As salam
Hari ini saya bangkit dengan semangat baru (kononnya lah!). Nak buang lah episod luka dan duka di tahun baru. Hilang kereta buat saya terluka. Kesihatan ibu saudara yang agak kronik membuat saya berduka. Justeru, tiada mood untuk ber'blogging' gitu.
Tapi, sebagai individu muslim yang produktif, kita harus bangkit dan teruskan perjuangan. Maka, itulah yang saya cuba hadapi di kala ini. Doakan saya!
So, apa cerita tahun baru?
Hurrmm...
Lima hari lagi saya akan meninggalkan alam 20an. Macam tak percaya dah berusia! Masih terbayang lagi zaman persekolahan dulu. Masa tu rasa nak cepat-cepat dewasa supaya tak perlu pergi ke sekolah lagi. Tak payah belajar untuk exam. Dan tak sabar nak tahu siapa lah jejaka yang akan kunikahi! Heh! (Agak miang di situ!)
Tapi kini bila dah dewasa, ada sedikit kerinduan pada zaman muda remaja. Al maklumlah masa tu kan muda. Rasa macam comel aje (bajet comel la tu!). Kurus dan slim. Tenaga pun maksimum. Boleh bersilat bagai. Bermain keris. Lompat dalam api. Opps...yang last tuh pembohong! Heh!
Pendek kata, zaman tu tak banyak masalah. Kalau ada pun masalah kerja sekolah tak siap, atau besok exam tapi belum habis cover study atau macam mana nak reject invitation untuk ber'couple'. Hah! Al maklumlah zaman muda dulu banyak peminat! *sengih macam kerang busuk*
Tapi (berapa banyak tapi daaa) saya bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang. Alhamdulillah. Walaupun banyak ujian dan rintangan dalam hidup tapi semuanya selamat diharungi dengan pertolongan Allah. Malah, semua itu lah hikmah yang menjadikan siapa saya hari ini. Dan siapa saya kala ini, akan menentukan siapa saya akan datang. Oleh itu, dengan setiap peluang dan ruang yang ada saya akan cuba berubah untuk menjadi lebih baik. Supaya, pada masa hadapan saya adalah seorang individu muslim yang lebih baik daripada saya di kala ini. Itulah harapan dan doa setiap hari. Bukan hanya setiap kali tahun baru atau setiap kali bertambah usia.
Oklah, since Sabtu ni dan berubah ke angka 3series maka saya dengan suka hati saya lah nak imbas balik masa-masa lalu saya melalui gambar-gambar lama yang tersimpan dalam hard disk ni. Sajalah nak melihat kesan usia ke atas wajah. Har har har...
Jom layan~~
Ini masa baru lahir gamaknya. Tapi, tak pastilah berapa bulan atau berapa hari.... |
Mungkin dalam 6-7 tahun. Masih kacak! |
Masa 12 tahun. Hari keputusan UPSR keluar. Maintain kacak! |
Zaman matriks. Tengah bedah katak tuh... Time nih umar dalam 18 tahun. Kacak yang maksium! |
Tahun pertama di universiti. Umur 19 tahun. |
Masih di tahun pertama uni. Umur pun tambah tolak 19 tahun juga. Si purple tu my roommate, ecah! |
Nih dah mula matang. Masa ni dok buat master. Umur dalam 25 tahun. With master-mate, bryant n bff ija! |
Masa ni 27 tahun. Konvo master. Kekacakkan berkurangan. |
Lepas konvo terus bertunang. Umur masih 27 tahun! Hehe.. Kacak sedikit sebab make up! |
Zaman kerja. With officemate, umi. Umurku 28 tahun. Rupa bini orang sudah! |
Terkini, beberapa hari lalu. Muka cebek kerana bakal mengakhiri 29 tahun! Sob sob sob! |
29 tahun dengan kaca mata. Buat diriku semakin tua! |
So, wajah 30 tahun nanti macam mana?
To be continued......
ala..muda lagi tu. hehehe
*tak kurang pun kekacakkan tu, makin up ada la. muka time kecil - besar tak beza sangat pun. awet muda :)
pakai spek nampak matured & smart! hihihi
Aida , ramai ygm beritahu muka dulu Dan skrg tak byk beza.. kalau ada pn pertambahan garis kedut Di wajah...ha ha
Sk , ala2 nerd gitu eh..haha....kalau ikut dr dulu lagi kena pakai spek tp rimas..bila skrg dah melarat br mula pakai secara konsisten ...
lg cantikla sis..skg ni umur hnya pd angka je..huhu