Self reflection

Hi peeps!

Aceh tetiba minggu ni rajin benar mengupdate blog! Anggaplah ini sebagai mental therapy or ubat stress!

Today, nak muhasabah diri sedikit sempena nak menyambut tahun baru or awal Muharram. Memang every year before new year 'mak' suka flash back balik segala kegagalan dan pencapaian selama setahun yang lepas. And 'mak' also love to plan ahead on what I want to achieve in the next coming year.


source: google


Mengingati kegagalan bukan untuk menambahkan stress ya kawan-kawan. Tetapi, sebagai peringatan so that we won't repeat the same mistakes again and paling penting we learn from the mistakes. Ia juga berguna untuk dijadikan sebagai satu cabaran. Well, nobody is perfect. So sekali gagal tidak bererti kita akan gagal selamanya. Unless, kita tidak mahu bangun dari kegagalan itu, then memang kita gagal lah! So, dengan menjadikan kegagalan itu sebagai cabaran kita akan berusaha lebih lagi atau memperbaiki keadaan supaya menjadi lebih baik.

Mengingati kejayaan atau pencapaian pula bukan untuk berasa bangga atau megah diri. Tetapi, sebagai pemangkin hidup untuk terus melangkah jauh lagi ke hadapan. Bila kita berjaya melakukan sesuatu, kita akan rasa seronok untuk menghadapi cabaran yang seterusnya pula sebab kita tahu yang kita telah berjaya melepasi halangan pertama.

Umpamanya macam menjawab soalan matematik. Bila dapat menyelsaikan satu permasalahan tetiba rasa diri ini terror pula dan terus rasa nak buat soalan seterusnya. Tapi, bila tak dapat jawab rasa sedih dan tension kan? Terus tak ada mood nak buat. Haha... Tapi, kalau kita biarkan diri kita berterusan dengan malas dan tak ada mood nak buat, maka sampai bila-bila kita tidak akan ketemu jalan penyelesaiannya. Sampai bila-bila pun tidak akan berjaya kerana kita sendiri yang tidak mahu bangkit dari kegagalan itu. Kita yang memilih jalan itu dan seandainya kita gagal, jangan salahkan orang lain tetapi salahkan diri sendiri sebab gagal atau berjaya, kita yang memilihnya! Kiranya macam keputusan di tangan anda. Hidup anda di tangan anda. Syurga atau neraka, anda yang pilih. Untuk menjadi seorang yang baik atau jahat anda juga yang pilih sebenarnya! Maka, sila ambil risiko masing-masing ya!

Sampai bila harus mencuba? Persoalan yang biasa timbul bila seseorang menghadapi kegagalan. Mencuba itu tiada had. Cubalah selagi nyawa di kandung badan! Pehh... Tapi, benar ya. Macam Thomas Edison cakap lah, "I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work". Tapi, kita ni buat sejuta kali pun tetap gagal juga ya. Kenapa? Mungkin sebab kita tidak belajar dari kegagalan tersebut. Yang kita tahu gagal tapi tidak pernah mengkaji kenapa kita gagal? Kenapa jadi begitu? Apakah ada jalan lain yang lebih baik? Kalau kaedah A tidak sesuai, kaedah B tidak sesuai mungkin kah kaedah A+B akan menjadi? Apabila kita belajar dari kegagalan, tentu kita akan temui jawapan! Jadi, jangan berhenti untuk mencuba. Dan perlu diingat, setiap orang yang berjaya itu pernah melalui proses gagal. Mereka berjaya kerana mereka bangun dari kegagalan itu!

Adesss....rasa macam dah pakar motivasi pula!

Let's make it short! So, untuk tahun hadapan saya merancang untuk:
1. dapatkan iphone 4s menjadi seorang lebih penyabar
2. samsung galaxy note complete the first chapter of experimental works
3. New Zealand trip??
4. corelle?
5. Louis Vuitton???
6. ....
......

Purfff..... macam banyak yang tak kena aje dalam list di atas!
2 Responses
  1. amirah Says:

    Boxing day boxing day!! Boleh grab item number 5.hehehe..:p

  2. Zainur Says:

    Mira, memang dok tunggu-tunggu boxing day itew...wakaka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs