Dejavu Di Terengganu Bhgn 2

Salam.

Hola readers!

Adakah kailan tertunggu-tunggu sambungan Dejavu Di Terengganu? Kalau ya, teruskan membaca kalau tak sila klik butang 'x' di bahagian atas sebelah kanan ya! Terima kasih!

****


Bajet cerita aku ni macam best aje! Tak pa lah, I nak asah bakat menulis di samping mengenang kembali kisah pertemuan kami suatu tika dahulu. Aceh... Tapi, bila dah stop menulis tak tahu pula macam mana nak sambung dan di mana harus bermula...haih!


Bab 4
Sejak beberapa kali berselisihan di atas jalan raya, hati kami seolah berjanji untuk menjadikan pertemuan singkat ini sebagai rutin harian kami. Walaupun tanpa persetujuan kata dan janji mulut tapi hati kami sepertinya sudah berbicara sesama sendiri. Maka, setiap pagi aku akan bangun dengan penuh bersemangat sekali untuk memulakan hariku biarpun setiap hari aku tertekan dengan kerja lab yang macam nak gila. Tapi, melihat mata dan senyumanya sedikit sebanyak menyuntik semangat buatku. Hehe.... Walaupun, detik itu hanya sekali imbas namun ia cukup bererti buat diri ini. Dan setiap hujung minggu pastinya terasa sedih dan sunyi kerana wajah itu mula ku rindui. Oh, Isnin cepatlah muncul. Aku tak sabar nak ke Uni! Haha....

Adakah ini namanya cinta? Entahlah. Nama empunya diri pun tidak ku tahu tapi mengapa hati begitu rindu?

Tapi ada juga hari-hari di mana kami tidak dapat berselisih. Sama ada aku terlalu cepat atau dia terlalu awal. Aku pasti kecewa seandainya pagi itu tidak berselisih dengannya. Maka, seluruh hari itu akan menjadi muram dan lesu. Aduhai, angaunya aku ni!

Namun, bukan hatiku saja dipalu rindu. Si dia pun begitu. Kalau tidak bertembung denganku, nampak basikal tua ku pun jadilah katanya. Seperti aku yang menghafal no plat keretanya, dia pun cukup cam basikal tua milik ku. Basikal yang sering aku parking di bawah pohon kelapa di belakang bangunan FST. Satu-satunya basikal yang parking di situ bersama motor-motor staf. Hehe...

***********************************************************

Bab 5
Rupa-rupanya pertemuan kami bukan sekadar di jalan raya saja. Entah sejak bila kelibatnya turut hadir di cafe yang sering aku kunjungi untuk sarapan pagi. Kebiasaanya, sesampai di kampus aku akan ke makmal untuk penyediaan eksperimen sebelum bergegas ke cafe untuk sarapan pagi. Tidak semena-mena (wujud ke perkataan ini?) dia juga sering ke situ untuk sarapan pagi. Dan dia sering duduk bersama-sama dengan kumpulan 'gagak merah' yang lain.

Kenapa aku panggil kumpulan 'gagak merah'? Kumpulan 'gagak merah' ni adalah kumpulan lelaki berseragam merah. Haha.. Memang semuanya lelaki. Dan dia pun termasuk dalam kumpulan gagak merah ni. Saja aku panggil gagak merah sebab pantang tengok perempuan lalu mesti nak bersiul macam burung! Geram betul aku. Dan siulan burung-burung ni memang unik sebab bunyinya 'weet weettt'. Selama ni tak pernah aku di 'weet weett' sedemikian rupa. Siapalah yang nak bersiul dengan gadis luar biasa macam aku. Kenapa aku melabelkan diriku luar biasa? Bukanlah bermaksud aku ni ada kuasa luar biasa. Bukan juga bermaksud aku ni seorang yang cantik nan ayu. Tapi, aku rasa penampilan aku sedikit unik dan berbeza dari gadis-gadis yang lain. Bertudung besar dan berbaju kurung separuh! Apakah? Maksudnya.... aku berbaju kurung tetapi tidak bersama kain kurungnya. Biasanya aku berseluar slack atau ber'track' suit. Kalau aku memakai t-shirt, tidak pula dengan seluar tetapi dengan kain kurung! Haaa...tak ker pelik dan janggal namanya! Rasanya orang tak berapa berani nak buat macam tu. Tapi, aku bukan setakat berani atau selamber malah dengan penuh keyakinan berjalan kemana-mana dengan berpakaian macam tuh. Huhuhu....


Okay, aku memang selesa macam tu. Pakaian yang tak menjolok mata. Lagipun mudah untuk aku yang berbasikal ni. Buat pengetahuan umum, aku tak cekap mana berbasikal. Aku baru pandai naik basikal roda dua masa umurku 20 tahun. Awal-awal dulu memang aku berbaju kurung lengkap nan ayu mengayuh basikal ke kampus. Nak dijadikan cerita kain kurung aku selalu aje tersangkut pada 'pedal' basikal. Akibatnya, bergulung-gulung kain lekat di pengayuh tu sampai lah ke satu tahap kaki aku tak boleh mengayuh lagi dan aku pun jatuh basikal dengan kain terselak. Aduss...malu tau! Dah banyak kali juga aku terkena. Selain itu, banyak kain kurung ku jadi hitam sebab terkena minyak atau gris pada basikal. Sayang betul! Jadi, untuk memudahkan pergerakan aku, maka aku sering berbaju kurung separuh ke universiti. Bukan untuk mencari perhatian tetapi untuk keselamatan dan keselesaan sendiri. Tetapi, tak sangka pula dengan gaya begini pun menjadi perhatian 'gagak merah'! Haishhh.....


Tapi, tak mengapa. Sekurang-kurangnya aku sudah mendapat satu klu tentang dia. Apakah? Semestinya, dia bukan seorang pelajar tetapi staf. Cuma aku kurang pasti staf apa dan bahagian mana. Aku juga tidak tahu status empunya diri. Takut-takut sudah berkeluarga. Lelaki zaman sekarang mana boleh percaya kan? Dah beristeri pun mengaku bujang. Tahulah ada 4 kuota. Tapi, pada ketika itu tak ada lah aku 'aim' nak kan dia. Pada aku, dia tak lebih dari sumber inspirasi. Tak tahulah kenapa tapi aku suka melihat wajah dia. Macam ada sesuatu di situ. Macam sangat dekat dengan hatiku. Dejavu!

****************************************************************

Bab 6
Apa yang aku perasan, aku sudah mula menjadi perhatian 'gagak merah'. Ke mana aku pergi asal bertembung aje dengan mereka ni pasti bunyi 'weet weet' akan singgah ke telinga ku. Yang buat aku bertambah perasan, bila aku sarapan pagi di cafe dan kumpulan 'gagak merah' ada di situ tetapi tidak si dia, tidak lama selepas itu pasti si dia akan muncul. Ajaib, ajaib. Aku agak tentu geng gagak merah ni yang menyampaikan.Yang buat aku bertambah perasan bila mata si dia sentiasa mengekori langkah ku. Bila aku ke kiri matanya ke kiri. Bila aku ke kanan matanya ke kanan. Aahh, siapa-siapa pun mesti dapat rasa kalau diri kita diperhatikan. Apa yang lebih mengejutkan, bukan sahaja matanya tapi tubuhnya juga ikut berubah demi mendapat posisi terbaik untuk memandangku. Aku bukan syok sendiri tapi orang di sekeliling aku pun merasakan begitu! "Oii, apasal mamat tu asyik tenung ko?" Okay, ini sudah tidak boleh jadi. Siapa-siapa yang berada di tempat aku pun pasti berasa tidak selesa. Aku nak makan pun rasa tak nyaman. Apa, aku ni nampak pelik ke? Baju pakai terbalik ke?

Maka, sejak itu bila aku terlihat aje kelibat orang berseragam merah, automatik jantung aku bergetar. Risau kalau depa nampak aku. Seboleh-bolehnya aku nak menyimpang ke jalan lain. Lagi-lagi kalau si dia pun berada di situ bersama-sama 'gagak merah' yang lain. Ialah hajat awal aku cuma nak 'usyar' dari jauh aje. Tapi, tidak sangka semakin lama semakin dekat dia dengan aku. Bukan itu sahaja kumpulan gagak merah ni sudah tahu lokasi aku. Tak sangka pula pada suatu hari mereka ada kerja-kerja penyelengaran penghawa dingin di makmal komputer kami. Kebetulan waktu itu aku di situ dan mahu keluar dari makmal komputer ke makmal alam sekitar yang hanya berselang tiga pintu. Elok sahaja aku buka pintu, nah terpacul dia di hadapan pintu nak masuk. Oh mak aii, terkejut sangat. Terus jantung berdegup kencang. Dan dengan sepantas kilat aku menutup pintu makmal kembali dan tak jadi keluar. Haha. Kelakar. Kelakar. Memang masa tu, aku terperangkap lah. Nak keluar dia ada kat depan pintu. Kalau nak melintas di hadapan dia, boleh berhenti denyutan jantung aku. Bukan itu sahaja, tubuh aku pun menggeletar lain macam sahaja. Maka, aku pun kembali ke dalam dan duduk. Konon-konon nak berfikir jalan terbaik untuk keluar tapi semuanya sudah terlambat. Kerana di saat itu si dia dan beberapa ahli gagak merah yang lain telah masuk.

Jeng...jeng....jeng......


bersambung la pulak!


Dejavu Di Terengganu Bhgn 1

**this is auto publish entry**

Salam.

Haha. Okay, entry ni adalah rentetan dari post yang lepas iaitu berkenaan video pre-wedd Irma Hasmie dan Redza. Apa kaitan Irma Hasmie dengan Zainur1925? Jeng...jeng....jeng....@gatai

Okay, sila bertenang!

Seperti yang telah dimaklumkan dalam post yang lepas, hubungan kami adalah saudara semuslim. Tak lebih dan tak kurang dari itu. Hehe... Gimik sungguh! Cuma post ini ternukil hasil dari biasan kisah cinta atau tepatnya kisah pertemuan dan perkenalan Irma dan suami. Ditambah pula sekarang ni tengah hot dengan drama Dejavu Di Kinabalu. Aaihh...lagilah membuak-buak rasa hati ni nak menulis demi melayan rasa bunga-bunga cinta di kalbu. Eeewahhh! @gatai

Oleh kerana mood sudah jiwang-jiwang karat gitu, jadi bahasa pun kena lah berubah kepada bahasa melayu rasmi. Barulah penulis dan pembaca budiman semua dapat menghayati dan mendalami perasaan penulis. Heh! Rasa macam menggedik pula. Tapi, untuk yang tak suka bolehlah klik tanda 'x' di atas, hujung sebelah kanan bermula dari sekarang! Sekian, terima kasih!

-------------------------------------------------------------------------------------

Kisah cinta bermula di sini....@sengihnampakgigi

Prakata.

Menonton drama Dejavu Di Kinabalu (DDK) sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia cerita pertemuan dan perkenalan antara aku dan suami. Mendengar perkataan 'dejavu' itu sahaja sudah cukup untuk membuat aku tersenyum simpul sekaligus melayan memori cinta kami. Tapi, cerita cinta aku tidak ada kena mengena dengan pembedahan jantung ya adik-adik manis! Alhamdulillah, jantung ku masih berdegup normal di kala ni. Masih sihat, insyaAllah walaupun suatu tika dulu pernah berdegup kencang tatkala ternampak kelibat si dia. Ya, itu baru terlihat kelibatnya atau kancil birunya belum lagi bertembung si dia secara berdepan mahupun bertentangan mata, mahu gugur rasanya si jantung ni. Tapi, tidak. Kalau gugur, maka saat ini sudah pasti tidak bernyawa!

Bagi yang telah lama mengenali diri ini, tentu tahu sedikit sebanyak kisah kami. Kisah ini, secara ringkasnya telah saya nukilkan di post ini suatu ketika dahulu. Tak sangka pula, hasil nukilan aku itu telah terpilih sebagai pemenang pertama Dina Halim Bridal Boutique Online Contest. Dapatlah sponsor mini pelamin untuk akad nikah. Terima kasih buat butik Dina Halim terutamanya kepada Kak Nad dan suami. Merasa juga saya duduk di pelamin walaupun tiada upacara sanding. Yang penting ditaja, ala-ala artis gitu. Hee hee....@sederhana


Inilah rupa mini pelamin tajaan dan sentuhan butik pengantin Dina Halim.

***

Bab 1

Wah! Ada bab-bab pula post kali ni. Nak kasi awak-awak semua 'feel' ala-ala membaca novel gitu, boleh?

Pertama kali melihat dia terasa bagaikan dejavu. Suatu perasaan aneh yang menusuk kalbu. Seperti pernah bertemu tapi ternyata tidak. Menatap wajahnya tidak pernah jemu malah sering membuat jantung ini berdegup kencang seperti orang memukul tabuh. Sejak pertama kali memandangnya terasa ingin memandang lagi dan lagi dan lagi. Hati dipalu kerinduan biar pun tidak pernah berbicara walau sekali. Aneh bukan?

Pertama kali bertemu atau secara tepatnya terlihat si dia, tatkala kami berpapasan di jalan raya di dalam kawasan kampus universiti. Dia di dalam kancil birunya. Aku pula mengayuh basikal tua. Hanya sekali imbas. Betembung mata di sebalik cermin hadapan keretanya. Tersenyum. Aduh, manisnya. Masih terbayang-bayang wajahnya yang bujur sirih, berkaca mata dan berjanggut tipis. Handsome! Hingga ke saat ini masih teringat-ingat. @rindu Dan wajah si dia terus-terusan mengganggu fikiranku, seperti kami pernah bertemu. Mungkin bukan di alam ini tapi di alam lain yang hanya Allah yang Maha Menetahui.

***

Bab 2

Cepat aje dah masuk bab 2! Hehe...al maklumlah saya ni tak pandai nak bermadah pujangga. Kata 'omputih' straight forward aje. Tak sempat pembaca nak 'feel-feel' gitu. Okay, back to the story...

Dengan hanya melihat sekali imbas mana mungkin aku tahu pemilik siapa wajah itu. Tambahan pula kampus universiti (Uni) boleh tahan luasnya. Tanpa sebarang klu, mana mungkin dapat ku jejak bayangan wajahnya. Pelajar atau staf tidak ku ketahui. Mungkin juga sekadar pelawat. Entah-entah sudah berpunya atau beristeri. Aduss, jika benar andaian itu pasti sedikit terkilan di situ....@putuscinta Hehe... Walaupun begitu, jauh di sudut hati, aku mengharapkan akan ada lagi pertemuan yang lain dan rupa-rupanya doaku dimakbul Tuhan.

***

Bab 3

Bercakap tentang situasi dan insiden yang mempertemukan kami dan sekaligus mengikat hubungan kami menjadi suami isteri yang sah memang banyak. Tak dapatlah nak diceritakan ke semuanya secara terperinci. Melainkan kalau suatu hari nanti, aku menulis dan menerbitkan novel ku sendiri. Cewahh... Ada hati tu. Walhal, bahasa pun lintang pukang. Okay, kembali ke cerita....

Siapa sangka Allah pertemukan kami lagi dan lagi dan lagi dalam pelbagai situasi dan insiden yang mengejutkan, melucukan dan mendebarkan! Itulah namanya jodoh kan. Walau sekuat mana hati cuba menyangkal tapi kalau jodohnya sudah tertulis dengan si dia, memang akan bersatu juga. Bila di kenang-kenang semula memang manis. Itulah sampai sekarang kekal di ingatan. Kadang-kadang jadi bahan usik mengusik pula antara kami. Cinta lepas bernikah memang banyak nikmatnya. Apatah lagi kalau sebelum diijab kabul itu hubungan antara keduanya terjaga dan terbatas.

Pernahkah kalian mendengar pepatah, "di mana ada gula, di situ ada semut"? Pasti pernah bukan? Kalau belum pernah, bererti penguasaan bahasa melayu anda masih lemah. Hee hee. Begitu lah juga yang terjadi kepada kami. Di mana ada diriku, di situ ada dirinya. Atau mungkin si dia akan berkata di mana ada dirinya di situ ada aku. Haha- Whatever! Kadang-kadang terfikir mungkinkah kebetulan? Atau sebenarnya sudah suratan?

Tanpaku sedari aku bertembung lagi dengan dirinya. Masih dalam situasi yang sama dan di kawasan yang sama. Di jalan raya itulah kami asyik berpapasan. Dan sejak itu, aku mula menghafal no plat keretanya. Bukan itu sahaja, aku juga seolah-olah sudah menghafal rutin harian nya. Yang pasti setiap pagi pada waktu sekitar 8.15am tu dia pasti akan melalui jalan ini. Dari ke mana dan hendak ke mana tidak pula kutahu. Saat itu tidak ada hal lain yang difikirkan. Yang aku tahu aku tidak mahu terlepas detik ini setiap hari. Biar pun tidak ku tahu siapa dirinya, tetapi si dia telah memberi aku suatu aura yang baru. Satu semangat untuk bangun di awal pagi dan berkejar-kejaran ke Uni. Dia sumber inspirasiku. Penyuntik semangat tatkala hidupku terumbang ambing menyiapkan tesis sarjana ku.

***

Penutup.

Amboi kejap aje dah sampai penutup kan? Belum pun masuk kemuncak tapi dah nak kemuncup? Hee hee...

Sabar.... sabar....@henti

Cerita agak panjang sedikit tapi penulis dah semput. Al maklumlah, seharian di makmal. Bila pulang ke rumah tak menang tangan nak menjemur bajulah, memasak lah dan melayan buah hati. Jadi, kita simpan dulu. InsyaAllah ada kelapangan nanti saya sambung lagi. Lagipun, kalau tulis panjang-panjang pun tak siapa nak baca. Nanti dilabel syok sendiri pula kan? Huhu... Tapi, kalau dah blog sendiri, suka hatilah kan kalau nak syok sendiri pun.

Psst: Anyway, hope awak-awak yang membaca tak boring. Kalau boring, anggap aje lah cerita dah tamat. Lagipun, penghujung cerita semua pun dah tahu kan?

Video Pre-Wedd Irma Hasmie & Redza Syah

Salam.

Hola ladies!

First of all, I would like to congrats to our newly weds Irma Hasmie and Redza Syah. I know both of them tak baca pun blog picisan ni apatah lagi ada pertalian darah dengan aku. Tapi, sebagai sesama muslim memang bonding tu wujud. What's more Irma kini jauh beza dengan Irma yang dulu itu yang buat saya happy sangat. Alhamdulillah, semoga beliau terus istiqamah dan menjadi muslimah yang baik serta isteri yan solehah. Dulu I tak minat pun Irma ni sebab I jarang sangat layan artis-artis. Tapi, since beliau telah berhijrah, I jadi minat pula. Same goes to Wardina and Diana Amir. Semoga mereka ni dapat jadi role model yang baik buat anak-anak muda.

Anyways, saya sangat tertarik dengan video pre-wedding mereka yang juga menceritakan kisah cinta mereka. Memang dah tertulis jodoh buat mereka kan. So sweet! Bertemu pun kat tempat yang elok which is tanah suci Mekah, depan kaabah lagi.

I know, zaman la ni video pre wed dan photo shoot sebelum nikah dah jadi macam trend sampai ramai yang lupa batas halal-haram. Suka suki pakwe makwe bersentuh kulit, berpegang tangan, berpeluk dan sebagainya yang mana hukumnya haram. Sedih juga bila wali dan mak bapak mereka pun tidak menghalang malah merelakan mungkin? Gambar dan video pula di postkan di facebook atau laman sosial lain untuk tatapan umum. Inilah dikatakan dosa 24 jam! Berapa banyak mata yang melihat tak kira siang atau malam, maka berapa banyaklah dosa yang dicatat oleh malaikat. Nauzubillah! Aduss...andai saja manusia bisa melihat azab Allah tentu tidak berani berbuat sedemikian rupa.

Jadi, for those yang still nak buat juga mungkin boleh tonton video pre wed Irma & Redza. A good example! Tapi, kalau tak buat video pun tak rugi apa. Kerana apa yang utama barakah, rahmat dan redha dari Allah itulah kunci kebahgiaan rumahtangga.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs