Melbourne again Part 2

As I promised, ini kesinambungan untuk entry yang lepas. Tapi, sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih pada Asna, Chekgu Azrinie, Hanis, Aidalela dan cadlyn sebab uols memang supporting and rock! At least, I know ada jugalah insan-insan yang sudi singgah and jenguk blog picisan macam I ni. Hihihi... Thanks girls! At first I bercadang nak buat entry ber'password' tapi I takut dua tiga tahun nanti I sendiri lupa password tuh. Tak pasal-pasal anak cucu I nanti tak dapat baca. Ahaks! *jauh benar memikir*

Anyway...

Hari pertama, 23 Dis 2011

Kami tiba di Melbourne sekitar jam 12.30 pm lalu terus ke rumah member yang terletak berdekatan dengan Monash University. Sampai-sampai tu mestilah penat dan lapar kan. Jadi kami makan-makan sambil bersembang dengan tuan rumah sebelum masuk berehat. Bila dah segar bugar kami ke town beramai-ramai menaiki train dan tram. Kami beli return tiket untuk tempoh 2 jam berjalan dengan harga 3.80 dolar. Oleh kerana, waktu sudah melepasi jam 6 pm maka tiket tersebut boleh digunakan juga untuk menaiki mana-mana tram, bas dan train sekitar zon 1 tanpa ada had masa. Best la juga sebab jimat di situ.

Kedatangan kami disambut oleh ratusan manusia yang lain. Gila sesak bandar Melbourne ni. Mungkin juga ramai yang nak celebrate krismas kat bandar besar ni. Kalau masa first time datang dulu pun aku dah rasa serabut, kali ni triple serabut okeh! Nak berjalan pun susah. Sebab tu aku tak pernah suka tinggal kat bandar-bandar besar macam ni termasuklah KL walaupun aku sendiri dibesarkan di sana tapi aku rasa jiwa aku lebih kepada kekampungan. Patutlah jodoh dan takdir ku selalu di bandar-bandar kecil macam Gong Badak, Pengkalan Chepa dan Gong. Kesemuanya jauh dari kota dan berhampiran pantai. Such a lovely place! *oppps melalut sikit*




Petang tu memang rasa rimas dan sedikit bosan lah. First, sebab aku dah habis pusing area bandar ni baru beberapa minggu yang lalu. Kawan pula ajak jalan sini. Tapi, takpalah nak pergi jauh-jauh pun dah lewat kan. Mujur juga lah dia bawa ke restoren Esperedo yang ada masakan ikan keli. So, sekali lagi kami melepaskan hajat makan ikan keli. Tapi, aku rasa ikan keli kat Blog M lagi mengancam dan enak kot. Al-maklumlah ikan keli frozen mana nak sama dengan ikan keli fresh kan? Rindunya nak makan ikan keli!!!!

Again jalan-jalan area town yang sesak. Kali ni memang bergemerlapan lah bandar tu, sebab lusa dah krismas. Ramai yang buat last minute shopping. Untuk part ni aku malas nak tempek gambar sebab dalam entry sebelum ni dah banyak gambar sekitar town area. Jam 10 pm kami pun bertolak balik rumah. Aku dengan habibi terus tidur berkongsi katil size single! Rasa bertambah mesra gitu. Kih kih kih! Itu pun mujur ada orang nak kasi bilik!


Hari Kedua, 24 Disember 2011

Hari ini shopping complex masih buka lagi. In fact, dari malam tadi tak tutup. Dahsyat kan? Tapi, tidaklah kami bershopping sebab kami aim untuk membeli belah sampai poket terbelah pada hari boxing which is the day after christmas. So, pada hari ini kami aim untuk berjalan-jalan di luar CBD area sebabnya kebanyakan tempat-tempat menarik masih dibuka dan hanya akan tutup on Christmas day sahaja.

Destinasi pertama adalah ke Puffing Billy yang terletak di Old Monbulk Rd, Belgrave, Victoria. Puffing Billy ni actually merujuk kepada keretapi stim lama. Kat sini anda boleh menaiki keretapi stim ni bermula dari Belgrave ni hinggalah ke Gembrook sambil menikmati panorama alam yang menyegarkan. Agak interesting juga di situ tapi belanjanya pun agak lumayan juga! Memang pada awalnya kami nak naik tapi memandangkan kos dan masa perjalanannya yang lama iaitu 2 jam pergi dan balik maka terpaksalah dibatalkan saja niat murni itu. Haha. Tapi, yang bestnya tanpa tiket kami dengan secara tak sengaja telah masuk ke taman tema tersebut sekaligus bergambar sakan sebelum datang pak guard minta tiket. Muahaha- Tak pe, yang penting sempat bergambar dengan keretapi lama. Hiks!



Beginilah rupanya keretapi stim tersebut yang saya copy dari laman web ini. Untuk sebarang maklumat lanjut tentang tempat, waktu operasi, harga dan special event boleh anda merujuk laman web yang diberikan. I tolong promote aje! Tapi, seriously kalau betul-betul nak naik bawa bekal banyak-banyak ala-ala picnic itu sebab masa perjalanan lama. Jadi boleh makan-makan sambil menghirup udara segar walaupun atas keretapi tu ada restoren tapi sah-sah lah mahal kan? Plus, bukan semua benda halal untuk dimakan dan diminum. Heh!

Kat bawah ni pula beberapa keping gambar yang sempat kami ambil sewaktu pencerobohan yang tidak disengajakan itu. Kira rezeki jugalah ni. Hehehe.... Layan~




Oh ya, masih ingat lagi gambar ini?


Tunggu cerita saya di entry selanjutnya! *Kasi suspen sikit ala-ala drama Tentang Dhia. Haha*

Melbourne again!

Masih ingat lagi entry tentang Melbourne trip tu? When I mention that I will come back to Melbourne again I didn't expect to come back so soon. Seriously, tak pernah pun terfikir. Paling cepat pun next year lah kan. Tapi, tak sampai sebulan I secara tak sengaja menjejakkan kaki ke Melbourne lagi. Cuma bezanya kali ni kami memandu ke sana and we went there with friends. Kira 2 couples lah!

Al kisahnya, pada hari Khamis lepas, a few days before Christmas my habibi called me from work. Tanya nak pergi Melbourne tak? I was like, "What? Melbourne? Again? Tonight??!!" Kalau ikut malas juga nak pergi sebabnya baru sangat kot pergi. Kedua, tengah hari tu tanya, malam tu juga nak bertolak. Mana nak packing barang lagi, nak mengemas rumah dan bagai. Yerlah tak kan nak tinggal rumah macam tu aje. Paling tidak periuk belanga kena cuci dan sampah kena buang. Takut-takut nanti balik rumah busuk dengan makanan basi dan bau sampah kan. Lagi yang buat I malas, baju sebakul tak cuci. Kalau baju I aje tak per ni baju kerja Habibi. Dah la dari minggu lepas lagi hujan je memanjang. I memang cepat panic bila last minute plan ni. Tambah, I kan dah ada perancangan yang biasa-biasa dan relax-relax aje untuk cuti Krismas ni. So, last-last I serahkan pada habibi untuk buat keputusan...

Keputusannya pergilah kan. Sebab kesian kat member. Kalau kami tak pergi maybe depa tak pergi, sebabnya nak sewa kereta. Kalau pergi 2 couples boleh lah share duit sewa and minyak. So, pergi jugalah. Lagipun habibi cuti lama. Bukan senang nak dapat cuti berderet-deret. So, petang tu balik rumah kelam kabut lah packing, kemas-kemas rumah dan dapur. Cuma laundry aje tak sempat buat. Nasib ada satu lagi seluar kerja spare. Susah-susah beli kat Melbourne aje nanti. Begitulah al kisahnya bagaimana saya dan habibi ke sana lagi.

FYI, driving ke Melbourne takes approximately 10 hours of non-stop driving. Di sebabkan berhenti rehat dan solat maka total hours perjalanan adalah 13 hours! Lemau gila duduk dalam kereta. Bayangkan bertolak jam 11.30 malam dan 12.30 tengah hari esoknya baru sampai! I kesian kat habibi je. Yerlah dia penat balik kerja without rest dan terus drive ke sana. Walaupun bergilir dengan member tapi still habibi tak tidur juga sebab teman member drive. Takut sunyi kang ngantuk pula. Apa pun alhamdulillah we all selamat pergi dan selamat sudah kembali ke rumah. And walaupun baru je ke sana I still puas hati juga sebab this time around we all cover area di luar Melbourne city. Last time, dah ronda habis satu town kan. Kalau masuk town area lagi tentulah tak berbaloi bagi kami yang baru sangat pergi.

So percutian kali ni adalah 4 hari 3 malam. Alhamdulillah, sebab member ada kenalan kat sana jadi tumpang rumah student Malaysia juga. So, jimat kos tempat tinggal. Dan best jugalah bila dapat ber'boxing' di bandar besar seperti Melbourne.

Oklah, untuk cerita yan lebih detail nantikan saja update yang seterusnya okeh?

Back to 1850!

Saya tahu dah lama saya menghilangkan diri. Ini kerana saya melalui sebuah perjalanan yang sangat jauh. Perjalanan ke masa lampau! Tak percaya??

Tak pe, layankan dulu sekeping gambar di bawah dan tunggu cerita-cerita pengembaraan saya yang penuh mendebarkan! Acehhh.....*drama melampau*@gatai





psst: sila tinggalkan jejak untuk mendapat 'access' kepada entry berikutnya. Hikhikhik.....

Cold summer, warm heart

What a cold summer! The news says that it's the coldest summer in 50 years! So far, the temperature has never risen more than 23 oC. It's been cloudy, showering and windy for the past 3 weeks. I'm not sure whether it's a bad sign of climate change or what but I kind of like it. Kalau tak haruslah suhu mencecah 40 degrees kot, warmer than Malaysia.

Whatever it is I would like to thank you guys for being such a supportive friend. Even though we never met each other before and hardly knows each other but still some of you are kind enough to give me some morale support. Terharu! Yerlah, hidup ni tidak sah kalau tidak di lambung badai. Tambahan pula, kejayaan tidak datang semudah di sangka. Haruslah ada beberapa siri kegagalan sebelum menemukan kejayaan. So with the morale support from families, friends and love ones, dapatlah kita bertahan dan paling penting keep on moving and trying without giving up kan?

This week is the final week before a long holiday. Four more days to go and yeah I'm pretty excited...@raya Tak sabar menunggu boxing day sebenarnya... Muahahaha.... Dan tak sabar juga nak spend week days dengan bermalas-malasan atas katil bertemankan laptop dan novels!
@rindu *verangan berangan*

So hopefully dalam tempoh masa 4 hari ni dapatlah kiranya saya mengekalkan spirit dan kesungguhan yang tinggi untuk membuat beberapa siri eksperimen. Sekarang Uni dah mula sunyi sepi. Ramai yang dah mula bercuti. Kawan-kawan lab pun dah mula menghilang minggu ini. Kalau tak kuat azam, di tambah dengan lab results yang kureng menjadi boleh saja mematahkan semangat. Jadi, saya mesti kuat. Nanti cuti tak lah rasa terkilan sangat kan bila memikirkan kerja-kerja lab yang masih banyak.

So my dear readers, jumpa lagi nanti~

psst: tajuk entry yang tak berkaitan heh!

Failure

Even though I claimed myself as busy (kononnya) but I'm still super duper good at 'stealing' some times for blogging. Nak buat macam mana, I need a medium to express my depression and stressful feelings. I need to re-motivate myself back!

Al-kisahnya....
After three days in a row of trying to cast some membranes, finally I made it! @tepuktangan Alhamdulillah... lega you! After a few failures, I finally figured out what may have gone wrong. After I redo the experiment again, memang sahih lah teori-teori dan spekulasi yang I buat sebelum ni. Walaupun hal tersebut tidak pernah dikaji apatah lagi termaktub dalam mana-mana rujukan kan. So, definitely I won't repeat the same mistake ever again. Selesai satu kes!

Tup tup hari ini.....

I thought I can proceed with the transport extraction experiment of heavy metals as I planned. But, I can't... sob sob sob.... My transport model pula buat hal. Sebelum ni ok aje. Tapi kali ni leaking pula. Leaking bukan sikit-sikit. Dalam sejam habis kering kontang liquid yang I filled up dalam transport model tuh. So, macam mana lah I nak proceed with 24 hours punya experiment. Sah-sahlah fail! Damn! Dugaan, dugaan.... Astagfirullah.... Ni mesti kes I bebel-bebel kat habibi pagi tadi. Terus Tuhan pay cash aje kat I...ahaks!

Bila jadi kes gini, of course semangat membara tu merudum seketika... I kena buat sesuatu ni. I really need to do something! Kalau tak, semua kerja-kerja I akan tertangguh. I don't want that to happen. Oh Allah please help me....

Busy like bee

What a hectic week..@sakitand most probably definitely it will continue right up into next Friday- before Christmas eve. Seriously, penat sangat. Lenguh badan dan sendi.

Imagine 4.30 am dah kena bangun for Subuh prayer. Yep, musim summer ni days are longer than nights. Before 4.00 am dah masuk subuh and Isya' prayer pun dah lewat sangat. Dekat jam 10 pm baru masuk Isya'. Penat rasa nak tunggu masuk Isya' tu. Kadang-kadang mata dah layu sangat. Tambahan pula, this week and next week I bertungkus lumus buat lab. Sebab nanti Christmas eve, Uni close. So we're not advice to do any lab works especially me yang deal dengan variety of nasty chemicals. Yerla semua orang cuti even security and guard pun cuti. So anything happen, on your own risk. Jadi sebab itulah I bepulun sakan nak buat. Sudahlah membrane yang I try to produce tu susah sangat nak menjadi walaupun the method is so simple. It takes 24 hours untuk complete the process. Kalau jadi alhamdulillah, kalau tak jadi memang lelah! Itu baru first step of my research. I have to produce lots of membranes with different composition and polymers. Later, I have to test the capabilities of these membranes in extracting heavy metals. Lastly, I have to measure their stability and reproducibility for commercialize purpose. Itu cuma major objectives aje belum masuk scopes yang lebih detail. Rasa macam tak cukup pula 3 years to complete everything. But still, I'm trying hard not to extent. Oh Allah, please help me to go through this journey and complete it within 3 years only... Tak sabar nak balik Malaysia!

Nanti cuti X'mas tak tahulah nak buat apa. Mungkin lepak-lepak kat rumah aje kot. Nak jalan-jalan baru jer lepas balik dari Melbourne. Kereta pula buat hal. Ongkos lagi. Jadi kena tunggu tahun depan. Apa pun I tetap excited untuk bercuti and looking forward for boxing day. Yeah! massive sale@rayaMacam kat Malaysia sekarang tengah Year End Sale kan? But I bet, mesti tak boleh challange boxing day! Hehehe...Poyo aje~

Apa pun cuti X'mas ni I plan untuk:
1. Baking. Either cakes or bread or both! (Tamak kau)
2. Layan novel (Novel-novel 50sen yang beli kat garage sale dah tinggi menggunung!)
3. Watch Suria di Cordoba (terpengaruh dengan TCC) and layan korean dramas.. Hihihi
4. Shopping, shopping, shopping
5. Bloging of course!
6. Last but not least, prepare for the proposal presentation! (Asyik bertangguh aje date nya. Sampai hilang dah debaran di dada)

Oklah, hopefully semua yang tersenarai itu dapat dilaksanakan. Caiyok everyone!

Melbourne part 2

As I promised, ini kesinambungan untuk entry yang ini.

Emmm... *garu-garu kepala sedikit*:puteh_23: Bila dah stop, nak sambung balik macam terlepas nada pula ya...


Overall Melbourne is the best place for shopping. The city is so lively compared to Gong (the place where currently I live in). There are variety of restaurant, cafe and bars to dine in and most probably they open until late night. FYI, most of the shops here (Gong) close around 5 to 6 pm. Memang tak best gila. Nak merayap and melepak malam-malam kat shopping complex adalah mustahil except on Thursday, they open till 9 pm. Why Thursday? Sebab every Wednesday is gaji day. So every Thursday is enjoy day. Haha- Ini adalah merujuk kepada city Gong lah, bandar lain macam Sydney, Canberra, Perth, I don't know tapi I rasa hampir serupa saja. I rasa policy kerajaan mereka tak menggalakkan remaja lepak malam buta mungkin juga nak mengurangkan jenayah dan gejala sosial. Bagus jugalah sebab yang biasa keluar malam tu semua kaki pub dan kebanyakan mabuk-mabuk. So sangat lah bahaya. Lebih baik stay kat rumah dan tidur aje. Hehe...

Halal restaurant pun banyak. Nak masakan Melayu pun ada. And within this short trip, sempatlah kami melepaskan hajat nak makan ikan keli masak berlada! Serius rindu gila nak makan ikan keli. Dulu-dulu, sebelum sambung belajar dekat area airport PC ada satu warung makan ikan keli yang best dan murah. Boleh dikatakan every week mesti singgah makan kat situ. Pakcik tu pun dah cam muka kami laki bini. Sekarang mesti dia tertanya-tanya di manakah kami.... Huhuhu....

Antara restaurant yang halal dan menghidang makanan kemelayuan adalah Madam Kay, Blok M, Restoren Nelayan, Little Malaysia dan banyak lagi lah. Rasanya restaurant mamak pun ada. Hebat! Kat area Gong ni jangan harap lah. Sebab tu siapa-siapa study area ni memang expert masak selepas 3 tahun. Haha-

Other than that, I would named Melbourne as city of tram. Rasanya kat Australia ni, Melbourne saja kot yang ada Tram. Kat Sydney and Canberra tak ada nampak. Haha- Dua tempat tu aje saya pernah pergi. Tram ni macam train lah juga. Bezanya dia beroperasi di atas jalan raya. Kiranya landasan dia pun di atas jalan raya. Seiring dan sejalan dengan kereta. So, kalau sesiapa yang tak biasa memandu di Melbourne mungkin agak sedikit keliru kot pada awalnya. And the best thing is they have free trams which go around the city. So memang sangat benefit kepada visitor macam saya. Typical Malaysian, memang suka sangat dengan benda free. Haha-


Oklah tulis panjang-panjang pun bukan hangpa semua rajin sangat nak baca kan. Conclusion: yours truly and hubibi berjaya juga cover Melbourne CBD ni within 3 days by walking. Yep, walking! Memang sangat exhausted, apa taknya keluar 7 am, balik hotel 7 pm. Malam totally flat. Haha- Walau bagaimana pun next time harus pergi lagi sebab masih banyak tempat menarik yang belum sempat cover! Last but not least, layankan gambar-gambar yang tak seberapa ni. Zass~

Melbourne....an intro...

As Salam Peeps! How's life going on?

As I inform earlier, I was in Melbourne for the last weekends till yesterday. It was a short trip for work and also a weekend getaway. We departed from Sydney airport on Saturday morning at 9.35am and arrived at Melbourne airport (Tullamarine) around 11.15am. From the airport we took a shuttle bus (Skybus) to Melbourne CBD (town). A single ticket (adult) for one trip will cost you 16 dollars but a return trip will only cost 26 dollars. And the tickets are valid for 3 months from the date of purchase. There are also others option for family packages at cheapest price. Please visit their website here for more information. The 20 minutes journey will end at Southern Cross Station and from that station you can take a mini Skybus to your own private hotel/motel for free. Again, please refer to their website to check the participating hotels and pick up locations.



During the visit we stayed at Hotel Ibis formerly known as Hotel Iblis Haha, a 2 star hotel. The location is very near to Victoria Market- a-must-visit place to shop for cheap souvenirs. Only 5 minutes walk from the hotel. However, please take note that the market is close every Monday and Wednesday. So please plan your visit accordingly. Besides Ibis, there are hundreds of hotel and motel including service apartment located at CBD area. So you have lots of options to choose from and if you book early or during weekdays, I think you'll get cheaper rates.

Tetiba aje....


to be continued...... Haha- sorry guys, have to stop it here. Nanti I sambung cerita lagi with lots of piccas ya!

Sunny day


Bright and sunny- Itulah yang boleh digambarkan di kala ini walaupun jam baru menunjukkan 6.30 am. Memanglah tak ada mood nak sambung tidur. Beginilah experience bila musim panas mula menjelma. Waktu siang menjadi panjang yang amat. Subuh masuk sebelum jam 4.00am dan habis waktu sekitar jam 5.30 am. Sebelum jam 6 pagi sudah terang benderang. Macam biasa lepas prepare breakfast, lunch and tea box untuk habibi, mata dah susah nak pejam. Tambah, hari dah cerah. Kalau nak tidur juga haruslah tutup window blind rapat-rapat. But still, cahaya mentari tetap akan menyinari. Oleh itu kesempatan ini digunakan untuk blogging. Keh keh keh!

Tapi bangun awal memang seronok walaupun pada awalnya sangat payah. Tapi, apabila berjaya bangun di tambah pula dengan pengisian yang mantap kita akan berasa hebat dan bersemangat. Yelah kalau dari jam 6 pagi itu nak ke jam 8 pagi macam-macam perkara boleh dilakukan dan diselesaikan. Itu akan membuat saya rasa hebat, semangat. Perasaan luar biasa yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata.

Teringat pula masa zaman kerja dulu before I sambung belajar. Menjadi seorang ahli akademik kononnya satu advantage. Tak perlu punch in and out. Cukup sekadar sekali punch. Itu pun tak kesah jam berapa. Fleksibel time. Sebab walaupun kami datang jam 10 pagi tapi kami balik sangat lewat. Adakala 10 malam. Itu masa waktu bujang lah. Sekarang dah kahwin tak mungkin 10 malam. Kah kah kah! Tapi, seingat saya sekali pun tidak pernah datang lewat. Malah lebih awal pula dibandingkan dengan pegawai bukan akademik yang lainnya. Yep! jam 7 pagi mesti dah keluar rumah walaupun jarak rumah ke ofis cuma 5 minit pun tak sampai! Macam ada satu good feeling masa keluar rumah dalam gelap-gelap, kemudian menjadi orang yang pertama menghidupkan suis lampu, kipas dan penghawa dingin di ofis. Haihhh...manusia memang pelik!

Tapi, sungguh saya rasa hebat. Di saat kawan-kawan baru mula nak datang saya dah 'start enjin' lebih awal. Maka, pastinya pecutan saya jauh ke hadapan. Mak pun selalu pesan, jangan tidur lepas subuh, nanti rezeki tak ada. Somehow, it's true. Bertuah lah menjadi seorang yang berawal pagi or 'morning person'.

Pun begitu, tidaklah pula saya 'mengejek-ejek' orang yang bangun lambat. Biasa yang bangun lewat ni sebab tidurnya pun lewat. Kadangkala menginjak ke subuh baru nak melelapkan mata. Di saat orang lain tidur dia berjaga. Macam sang kelawar dan si burung hantu. Hehehe!

Apa pun setiap orang ada 'waktu hebat' masing-masing. Macam saya, morning person. Tak kira lah morning person or night person both tetap hebat. Yang tak hebat bila bangunnya sudah lah lambat, tidurnya punyalah awal. Celik-celik mata mengadap FB, blog, surf sana, surf sini. Alih-alih dah tengah hari, dah petang tapi kerja satu apa pun tak jalan! Hopefully janganlah antara kita yang begitu ya!

Aiwahh...itu baru mukadimah, sudah berjela-jela. Belum lagi nak masuk isinya. Actually hari ini nak cerita pasal cuti-cuti Melbourne. Bukan bercuti pun tapi urusan kerja. Tapi, sambil-sambil menyelam kena minum air sedikit. Hopefully tak lemas lah pula sebab 'bercuti' di kala sibuk dengan segala macam eksperimen. Hujung minggu ni baru nak bertolak. First time juga nak travel alone dengan habibi. Biasa travel dengan kawan-kawan. Kira macam honeymoon lah pula. Best-best! Semalam siap berjaga dok survey pasal Melbourne. Anda pernah ke sana? Apa yang seronok dan mesti or wajib di lawati? Sila lah share before we share our experience pula. I dah siap dengan itinerary semua. Hopefully, tak da la sesat and sempat lah menjejak kaki ke semua yang dirancang walaupun hanya ada 2 hari saja untuk berjalan. Huuuu....

Walaupun belum lagi sampai ke sana tapi dalam kepala dah mula berkira-kira nak buat second trip ke sana. Hua hua hua.... haruslah 'kopak' duit suami! Hopefully, dalam masa 3 tahun ini sempatlah menjelajah seluruh Aussie and New Zealand. And kalau kesempatan mungkin nak panjangkan langkah ke Europe or Japan or Korea or Timur Tengah or etc sebelum heading back to Malaysia! Wakakaka.....*verangan verangan*@rindu

nota kaki: sila lah jangan baca entry yang meraban nih!

Nukilan semalam

Haihh...

Malas bebenor nak pergi office hari ni. It has been raining all the day... Chehh.. bukan lah all the day tapi since this morning. Tapi, forecast kata all the day and most probably until this weekend. Ahh...tak best betul! My mood selalu jadi swing bila cuaca mendung or hujan ni. Sebab sejuk lain macam, tambah-tambah kalau musim winter. Rasa macam hidup dalam freezer! Tapi, sekarang bukan winter pun. In fact end of spring already, and summer is just around the corner. Lepas ni panas dering (loghat orang Terengganu) la jawabnya.

Tapi bila difikirkan balik musim hujan dah serasi dengan aku. Apa taknya selama 7 tahun lebih daku bermastautin kat negeri pantai timur. So cuaca yang ala-ala winter ni sangat sinonim. Mandi pun air sejuk macam air ais dalam peti tu tapi slumber aje mandi di kala hujan lebat menggila di luar dan di kala jam menunjukkan 5 pagi! Kamu ada berani?

Sebenarnya memang dari kecik dah terbiasa bangun awal dan mandi regardless of the cuaca kat luar. Kira dah jadi macam rutin yang tak boleh tidak mesti buat. Lagi teruk kalau ada orang bangun mandi dulu dari aku, rasanya macam tercabar aje. For sure esok tu aku bangun lagi awal. Haha... Kata pepatah, early bird gets the worm. Kiranya aku selalu bercita-cita nak dapat worm yang terbaik lah. Tapi, kalau nak tahu mandi sebelum subuh adalah petua awet muda! Dengan syarat jangan guna water heater lah. Patutlah sekarang wajahku kurang berseri..ahaks!

Tapi sayang seribu kali sayang lepas kahwin ni liat benar nak bangun awal pagi. Bertambah liat bila berhijrah kat oversea ni. Nak mandi pagi tu liat betul. Kadang-kadang tanpa disedari dah teradaptasi dengan mat salleh yang jarang mandi pagi atau mandi sekali sekala di musim sejuk! Tapi, tetap mandi juga lah cuma kekerapan berkurang kepada sekali sehari. Sejuk beb walaupun pakai water heater. Terfikir juga kalau dulu kenapa aku boleh survive tanpa hot water tapi sekarang hot water ada pun tetap liat nak bangun mandi! Aduhai...

Entry hari ini tidak ada apa-apa yang significant pun. Hanya sekadar mengimbau memori di kala hujan. Hujan ni dulu banyak memberi aku inspirasi untuk menulis. Lagi lebat hujan di luar, lagi ligat jari jemari aku menaip di papan kekunci. Ya, sekali sekala aku rindu zaman yang dulu. Zaman aku digelar seniman jalanan. Zaman aku berpuisi dan bermadah pujangga. Zaman aku mencoret novel cinta.

Sebelum aku membangunkan blog ni, aku pernah mempunyai beberapa buah blog sebelum ini dengan nama yang berbeza-beza. Tapi, semuanya terpaksa di'shut down' satu persatu setelah aku mempunyai pengikut tersendiri. Memang sedih tapi terpaksa juga berbuat demikian. Kata orang kadangkala kita boleh jatuh cinta hanya dengan mendengar suara. Adakala dengan membaca coretannya boleh buat kita terpana. Jadi, untuk menyelamatkan keadaan dan lebih banyak hati yang terluka terpaksalah tutup semuanya. Barangkali suatu masa nanti laman ini juga akan ditutup. Tanpa notis. Tanpa pemberitahuan.

Opp opp... rasa macam dah terhanyut-hanyut sendirian ni. Better stop now okay before ternukil sesuatu di luar jangkaan. Aha! Tapi kalau esok masih lagi hujan, barangkali akan ada sebuah nukilan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs