Kisah aku dan 3 guru

Hola!

Happy Sunday everyone ^_<

Biasa-biasa hari Ahad seawal 6.30 am pagi dah keluar rumah. Tapi arini le husband kerja la pula -_-" jadi laptop la sebagai peneman... *sigh* Tak perlah... kerja tu kan ibadah! Tambah-tambah mencari rezeki untuk sara keluarga. Jadi isteri haruslah redha. In fact, I'm enjoying my own 'me time' over here... bahahaha... if le hubby is around I won't be able to update my bloggie kan?


Okay, baru-baru ni kan sambutan hari guru. Memang syoklah para guru-guru sebab diraikan. News feed aku penuh aje dengan sambutan hari guru, ucapan hari guru dan koleksi hadiah guru-guru. Iols is jealous! Muahahaha...sebab jadi lecturer tak ada pun ex-student wish... ahaks ;P Walhal lecturer tu kan sama je peranan dan tugas macam guru! Tapi. itu bukanlah isunya. Bagi aku semua orang pun adalah guru kepada seseorang yang lain. (macam berputar belit pula ayat ni). Maksud saya, guru pertama kita adalah orang tua kita. Walaupun tak dipanggil guru tapi merekalah antara orang terawal yang mengajar dan mendidik kita. Ajaran itu bukan terhad kepada subjek math, sains, sejarah dan sebagainya sahaja. Tetapi juga, sesuatu yang membentuk peribadi, kendiri dan akhlak. 

Hari pertama bekerja, bukan semua benda kita tahu. Walaupun ada ijazah belum tentu semua orang tahu macam mana nak guna mesin fotokopi. Jadi ada rakan yang tunjukkan. Masa mula berjinak dengan perniagaan, bukan semua orang pandai selok-belok. Tentu ada 'orang' atau mentor yang berkongsi idea dan pengalaman sampaila hari ini kita menjadi orang yang berjaya. Banyak lagi contoh yang lain, yang lebih bagus. Tapi pokoknya, semua orang atau dalam diri setiap individu kita merupakan guru kepada orang lain. Setuju tak?

Sempena hari guru ni, aku terimabas kembali guru-guru yang pernah hadir dalam hidup ku. Kalau ikut memang banyak! Tak tersebut dan mungkin terlupa! Tetapi, ada beberapa individu yang meninggalkan kesan dalam hidup aku. Ada kesan yang baik. Ada juga kesan yang 'luka'.....

Guru 1
Dalam adik beradik hanya aku seorang yang tidak dihantar ke tadika. Tak tahu sebab apa. Nanti balik Malaysia nak tanya mak! tehehehe.... Walaupun tak ke tadika tapi arwah atok yang ajar dari Abc, 123, alif ba ta ke subjek matematik dan English. Arwah atok memang terer English dan Jepun. Walaupun dah sekolah tapi sampai tingkatan 2 beliau menjadi tempat tanya aku terutama dalam subjek English dan Math hinggalah beliau kembali ke rahmatullah masa aku tingkatan 2. Kehilangan besar buat diriku T_T


Guru 2
Dalam dunia ni kita akan ingat nama dua jenis orang. Satu orang yang betul-betul baik pada kita. Memang susah nak lupa la kan? Tapi, satu lagi, orang yang betul-betul tinggalkan kesan luka dalam diri kita kan. Aku ingat nama cikgu tu serta rawat wajahnya dan kereta satria kuningnya. Cikgu paling vogue masa tu, pakai skirt dan mekap tebal. Ada juga persis macam RCW. Tak tahulah kot ada bau-bau bacang. Yang buat aku tak boleh lupa sebab dia pulas telinga aku dan ketuk kepala aku dengan buku teks matematik yang tebal masa aku darjah 2! 

Alasan: sebab aku tertinggal buku kat rumah! Memang betul-betul tertinggal bukan tinggalkan sebab tak buat homework. Sedih sangat masa tu. Sebab dimalukan depan rakan-rakan yang lain. Walaupun baru darjah 2, aku tetap ada perasaan tau. Tambah-tambah first time tertinggal. Kesalahan pertama. Tak ada pun rekod buruk dalam sekolah! Kalau pukul kat tangan tak kisah lagi, ini kepala kot. Aku syak sebab aku pakai tudung time tu. Bahaha... Itulah sesatunya sejarah buruk aku dengan insan bernama guru.

Tapi, zaman dulu semua orang takut dengan guru. Kalau kena pukul atau marah dengan guru tak akan buka mulut pada ibu bapa. Sebab rasa macam dah memalukan mereka. Tapi, sekarang murid pukul guru, ibu bapa serang guru, dan guru tak ada hak untuk memukul pelajar. Ada baik dan ada buruk. Tapi buruklah bagi budak-budak yang memang nakal sebab akan terus membesar dengan nakal. Tapi bagi budak-budak yang baik macam aku (tehehe), aku rasa tindakan guru tu silap. Sekurang-kurangnya bagi aku peluang kedua. Atau hukuman lain yang lebih munasabah kan?


Guru 3
Guru ni paling aku gerun. Beliau seorang guru tuisyen. Memang kaki carut! Serius tak tipu! Aku kan budak baik, membesar dalam environment yang baik-baik yang mana tak ada istilah carut marut dalam keluarga. Jadi, menjadi satu tekanan pada aku bila kena carut. Cikgu ni hanya akan mencarut pada student yang buat salah berulang kali. Setiap kali sebelum masuk kelas beliau aku akan study semua latihan yang beliau pernah berikan. Takut beb kalau buat kesalahan sama yang berulang kali. Siapa yang salah kena bagun berdiri dan hulur tangan. Pup! mesti kena rotan dengan pembaris. Jugak dicarut -_-"

Tapi, heran dan pelik sungguh walaupun ibu bapa sedia maklum hal ni tapi ramai ibu bapa yang berebut-rebut hantar anak-anak tuisyen dengan cikgu ni. Boleh dikatakan juga kakak dan adik aku juga berguru dengan beliau. Sebab beliau seorang guru yang amazing despite suka mencarut tuh la. Beliau sebenarnya pesakit 'breast cancer'. Mula-mula sebelah kena buang. Lepas tu lagi sebelah. Pun begitu beliau memakai 'breast' palsu. Pernah juga sampai satu tahap beliau menunjuk breast palsu tu. Aihhh fobia la part ni. Oleh kerana semua murid takut kena carut, maka semua study hard. Sebab tu, semua anak murid beliau antara yang mendapat stright A's dalam UPSR! Dan ibu bapa tak akan putus-putus merayu untuk menghantar anak mereka berguru dengan beliau walaupun satu kelas sudah mencecah 50 orang pelajar! 0_0

Bila hari raya, pasti akan terjumpa beliau di surau selepas solat raya. Beliau masih tetap kenal anak-anak murid beliau termasuklah aku adik beradik. Dan beliau tumpang bangga dengan kejayaan anak-anak murid beliau sekarang. Semuanya hebat-hebat. Alhamdulillah. Walaupun beliau terkenal dengan kaki carut tapi sekurang-kurangnya tak ada lah sampai ketuk kepala murid kan. Pukul kat tangan aje. Dan aku memang berterima kasih kat beliau. Sebab beliau memang cikgu yang hebat. Rasanya beliau dah bersara sekarang ni. Semoga beliau sihat-sihat sahaja!

Rasanya sekarang kalau ada guru begini mahu ke ibu bapa hantar anak-anak berguru? Generasi aku dan sekarang dah berubah! Carut marut ni dah tak sesuai lagi atau tak makan saman kot pada generasi kini!

So itulah, antara kenangan aku dengan guru-guru ku yang terdahulu yang aku ingin kongsikan. Apa pula kenangan anda?

3 Responses
  1. Chekgu Azrine Says:

    Klu cikgu2 sekarang baru carut sekali esk parents kompem mai sek ngadu..huhu

  2. CaDLyNN Says:

    Cikgu2 dulu mmg grg2..tp itu yg bagusnye..takdela kite leka kn

  3. Zainur Says:

    @Chekgu, betoi tu!

    @Cadlynn, setuju jugak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs