Daily routine

Gambar ehsan google.

When was your last time waked up early in the morning, watched the sun rising and enjoyed the peaceful and fresh morning? I know most people lebih enjoy berbungkus waktu-waktu begini. Saya pun enjoy jugak tarik-tarik selimut especially on weekends lah. Tapi, kalau weekdays saya lebih suka kelaur awal-awal pagi. Kalau boleh langit tu masih gelap lagi. Matahari baru nak naik. Suara alam lebih mesra gitu.

Kalau yang berkerjaya memang tak ada choice lah kan? Memang wajib bangun pagi. Lagi-lagi yang ada anak dan suami. Mana nak siapkan anak ke sekolah, sarapan pagi lagi. Kalau terlambat pastilah akan meredah kesesakan lalu lintas kan?

Saya kat sini as a student aje and of course lah as a wife juga. Hihi... jadi kalau student tu, nak datang lewat pun tak ada masalah. Mana ada siapa nak check kan. Janji you ada progress setiap minggu dan you siapkan kerja-kerja you tidak jadi masalah. Walaupun tidak dinafikan ada juga supervisor yang cerewet dan mahu anak murid dia berada di kampus everyday from 8am till 5pm.

Sebab dah lama tak blogging dan tak ada idea nak tulis apa jadi saya nak bercerita pasal rutin harian saya lah. (Bunyi macam karangan kanak-kanak pula). Setiap hari rutin harian saya hampir sama. Bangun awal untuk solat subuh dan sediakan sarapan dan bekalan suami untuk morning tea, lunch dan tea break. Jam 6 pagi dia akan tubik (keluar) dari rumah. Lepas dia tubik, saya biasanya akan menghiburkan hati dengan membaca novel 2-3 helai muka atau online internet untuk blogging atau menonton favourite drama or movie. Haha, sempat lagi tuh! Then jam 7am dah bersiap-siap untuk ke kampus naik bus.

On the way tuh saya akan tegur pada pokok-pokok, burung-burung pada suara alam. Indah sangat waktu tu. Walaupun pada mulanya mungkin rasa malas sangat nak berpagian sebab letih semalam pun tak hilang lagi. Tapi, bila dah Berjaya keluar dan tegur pada alam semesta saya rasa sangtlah bertenaga dan energetic untuk memulakan hari. Ada benarnya juga berpagian tu lebih murah rezekinya dan lebih berkat.

Bila sampai awal ke kampus pastilah saya akan terserempak dengan ramai cleaner. Memang biasa mereka akan start kerja dan habis sebelum orang lain masuk kerja. Dah jadi macam rutin pula saya akan tegur dan greet mereka setiap hari. Seronok rasa tengok orang senyum dan happy pagi-pagi. Kita pun akan rasa happy dan ceria aje. Ada benarnya juga senyum itu dikatakan suatu sedekah sebab ia menceriakan hidup orang lain.

Jam 8pagi dah start ambil sampel pertama dari eksperimen. Biasa eksperimen akan beroperasi 24 jam atau sekarang dah jadi 98 jam! Memang penat lah running eksperimen. Kadang-kadang lepas 2-3 jam baru dapat duduk rehat sekejap. Jadi kalau tak breakfast sebelum datang Uni alamatnya kelaparan lah pagi tuh.. Huhu...

Biasa jam 4 ptg dah ada rumah. Kadang-kadang lagi awal. Hehe.. Biasalah aku bukannya study-holic pun. Janji siap sampeling tuk hari tu dan selebihnya akan sambung hari seterusnya.Balik rumah memang terus mandi. Yerlah seharian aku bermain dengan bahan kimia kan? Haruslah membersihkan diri dulu sebab tugas sebagai isteri pula menanti. Mesti lah nak wangi-wangi dan cantik sebelum habibi sampai rumah.

Kedang-kadang sementara nak tunggu lauk yang frozen jadi lembut, sempatlah aku berehat sambil menonton tv sambil melipat baju (ni kalau tangan rajin nak gerak) kalau tak berapa rajin, tangan ketuk-ketuk papan kekunci. Hehehe...Macam tuhlah normal rutin aku every week day. Weekend berbeza bergantung pada mood dan aktiviti semasa. Hehe...

You all punya routine camner?

1 Response
  1. Chekgu Azrine Says:

    rutin akak boring sis.. sejak pregnant dah jadi sangat pemalas.. tak tahu dtg penyakit malas ni dari mana.. dah 3 orang akak pregnant.. ni 1st time pemalas tahap DEWA,..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs