzz... Sekarang pun kami dinner jam 7pm. Kadang awal lagi. Lepas tu terus tidur. Muahaha.... Tapi, tanpa winter mana mungkin bertemu dengan spring!

So see ya autumn! Jumpa lagi autumn depan. Autumn terakhir....sob sob... And welcome winter! Probably the last winter in Aussie too! Sob...sob...

#sedihnya bila dah masuk 3rd year ni. Rasa nak extend plak. Tak puas duduk aussie!

Nowra 2: Melihat pokok rukuk!

As salam!

Alhamdulillah hubby volunteer to cook today! Bolehlah saya update blog. Hihihi....

Okay ladies, jom kita sambung entry jalan-jalan Nowra!

Satu tempat menarik yang perlu dilawati yang mana tidak tersenarai dalam visitor attraction di Nowra adalah pokok rukuk!

Yep, tak tipu.... pokok rukuk! Mungkin ada yang dah pernah lihat di internet. Tapi, alhamdulillah saya berpeluang melihat sendiri. Lagi best dapat bawa family ke sini juga. Salah satu keajaiban yang Allah tunjukkan pada mereka-mereka yang berakal dan diberi hidayah kepada kebaikan. Memanglah rakyat tempatan tak tahu akan kewujudan pokok ini. Mungkin mereka rasa pelik kalau lihat orang Muslim selalu ke sini. Bukanlah untuk menyembah pohon tersebut tetapi melihat sendiri tanda-tanda kebesaran Allah di muka bumi. Sesungguhnya banyak lagi tanda kekuasaanNya di sekeliling kita, hanya bagi mereka yang terang hati akan nampak dan sekaligus tunduk dan sujud padanya.

Okaylah, enough talking,biarlah gambar pula yang berbicara! 

Terletak di dalam hutan. Entah siapa yang mula-mula menjumpainya dan menyebar-nyebarkan kepada muslimin yang lain.

Dari kejauhan seperti orang sedang rukuk.

Subhanallah!

Rukuknya mengikut arah kiblat!


Semoga tempat ni terpelihara...

Sekiranya anda berkesempatan bercuti ke Sydney dan berniat untuk melihat pohon ini, sila jangan silu segan hubungi saya. Tak jauh sangat dari tempat saya. Dan insyaaAllah boleh tolong tunjukan.

Okaylah, cukuplah setakat ini, nanti ada masa sambung lagi! :)

I'm back!!

Fuuhhh....

Lama gila kot tak berbloging. Berbulan dah rasa sampai blog sendiri pun tak ingat!
Mujur lah ingat password kans... Kalau tak, tak adalah contengan untuk hari ini... hihhihi...

Pada yang bertanya ke mana hilangnya saya, terima kasih lah! Terasa ada juga orang ambil tahu. Ada juga insan yang rindu nak baca celoteh saya. Heh!

Sebenarnya 2 bulan lepas sibuk. Yer, semua orang sibuk. Siapalah yang tidak sibuk kan? Masa tuh dok pulun buat rangka paper. Kekonon nak submit le kat mana-mana journals. Plus family decided to come over for a visit. Yerlah ada 2 tahun kot tak balik Malaysia. Mestilah anak menantu ini dirindui kans? Heh! 

Two weeks before family datang memang pulun habis lah. Sebabnya masa family datang minta cuti dengan SV 2 weeks juga. Nak bawa family jejalan. Lepas family dah datang, pulun lagi 2 minggu buat kerja sebabnya 2 minggu selepas itu saya pula balik Malaysia!!!!! Hahaha.... Memang balik mengejut. Saja tak khabar pada family. Sampai-sampai ketuk pintu rumah aje. Sudah lah sampainya maghrib. Memang mak tenyeh-tenyeh mata jugalah antara percaya atau tidak. But, seriously, 2 weeks wasn't enough! Macam cepat aje masa berlalu. Sigh!

Apa pun sekarang dah 2 minggu kembali semula ke Aussie. How I miss the fun, love and joy back in Malaysia. Takper I still have one and half year to go. Not so long pun.

Oh for you guys yang selalu jenguk sini while I'm on hiatus, thank you! I'll write more after everything here is settle. So much to tell but so little time to do. Anyway, I would like to share some of the pictures taken during my family visit. The rest will be uploaded on my instag and probably in the next coming entry. Till then, TC lovelies!






Jalan-jalan: Nowra (Siri 1)

 Hola!

It's been a while since my last post on 'jalan-jalan di Ausie'. Nak katanya, tahun lepas agak sibuk thus, lack of update. Even jalan-jalan pun tak jauh, hanya sekitar NSW sahaja. Tak macam tahun 2011 boleh sampai ke Melbourne 2 kali dalam masa tak sampai sebulan. Pulak tu, siap main salji kat Snowy Mountain dan ke pesta bunga di Canberra. Tapi, sekarang nasiblah! Al maklumlah sudah di tahun ke 2 pengajian maka banyaklah eksperimen yang nak kena buat. Jadi impian nak ke New Zealand hujung tahun lepas pun terpaksa batal. Malah plan ke Gold Coast pun melepas. Nak ke Spain pun tak dapat! Huuwwwaaa.....

Tak pe, tak pe... (pujuk hati sendiri)

Dah namanya datang belajar kan? Jadi, haruslah mendahulukan pelajaran daripada berjalan. Duit lebih yang ada simpan dulu. InsyaaAllah lepas dah siap semuanya kita berjalan puas-puas. 

Pun begitu, sempatlah juga menjejak kaki dekat Nowra. Nowra ni masih lagi dalam daerah NSW. Tak jauh pun dari Gong. Cuma sejam lebih perjalanan. Jadi boleh pergi balik hari sahaja.

Kalau sesiapa yang berkesempatan turun ke Sydney, sila lah melawat Nowra juga selain singgah ke Gong dan Kiama. Sebab tempat-tempat ni semuanya cantik-cantik dan terletak di persisiran pantai. Lagipun tak jauh antara satu sama lain.

So, apa yang boleh dilawati kat Nowra?

Banyak juga tempat yang menarik. Anda boleh berhenti singgah di 'Visitor Center' untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Memang banyak sangat pamphlet dan makalah percuma yang berkaitan dengan tempat-tempat menarik, aktiviti yang boleh dilakukan serta tempat penginapan dari hotel, chalet, B&B, caravan hinggalah ke berkhemah. Memang saya puji lah Ausie dari segi kemudahan dan maklumat berkaitan pelancongan ni. Awesome lah!





ehsan google: contoh road sign di Aussie!
Kalau dah ada kat Ausie ni tak sah la kalau tak berjumpa dengan maskot Ausie kan? Kalau Malaysia, maskotnya orang Utan. Kalau Ausie mestilah kangaroo. Tapi, selain kangaroo haiwan lain yang popular kat sini adalah kaola, wombat, tasmanian devil, platypus and many more. Sebelum ini saya sendiri pun jarang-jarang dengar nama kumpulan haiwan ini. Bila dah lama kat Australia barulah tahu. Itu pun melalui 'road sign'! Haaa...jangan tak tahu selain dari road sign biasa yang kita selalu jumpa, Aussie pun ada road sign yang unik! Kadang-kadang kesian tengok kangaroo mati tengah jalan... *sigh*


Anyway, nak terserempak dekat jalan tu agak susah la juga since tengah driving. Kalau nampak pun kelibat atau bangkai mereka. Mungkin juga banyak dah mula pupus. So, nak bagi puas hati dan lihat sendiri dari jarak dekat, haruslah menjejak kaki ke zoo atau wildlife center. Memang banyak sangat animal park kat sini so boleh pilih nak pergi yang mana!
Peta Shoalhaven Zoo



Oleh kerana sudah sampai ke Nowra, maka kami pun decide untuk ke Shoalhaven Zoo atau dulunya dikenali sebagai Nowra Wildlife Park. Tiket masuk untuk dewasa adalah aud 18 manakala aud 10 untuk kanak-kanak. Bagi pesara atau pelajar harga tiket adalah aud 14. Pergi dalam berkumpulan pun ada special rate begitu juga untuk family rate. Bagi yang suka sangat berkunjung ke zoo boleh beli annual pass, lagi jimat! Kalau nak berkhemah kat situ pun ada disediakan tapak. Cuma sewa aje lah. Maklumat lanjut silah layari website mereka. Heh, dah macam promoter tak bergaji pula yer!

Okay enough said, marilah berhibur dengan gambar-gambar haiwan pula!

Awal-awal sampai disambut oleh si merak!

Memperkenalkan kangaroo! Kaki depa ni sangat kuat. Kalau tak kerjanya takkanlah melompat aje kan?










I'm wombat! Wombat ni suka menyorok waktu pagi. Menyorok pula bawah tanah. Malam-malam aje keluar cari makan.
Rumah atau tempat sorokan wombat. Terowong rahsia ni adakalanya boleh mencapai sehingga 12 km panjang! Wow hebat tak? 
Ini pula dingo.
Australian crocodile.
Ada pertunjukan makan buaya secara live!
Lain-lain binatang yang ada. Banyak lagi tapi malas nak letak semua.
Parrot yang pandai bercakap. Asyik tanya how are you aje kerjanya!
Koala. Hampir setiap waktu tidur aje kerjanya. Haiwan yang paling rendah kadar metabolisme! Makan pun pucuk daun eucalyptus je. Tapi ini gambar koala yang di ambil di Taronga Zoo. Heee...sebab koala di Shoalhaven tu tidur menyorok! Taronga Zoo kita story lain kali pula okeh!
Pemandangan kat zoo yang awesome!

So, itulah dia sedikit sebanyak pasal Shoalhaven Zoo dan info yang saya tahu. Kalau nak lebih info tentang haiwan haruslah datang sendiri ke zoo ni sebab memang ada dihuraikan serba ringkas tentang haiwan-haiwan yang ada di sini. Tinggal rajin tak rajin aje nak membacanya. Overall, saya kasi 3.5 bintang. Haaa...boleh tak gitu? ;P

Okay, dari zoo ini tempat yang seterusnya kami lawati adalah Kangaroo Valley. Nak tahu apa yang menarik? Nantikan kesinambungan entry ini dalam siri yang akan datang!

Penat wehh...taip blog... *phewww*





Perubahan wajah berkadaran usia...

As salam

Hari ini saya bangkit dengan semangat baru (kononnya lah!). Nak buang lah episod luka dan duka di tahun baru. Hilang kereta buat saya terluka. Kesihatan ibu saudara yang agak kronik membuat saya berduka. Justeru, tiada mood untuk ber'blogging' gitu.

Tapi, sebagai individu muslim yang produktif, kita harus bangkit dan teruskan perjuangan. Maka, itulah yang saya cuba hadapi di kala ini. Doakan saya!

So, apa cerita tahun baru?

Hurrmm...
Lima hari lagi saya akan meninggalkan alam 20an. Macam tak percaya dah berusia! Masih terbayang lagi zaman persekolahan dulu. Masa tu rasa nak cepat-cepat dewasa supaya tak perlu pergi ke sekolah lagi. Tak payah belajar untuk exam. Dan tak sabar nak tahu siapa lah jejaka yang akan kunikahi! Heh! (Agak miang di situ!)

Tapi kini bila dah dewasa, ada sedikit kerinduan pada zaman muda remaja. Al maklumlah masa tu kan muda. Rasa macam comel aje (bajet comel la tu!). Kurus dan slim. Tenaga pun maksimum. Boleh bersilat bagai. Bermain keris. Lompat dalam api. Opps...yang last tuh pembohong! Heh!

Pendek kata, zaman tu tak banyak masalah. Kalau ada pun masalah kerja sekolah tak siap, atau besok exam tapi belum habis cover study atau macam mana nak reject invitation untuk ber'couple'. Hah! Al maklumlah zaman muda dulu banyak peminat! *sengih macam kerang busuk*

Tapi (berapa banyak tapi daaa) saya bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang. Alhamdulillah. Walaupun banyak ujian dan rintangan dalam hidup tapi semuanya selamat diharungi dengan pertolongan Allah. Malah, semua itu lah hikmah yang menjadikan siapa saya hari ini. Dan siapa saya kala ini, akan menentukan siapa saya akan datang. Oleh itu, dengan setiap peluang dan ruang yang ada saya akan cuba berubah untuk menjadi lebih baik. Supaya, pada masa hadapan saya adalah seorang individu muslim yang lebih baik daripada saya di kala ini. Itulah harapan dan doa setiap hari. Bukan hanya setiap kali tahun baru atau setiap kali bertambah usia.

Oklah, since Sabtu ni dan berubah ke angka 3series maka saya dengan suka hati saya lah nak imbas balik masa-masa lalu saya melalui gambar-gambar lama yang tersimpan dalam hard disk ni. Sajalah nak melihat kesan usia ke atas wajah. Har har har... 

Jom layan~~
Ini masa baru lahir gamaknya. Tapi, tak pastilah berapa bulan atau berapa hari....
Mungkin dalam 6-7 tahun. Masih kacak!

 
Masa 12 tahun. Hari keputusan UPSR keluar. Maintain kacak!

Zaman matriks. Tengah bedah katak tuh... Time nih umar dalam 18 tahun. Kacak yang maksium!

Tahun pertama di universiti. Umur 19 tahun.

Masih di tahun pertama uni. Umur pun tambah tolak 19 tahun juga. Si purple tu my roommate, ecah!

Nih dah mula matang. Masa ni dok buat master. Umur dalam 25 tahun. With master-mate, bryant n bff ija!

Masa ni 27 tahun. Konvo master. Kekacakkan berkurangan.
Lepas konvo terus bertunang. Umur masih 27 tahun! Hehe.. Kacak sedikit sebab make up!

Zaman kerja. With officemate, umi. Umurku 28 tahun. Rupa bini orang sudah!

Terkini, beberapa hari lalu. Muka cebek kerana bakal mengakhiri 29 tahun! Sob sob sob!
29 tahun dengan kaca mata. Buat diriku semakin tua!

So, wajah 30 tahun nanti macam mana?


To be continued......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs