Korban raya

Salam!

Eid Adha mubarak!

Macam tahun-tahun sebelumnya, sambutan raya kami sederhana sahaja. Tambah-tambah bila raya jatuh pada week days alamatnya memang tak ada cuti lah. Kuliah dan lab berjalan seperti biasa. Tapi sebab dah biasa kan, jadi tak adalah rasa sedih atau syahdu bagai. Cuma rasa bersyukur, alhamdulillah! Dapat juga solat raya sebelum suami bergegas ke kerja dan aku sendiri ke uni.

Boleh aje nak minta cuti dengan sv, tapi tak perlah bukan ada kampung pun nak balik beraya kat sini. Jadi hari raya pun macam hari-hari biasa juga. Cuma, masa hari raya ni aje aku dress melawa semacam. Tak lah melawa melaram bagai. Tapi cukup untuk kawan-kawan aku tegur 'you look nice today!' Nampak sangat hari-hari lain comot! Dan aku akan senang hati beritahu, "Today is big celebration for the muslims". So dah masuk tahun ketiga ni, semua pun sedia maklum. Tadi bila kawan nampak aku dia tanya, "so today is muslim celebration rite". Mesti depa kata aku rajin naaa....tak pernah minta cuti pun! *perasan*

Selalunya cuma ber'jeans' and t-shirt aje. Tapi untuk setiap kali hari raya, aku pakai baju kurung. Belasah la buat lab pakai baju kurung pun! Baju kurung pun aku ada 2 pasang aje. Baju ni lah yang dari mula aku bawa sampai sekarang duk ulang-ulang pakai. Haha- Malas nak susah ke mak kirim baju raya ke apa sebab pakai pun 2 kali setahun aje! Nasib la masih muat lagi.

Bagi aku raya kat oversea seronok la juga. Keseronokkan yang tersendiri kata orang. Kalau kat Malaysia, dua tiga hari sebelum raya dah sibuk buat persiapan. Kalau raya puasa lagilah sebulan sebelum raya pun dah sibuk hunting baju bagai. Ada juga sekang mata buat kuih raya. Kira banyak gak berhabis duit lah. Penat lagi. Tapi kat sini relax aje! Macam aku, sampai terlupa hari ni nak raya! So, menu pagi raya aku nasi goreng telur sahaja! Kira kalau tak masak rendang, nasi himpit, lodeh, lemang bagai tak ada siapa nak marah pun. Mak mentua jauh. Mak sendiri pun tak tau. Kalau dulu kat rumah, masa zaman remaja lah, siap tarik-tarik muka lagi bila kena tumbuk kacang atau merendang. Kalau boleh biar mak panggil kakak atau adik. Jangan lah aku! Yerla esok raya, tengah-tengah puasa ni nak relax-relax aje lah. Tapi, time tuh la nak tukar langsir, nak masak, nak mengemas, nak susun kuih dalam balang dan macam-macam lah. Kat sini relax aje! Kalau rajin masak. Kalau malas tunggu lah kawan-kawan ajak makan. Hehehe.... Hujung minggu baru buat gathering, bawa menu potluck rasa sorang sedikit. Makan dekat taman bunga lagi! Once and for all. Tak pening kata orang.

Orang selalu tanya, 'tak sedih ker tak balik raya?' Kalau aku bujang mungkin sedih kot? Tapi, dengan suami setia di sisi, aku happy and bahagia aje. Takada la terkilan ke hapa. Kata kak Zi, 'lagi sedih kot kalau beraya kat tanahair tapi tak mampu nak buat persiapan raya'. 

Bayangkanlah kalau kat tanahair, raya itu hal besar. Orang sekeliling kita sibuk buat persiapan raya. Itu raya ini raya. Semua benda nak raya. Apa perasaan orang yang kurang berkemampuan? Nak beli baju raya tak mampu. Kuih raya tak ada. Lampu lip lap lip lap pun tak ada. Pagi raya makan seadanya. Biskut kering mungkin? Kita mana tahu orang hidup susah macam mana. Mesti leleh air mata dan air liuq tengok orang sekeliling beraya sakan. Sedang diri sendiri tak mampu....tapi tak ada orang yang peduli atau kesah. Haa...mesti lagi sedih kan?

So, syukurlah kat sini beraya seadanya. Bagi aku yang penting bukan segala persiapan nak raya tu. Bukan juga makanan atau baju atau lampu. Tapi makna raya tu tersendiri. Erti pengorbanan untuk hari raya korban. Dan erti fitrah itu sendiri di kala raya aidilfitri. Bukan kuantiti tapi kualiti. Bukan nilai yang banyak tapi keikhlasan dan keredhaan Allah itulah yang kita ingini.

Jadi tak kisahlah di mana sekalipun kita beraya dan bagaimana persiapan yang kita buat, kerana itu semua bukanlah yang utama dan yang dicari. Berbahagialah bagi orang yang mendapat keberkatan dan keredhaan miskipun miskin dan hina di mata insan yang lain.

Akhir kalam, selamat hari raya korban. Maaf andai ada tersalah bicara. Maaf zahir dan batin. Jangan lupa jengok-jengok jiran yang tak berkemampuan jangan ada yang dipinggirkan!

Wajah yang kian membulat!

Sambil buat lab sambil study map NZ, apekehal!?

Soalan lazim tentang cuti-cuti di Australia

Salam lovelies!

Kalau anda bercadang untuk bercuti di Australia inilah masa yang terbaik! Sebabnya sekarang musim bunga. Meriah dengan bunga-bunga. Warna-warni. Suhu pun tak terlalu sejuk. Memang tak sejuk langsung! Dengan waktu siang yang panjang, memang berbaloi-baloi untuk berjalan-jalan. 












 Kata musim bunga kan.... jadi kawan tempek lah gambar bunga banyak-banyak. Nama bunga sorry tak tau! Haha....

Pengalaman bagi makan kangaroo. Gambar tak ada kena mengena.

Lagi gambar tak berkaitan langsung! Tapi, nak cakap pantai-pantai kat sini memang terbaik dan cantik!
Sambung membebel balik....

Untuk pengetahuan, Australia ni terbalik 'kod' dengan Eropah. Sekarang di Europe musim luruh (autumn). Kalau di Europe sejuk pada hujung tahun (time krismas), di Australia itulah musim panas! Dan musim panas di Australia memang sangat panas. Suhu boleh mencapai lebih 40 darjah celcius! Rasa macam kena panggang hidup-hidup. Tapi, neraka Allah lagi Maha dahsyat! Maka, bersyukurlah kita masih diberi rahmat dan nikmat di atas dunia ini. Mudah-mudahan terus menjadi hamba Allah yang bersyukur dan taat atas suruhan dan menjauhi laranganNya. Aamiin!

Tujuan entry ini ditulis sebab ada kawan-kawan yang bertanya tentang Aussie dan berminat atau ada menyimpan niat nak datang ke sini. So, since saya ada lah sedikit pengalaman saya jawab lah yang mana termampu ya. Sekiranya masih ada soalan-soalan berbangkit atau kemusykilan boleh la bertanya di ruang komen. InsyaaAllah saya cuba menjawab seadanya.

So, ini soalan lazim dan jawapan saya mengikut pengetahuan semasa.....(mungkin 10 tahun kemudian jawapan saya dah tak relevan lagi... Heh!). Let's roll babeh....

1. Bila masa yang sesuai nak bercuti di Australia?
Jawapan saya: Aussie adalah negara 4 musim tapi musim-musim nya berlawanan seperti di negara Eropah. Lazimnya, seperti berikut:
a) musim panas: Disember-Februari
b) musim luruh (klik untuk tahu): March-Mei
c) musim sejuk (klik untuk tahu): Jun-Ogos
d) musim bunga: September-November

Jadi anda suka musim yang mana? Cuma musim panas ni siangnya panjang. Jadi masa untuk berjalan panjang sebab hari lambat gelap. Dan musim sejuk siangnya singkat, jadi tak seronoklah sekejap dah gelap! Hehe... Tapi sejuk di sini tak sejuk sangat macam di Eropah. Tak ada salji kecuali di pergunungan dan sekitarnya. Tapi, masih boleh main ski dan snow cuma tertakluk pada kawasan tertentu sahaja!

2. Apa yang menarik kat Aussie?
Jawapan saya: Aussie ni besar. Orang Aussie sendiri tak sempat nak pusing keseluruhan negara mereka. Termasuklah saya :D ngee.... Tempat menarik bergantung kepada bandar mana yang anda pergi. Biasanya orang akan melancong ke Sydney, Melbourne, Canbera (ibu negara tapi bandar yang agak suram berbanding Sydney and Melb.!), Gold Coast, Perth dan etc.
a) Sydney: Wajib pergi sebab ada mercu tanda Aussie iaitu Sydney Harbor Bridge (klik untuk baca) dan Opera House. Kata orang tak sah kalau pergi Aussie tak ke sini yer tak? Sebenarnya banyak lagi yang best sekitar Sydney, mungkin boleh cerita dalam entry yang lain kot!
b) Melbourne (klik untuk baca): Tour yang paling popular adalah The Great Ocean Roads dan 12 Apostles (klik untuk baca). Tapi, banyak lagi yang best, mungkin boleh godeh-goden entry-entry lama pasal Melbourne ;P
c) Gold Coast: Banyak gila taman tema. Memang sesuai untuk famili yang ada anak-anak. Saya belum jejak sini, jadi tak boleh nak cakap lebih-lebih. Heh! InsyaaAlah our next trip? ;)
d) Canberra: Paling bosan kot! Kecuali musim bunga sebab ada pesta bunga 'floriade' (klik untuk baca).

So, kalau nak tahu lebih-lebih kena buat research sendiri. Tapi kalau ada persoalan tentang Sydney dan kawasan NSW  yang lain, insyaaAlah boleh bantu. Bajet dah cover habis, walhal tak pun!


3. Kat mana nak solat?

Tiada alasan untuk tidak solat!
Jawapan saya: Sebagai muslim solat itu wajib walaupun kita musafir. Boleh aje nak solat kat bilik hotel/motel dsb. Tapi bila tengah traveling memang susah nak jumpa surau atau masjid. Ada bukan tak ada tapi tak banyak macam kat Malaysia lah atau mana-mana negara Islam yang lain. So, penting membawa kompas kemana-mana untuk melihat arah kiblat. Berhentilah solat di taman-taman sebab kat sini banyak park dan garden. Carilah kawasan yang sunyi. Kalau dekat shopping mall boleh solat dalam bilik persalinan atau silalah ke 'parents room' sebab sangat selesa untuk solat. Sebenarnya tak ada masalah pun. Australia ni sebuah negara bebas untuk mengamalkan sebarang agama. So, far saya tak ada masalah, alhamdulillah! Paling penting berpakaianlah dengan sempurna. Maksudnya menutup aurat dengan sempurna, jadi senang nak bersolat! Tak perlu nak sarung telekung bagai ;) 






4. Perlu visa?
Jawapan saya: Semestinya! Visa boleh apply online saja! Paling cepat kurang dari sehari dah boleh dapat. Tapi, tak lebih dari seminggu sekiranya tiada sebarang masalah seperti jenayah dsb ;P Owh bayaran visa 20AUD untuk tempoh 3 bulan!

Itulah antara soalan rambang yang terjawab. Untuk dapatkan lebih tips tunggu entry yang akan datang. InsyaAllah saya akan cuba kongsikan! Ada pertanyaan lain, tanya saja ya! Semoga entry pendek ni ada manfaat walaupun sebesar zarah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs