Maaf ya, lama tak kemas kini blog. (Cehh bajet macam ramai la sangat yang baca blog saya ni!) Minggu sudah saya sibuk dengan persediaan IELTS. Alhamdulillah semuanya lancar dan minggu ni keputusannya bakal keluar. Waduhh...berdebar-debar rasa hati ini. Orang sekeliling terutamanya my colleague dah sibuk bertanya. Rasa macam ambil SPM pula jadinya. Haihh.... Untuk bloggers yang turut mendoakan, thanx ya! I memang harap sangat akan lulus dengan jayanya...
Actually, saya nak update tentang perabot FAMISTA yang dah sampai last week. Tapi, my sis tak email lagi those pictures so, I tangguhkan dulu entry pasal tu. Banyak benda yang I nak story sebab ada beberapa perkara yang buat saya tidak puas hati. Dan saya tidak berapa suka lagi nak recommend perabot FAMISTA atas beberapa perkara yang saya akan ceritakan kemudian okay?
Orite, tujuan utama update ini dibuat adalah khusus buat
girlFriday. Beliau telah bertanya pada saya tentang printing kad kahwin. Dan sebenarnya saya sendiri ada berjanji nak share dengan kalian. So, entry ini adalah untuk semua yang bertanya tentang printing kad kahwin (
rujuk sini).
Seperti yang semua sedia maklum, saya telah design kad sendiri dan bercadang untuk cetak saja kad tersebut dengan bajet terendah. Sebelum itu ingin saya tegaskan di sini, saya mengambil keputusan untuk mereka sendiri kad kahwin kerana
1. nak jimat kos
2. kad kahwin yang dijual 30sen ke bawah biasa tak cantik design dia. Macam hampeh. Walaupun saya nak jimat tapi saya pun ada selera tinggi juga.
3. Memang dari dulu lagi saya nak buat sendiri. Supaya ada sentimental value di situ.
Saya telah survey dari banyak syarikat percetakkan. Rata-rata memberi harga quotation yang agak tinggi sehinga mencecah RM 1 sekeping walaupun saya bercadang nak cetak 2000pcs. Mahal ok? Baik saya tempah aje kad 60sen kat pasaran. Design pun dah ok dan jauh lagi murah kan? Tapi sebab saya dah
berkeras hati berhajat nak design dan cetak dengan harga yang rendah sekitar 50sen ke bawah maka saya teruskan pencarian juga.
Finally, saya dapat satu vendor ini yang bukan sahaja bukan sahaja harga quotation serendah 50sen ke bawah malah dapat sampul percuma dan juga 2 banting! Malah harga yang ditawarkan buat mata saya terbeliak seketika.... 29 sen sekeping ok! Murahkan? Sangat murah! Ini baru namanya kad bajet!
Tapi, Encik tunang dan mak saya tak setuju pula....adesss... Bukan apa ya kawan-kawan. Kad ni jenis sekeping aje. Front page, jemputan dan belakangnya peta. Mak saya cakap kad
bogel togel. Tunang pun tak setuju. Dia kata kad yang saya design kan ada cover which is jenis 2 fold. Yang 29sen saya sebut tu tak ada fold/ lipatan ok. Memang sekeping tu aje.
Sebenarnya tak ada masalah pun sebab pihak mereka salah faham pada awalnya. Mereka ingat saya nak buat jenis yang macam tu walaupun sah-sah design saya jenis lipat 2. Akhirnya mereka beri harga quotation baru iaitu 35sen sekeping. Harga ajelah bertambah sedikit tapi masih lagi bawah bajet saya.
Saya memang sangat puas hati dengan perkhidmatan mereka sebab melayan kerenah saya. Saya rasa ada la dalam 4 ke 5 kali mereka terpaksa edit mengikut citarasa saya. Sangat berterima kasih kepada kesabaran mereka. Dan untuk B2B lain yan bercadang nak design kad sendiri saya sangat recommend kan pihak ini untuk mencetak kad anda.
Mahu tahu siapa? Email saya! Hahaha.....Takdalah, saya tak kejam ok?
Okay, vendor yang saya maksudkan ini adalah pihak
Seri Kreatif. Anda boleh lawati laman web mereka dan lihat sendiri. Not bad okay mereka ni. Mereka bercawangan di Melaka tetapi mendapat tempahan dari pelbagai negeri dan rata-rata sangat puas hati dengan khidmat mereka. So, inilah kad bajet yang saya design dan bakal dicetak oleh pihak Seri Kreatif. Ini my own design tapi setelah diedit oleh mereka ada sedikit perubahan tapi masih corak yang sama. Nak tengok final touch kena tunggu bulan puasa nanti la ye!

Cover depan kad.

Bahagian dalam kad.
Design kad saya tak cantik and pro pun sebab saya bukan nya designer ke or art person tapi sangat bermakna buat saya ok :)
Sebelum saya berhenti saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada salah seorang silent reader saya kerana beliaulah yang telah me'recommend'kan kepada saya. Tanpa
AnoiHalim tak mungkin saya bertemu dengan vendor ini dan tak mungkin dapat saya kongsikan dengan pembaca lain. Thanks AnoiHalim walaupun saya tak kenal dan tak tahu nama blog beliau tapi sangatlah berterima kasih di atas budi beliau!
Rasanya persoalan girlFriday dan yang lain-lain sudah terjawab kot? Anything just email me ok? I'll be happy to share with you all.
**Bahh...mau tidur sudah so tired dengan pendaftaran pelajar baru. My first lecture note pun tak siap lagi...damn!**