Sunny day


Bright and sunny- Itulah yang boleh digambarkan di kala ini walaupun jam baru menunjukkan 6.30 am. Memanglah tak ada mood nak sambung tidur. Beginilah experience bila musim panas mula menjelma. Waktu siang menjadi panjang yang amat. Subuh masuk sebelum jam 4.00am dan habis waktu sekitar jam 5.30 am. Sebelum jam 6 pagi sudah terang benderang. Macam biasa lepas prepare breakfast, lunch and tea box untuk habibi, mata dah susah nak pejam. Tambah, hari dah cerah. Kalau nak tidur juga haruslah tutup window blind rapat-rapat. But still, cahaya mentari tetap akan menyinari. Oleh itu kesempatan ini digunakan untuk blogging. Keh keh keh!

Tapi bangun awal memang seronok walaupun pada awalnya sangat payah. Tapi, apabila berjaya bangun di tambah pula dengan pengisian yang mantap kita akan berasa hebat dan bersemangat. Yelah kalau dari jam 6 pagi itu nak ke jam 8 pagi macam-macam perkara boleh dilakukan dan diselesaikan. Itu akan membuat saya rasa hebat, semangat. Perasaan luar biasa yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata.

Teringat pula masa zaman kerja dulu before I sambung belajar. Menjadi seorang ahli akademik kononnya satu advantage. Tak perlu punch in and out. Cukup sekadar sekali punch. Itu pun tak kesah jam berapa. Fleksibel time. Sebab walaupun kami datang jam 10 pagi tapi kami balik sangat lewat. Adakala 10 malam. Itu masa waktu bujang lah. Sekarang dah kahwin tak mungkin 10 malam. Kah kah kah! Tapi, seingat saya sekali pun tidak pernah datang lewat. Malah lebih awal pula dibandingkan dengan pegawai bukan akademik yang lainnya. Yep! jam 7 pagi mesti dah keluar rumah walaupun jarak rumah ke ofis cuma 5 minit pun tak sampai! Macam ada satu good feeling masa keluar rumah dalam gelap-gelap, kemudian menjadi orang yang pertama menghidupkan suis lampu, kipas dan penghawa dingin di ofis. Haihhh...manusia memang pelik!

Tapi, sungguh saya rasa hebat. Di saat kawan-kawan baru mula nak datang saya dah 'start enjin' lebih awal. Maka, pastinya pecutan saya jauh ke hadapan. Mak pun selalu pesan, jangan tidur lepas subuh, nanti rezeki tak ada. Somehow, it's true. Bertuah lah menjadi seorang yang berawal pagi or 'morning person'.

Pun begitu, tidaklah pula saya 'mengejek-ejek' orang yang bangun lambat. Biasa yang bangun lewat ni sebab tidurnya pun lewat. Kadangkala menginjak ke subuh baru nak melelapkan mata. Di saat orang lain tidur dia berjaga. Macam sang kelawar dan si burung hantu. Hehehe!

Apa pun setiap orang ada 'waktu hebat' masing-masing. Macam saya, morning person. Tak kira lah morning person or night person both tetap hebat. Yang tak hebat bila bangunnya sudah lah lambat, tidurnya punyalah awal. Celik-celik mata mengadap FB, blog, surf sana, surf sini. Alih-alih dah tengah hari, dah petang tapi kerja satu apa pun tak jalan! Hopefully janganlah antara kita yang begitu ya!

Aiwahh...itu baru mukadimah, sudah berjela-jela. Belum lagi nak masuk isinya. Actually hari ini nak cerita pasal cuti-cuti Melbourne. Bukan bercuti pun tapi urusan kerja. Tapi, sambil-sambil menyelam kena minum air sedikit. Hopefully tak lemas lah pula sebab 'bercuti' di kala sibuk dengan segala macam eksperimen. Hujung minggu ni baru nak bertolak. First time juga nak travel alone dengan habibi. Biasa travel dengan kawan-kawan. Kira macam honeymoon lah pula. Best-best! Semalam siap berjaga dok survey pasal Melbourne. Anda pernah ke sana? Apa yang seronok dan mesti or wajib di lawati? Sila lah share before we share our experience pula. I dah siap dengan itinerary semua. Hopefully, tak da la sesat and sempat lah menjejak kaki ke semua yang dirancang walaupun hanya ada 2 hari saja untuk berjalan. Huuuu....

Walaupun belum lagi sampai ke sana tapi dalam kepala dah mula berkira-kira nak buat second trip ke sana. Hua hua hua.... haruslah 'kopak' duit suami! Hopefully, dalam masa 3 tahun ini sempatlah menjelajah seluruh Aussie and New Zealand. And kalau kesempatan mungkin nak panjangkan langkah ke Europe or Japan or Korea or Timur Tengah or etc sebelum heading back to Malaysia! Wakakaka.....*verangan verangan*@rindu

nota kaki: sila lah jangan baca entry yang meraban nih!
4 Responses
  1. Imran@Copenhagen Says:

    Kat sini plak, baru nak start musim winter. Pukul 4pm dah gelap. Biasala, bila time musim sejuk, nak panas dan bila tiba summer tak sabar nak main snow plak.

  2. Chekgu Azrine Says:

    bestnya nak g holiday.. kat melbourne plak tu.. harus jeles dengan sis.. hehehe

  3. amirah Says:

    hahaha..kak syaza rupanya. awat tak perasan ada 1925 kat blkg zainur tu..ish2.

    anyway, have fun in melbourne. mira penah duduk sebulan kat situ. i love it very much. kalau akak tanya awal2 hari tu mira boleh buat list must go places. tapi takpe, dah plan nak buat 2nd trip kan.hehehe..:p

  4. Zainur Says:

    Imran, begitulah manusia memang tak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang ada...hehehe...


    Chekgu, bukan bercuti sebenarnya..bekerja tapi mengambil kesempatan


    Mira, Wakakaka...akhirnya terbongkar jua satu misteri identiti. Nanti akak msg thru fb, rasa macam nak pesan la jugak...hihihi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs