Persiapan kahwin yang slowww

Banyak perkara yang hendak ditulis tapi tak tahu nak mulakan dengan yang mana satu.

Okay, masih ingat lagi door gifts yang saya rancang untuk kasi pada tetamu tu? Satu rombakan kabinet terpaksa dibuat kerana kekurangan kakitangan kerajaan! Huhuhu..... Memang lah saya sangat sedih okay sebab saya memang plan nak bagi kurma cokelat untuk tetamu tapi rasa macam tak ada masa nak buat. Memang boleh beli aje. Tapi saya kan bakal pengantin jimat cermat. Semua benda bajet boleh buat sendiri. Rupa-rupanya semua-semua yang plan nak buat semua tak menjadi kecuali tang kad kahwin. Memang sekarang dah ketemu dengan vendor yang boleh mencetak kad kahwin mengikut design yang telah I kasi. Okay itu cerita next entry! So, pendek cerita kurma cokelat akan ditukar kepada tadaaaa *surprise surprise*@raya Sorry kawan-kawan sajalah I tak nak bagitahu. Takut plan bertukar last minit pula tentu ramai yang kecewa nanti. So for those yang nak tahu dan nak kena la tunggu sehingga 'hari kejadian'!

Malam ni akan naik bas ke KL. Lusa ada test okay. Test apa? International English Language Testing System atau short formnya IELTS. Saya sedikit kecut perut walaupun dah banyak latihan buat tapi saya tak pandai sangat bahasa orang putih ni. Apa pun saya pohon jasa baik kawan-kawan agar doa saya lulus cemerlang okay. Ini lah satu-satunya tiket saya untuk pergi honeymoon sambung belajar ke oversea. So, I really look forward for it. Mudah-mudahan usaha saya selama ini berbaloi....ameen!

Next month sangat full especially hujung minggu. Ada meeting, ada motivation camp untuk student yang below 2.50, ada program UNESCO, ada bengkel entrepreneurship dan yang paling ditunggu-tunggu ialah my master convocation @nariKenapa ditunggu-tunggu? Sebab 3 tahun lebih saya buat research ni. Bukan mudah dan saya almost give up. Nasib baiklah masa tu kenal encik tunang yang banyak bagi saya moral support. (Dulu, saya bajet masa time ni dah kawin. Baru best nak bergambar masa konvo tapi apakan daya DIA yang menentukan....). So, disebabkan kesibukan ni saya tak tahu kat mana nak mencelah nak beli barang hantaran. Yep! barang hantaran satu hapa pun tak beli lagi. Adesss.....

Apa pun, harapnya saya dapat buat test itu dengan baik dan lulus dengan jayanya. Mungkin lepas tu baru tenang dan semangat sedikit nak buat persiapan perkahwinan. Masa terus berlari tapi saya masih berjalan. Sempatkah untuk mengejar masa? Atau perlukan saya mencuri masa? (seperti mana yang saya buat sekarang @sengihnampakgigi )

Let's get back to work everyone!

90 hari lagi...

Ding dong! It's exactly 90 days more to go before the wedding day!


Ada rasa cuak dalam diri. Masih banyak lagi hal-hal besar yang tidak langsai. Malas nak sebut kerana bikin cuak saja. Tambah pula minggu ini sangat padat dengan bengkel dan exam. Exam besar yang buat saya gerun. Kalau saya tak lulus alamatnya kena mengulang lah lagi. Mengulang saja tak pa tapi nak ambil exam ni kena bayar RM570 tuh! Itu tak termasuk lagi kos perjalanan dan penginapan. Mujur juga tempat exam kat rumah. Kawan-kawan saya terpaksa belanja hampir 1k semata-mata nak ambil exam ni. Ada yang ambil 3 kali pun tak lulus juga. Seram ok. Tuh la dari dulu mak suruh belajar english betul-betul tak nak. Haha... Anyway, kawan-kawan tolong lah doakan saya lulus dengan jayanya. Saya tak mau mengulang banyak kali. Ya Allah bantulah hambaMu ini... Ameen...

Oh ya tadi tauke Famista telefon! Yep! esok set perabot bilik saya sampai. Yahuuuu...... Hujung minggu ni saya balik rumah merasa lah nak tidur atas katil baru. Sebelum ni saya tidur kat lantai aje tau! Nanti saya post gambar ok? Errr... perlu ker? Macam nak menunjuk pula, tak baik kan?

Seperkara lagi yang buat saya ceria ialah, Kak Nadia dari Dina Halim sms saya tanya tentang idea pelamin yang saya impikan. Wah wah wah....bagus betul sebab pihak Dina Halim bagi saya peluang untuk menyatakan pelamin idaman saya. Memang selang 2 hari terus saya email gambar pelamin idaman. Hehe... Alhamdulillah, Kak Nadia akan cuba buat mengikut bajet yang telah ditetapkan. Mini pelamin ini ditaja khas oleh pihak Dina Halim melalui pertandingan yang dianjurkan awal tahun ini. Saya sangat gembira dan bersyukur. Merasa juga daku duduk di singgahsana! *Walaupun sebenarnya saya masuk contest ni sebab aim untuk dapat second or third place sebab dapat sponsor baju tapi lain lak jadinya...hahaha.... Saya suka baju kahwin Dina Halim sangat cun dan menepati citarasa muslimah terkini!*

Oklah, patutnya ringkas aje update ni, terpanjang pula jadinya. Tunggu next update dari saya ok?

The Wedding dress part 2


I feel so ashamed.

In my previous entry, I told you guys that I’m worried about the wedding dress. I don’t know whether it will look beautiful on me or not and guess what? My super nice designer called me just now! He read my blog and......

Malu sih.... Sebab for me, he has nothing to do with my feelings. I rasa mana-mana bride to be pun akan rasa takut and berdebar-debar dengan hasil baju nikah masing-masing. Walaupun hantar dekat designer yang dah pro dan terkenal but still itu tak memberi apa-apa jaminan. Malah some of those yang dah popular tu, main buat sempoi-sempoi aje and turn out to be tak cantik. Tapi duit cekup juga!

To make it clear, I sangat puas hati dengan workman ship beliau. Walaupun sekarang tak glamour mana but I’m sure soon enough people will start recognise him as one of the talented designer. Dari first Ann kenalkan I pada beliau I dah suka okay. Lakaran beliau sangat cantik and menarik plus beliau seorang yang sangat berbudi bahasa. Sepanjang I work with him I tak rasa apa-apa masalah and everything went smoothly.

Cuma part yang I kata kain tu jarang, well it is non of his fault la kan. Memang material tu jenis macam tu. Lagipun I dah plan nak pakai kain dalam to solve that problem. But he kindly offer untuk buat baju inner untuk I. See, my designer baikkan. I should have talked to him tapi thinking that it’s non of his fault I diamkan aje. Lagipun it’s just my feeling aje yang meragui cantik ke tak outcome dia nanti. Now, I tak nampak those beaded so it look plain and pale...haha... but later I know, it sure look gorgeous on me.

To my designer, I memang yakin and percaya dengan you. Well in term of knowledge in fabrics ni of course la you know better than me. I know nothing okay even menjahit pun I tak reti. Nanti kalau baju my hubby koyak ke apa alamatnya I pass kat my mother. Huhu... So, please do whatever it is necessary and best to you, as long as I will still look gorgeous with that dress on my wedding day!

First fitting ok tapi...

Hi pretty ladies!

My wedding dress is almost done! I'm happy but I'm also worry...

Last weekend I went back to KL for the first fitting session. I was lucky because the designer came all the way from PJ to my house which is quite far away. Thanks to him! Maybe because he doesn't own a boutique yet! Yes, he's new talented designer and I entrust him to design my wedding dress by giving away those beautiful beaded chiffon that I bought at Jakel...

Actually, the dress fit me well even though, my friend who is the one took my body measurement. Of course lah I won't let any guy pegang-pegang me sesuka hati kan. Even my fiance pun tak pernah sentuh, and i would never let him touch me tho' until dah sah suami isteri! Even if i had to see a doctor pun I prefer a lady doc. That means I memang jarang-jarang jumpa doctor unless betul-betul sakit sampai ngak boleh tahan. Plus, I memang takut dengan doc pun walaupun my dad and my sis adalah doktor. Huhuhu...

Back to the dress, baju tu okay. (Okay, jah?) Tapi entah kenapa saya rasa saya nampak tak cantik bila pakai baju tu....@sedih Adakah disebabkan saya yang ketot ini? I'm only 153 cms Yep, baju tu labuh sedikit. Tapi, if i wear high heels I think it should be ok! Mungkin juga sebab material dia dari chiffon yang sangat lembut dan nipis dan jarang tu buat saya rasa tak selesa? Damn! Without those beaded baju tu nampak macam jarang especially kalau terdedah kepada pancaran cahaya matahari walaupun dialas dengan kain satin tapi i still rasa jarang kot? Oh, kawan-kawan, saya sebenarnya tak biasa pakai baju yang lutsinar dan sendat-sendat. Saya rasa malu dan kurang keyakinan diri.

Kalau kawan-kawan nak tahu saya tak tengok pun diri saya sendiri di cermin tatkala dress tu tersarung di tubuh. Sebab we all baru move in ke rumah yang baru renovate tu and there's no mirror especially yang full length punya. So, I couldn't see myself with the baju and I felt either me or the baju is ugly.....@nangih

Kadang-kadang fikiran jahat merasuk diri.... Kalau lah I buat moden kurung aje tentu dah cantik. Sebab kain chiffon tu memang sangat cantik corak dia. Tapi, bila saya minta dia buat dress he has no choice but to buy extra new kain and potong-potong beaded atas chiffon yang i beli tu untuk ditampal atas new kain....Tak tahulah akan cantik atau tidak.... Tapi, dalam gambar yang dia sketch sangat cantik. Now, i berserah aje pada takdir.... Malas dah nak fikir.... @sedih In fact, baju bertandang untuk sebelah hubby pun tak ada lagi. Boleh tak I nak pakai baju biasa aje.. Haha...sure lah kena kutuk and mengata dek orang kan.

I wanna look gorgeous on my wedding day tapi.............entahlah..... I'm hoping that bila baju tu dah totally siap it will look gorgeous on me... Biarlah berbaloi apa yang I bayar pada dia tuh. Kalau tak my make artist kena la solek and dandan I cantik-cantik on that day..... Yerla siapa yang tak nak nampak cantik kan di hari pernikahan sendiri. So, pray for the best lah...ameen!


psst: 95 days left! Tapi banyak lagi unsettle things...urghhh....dengan IELTS exam, research proposal, new students comings, kursus, kursus, kursus and lots of other things coming up....sempat ker nak buat preparation? Goshhh....

Edisi lepas geram, buleh?

Salam all, I'm back.

Kebelakangan ini hanya berkesempatan update blog seminggu sekali. Nak blog masa kerja memang tak syok. Nak blog lepas balik kerja sangat lelah. Al maklumlah selang sehari saya akan masuk gym. Hari yang tak masuk gym tu, akan balik rumah dan membasuh baju pakai tangan since tak ada washer machine. Heh! Jadi hujung minggu jer la dapat layan blog kawan-kawan. Walaupun saya tak tinggal jejak tapi saya singgah baca tau!

Cerita bab gym ni, saya dah jadi addicted pula tau. Sebenarnya tujuan asal nak reduce 3 kilos aje dari 50kgs. Alhamdulillah, sekarang dah berjaya pun. Macam tak percaya pula. Walhal baru jer 2 minggu masuk gym which is 3 kali seminggu selama sejam sahaja. Tapi, sekarang masuk gym sebab nak stay fit. Yerlah walaupun kita kurus dan slim tapi itu tidak bermakna badan kita cergas. Masa dulu saya layan program The Biggest Loser, saya beranggapan akan kalah sekiranya berlumba lari dengan mereka! Sebab saya rasa saya seorang yang lembik dan cepat penat. Kalau buat kerja atau senam lebih sedikit jantung saya akan berdenyut kenyang macam nak tercabut. Memang petanda kurang fit lah tuh. Tapi, sekarang dah rasa okay sedikit. Amalan yang baik harus diteruskan. Lagipun gym tu adalah antara kemudahan yang disediakan untuk staf. Kalau tak pakai rugi pula rasanya.

Update persiapan kahwin.
Hujung minggu depan insyaAllah akan balik KL lagi. Nampak gayanya sekarang selang 2 minggu dah balik KL. Maksudnya dalam sebulan akan berbelanja sebanyak Rm200 untuk tambang pergi dan balik. Hoho- Tapi, apa kan daya. Banyak hal kahwin yang perlu diuruskan. Itu pun mujur ada bonda tersayang. Tadi bonda telah sms memberitahu bahawa kain ela untuk buat baju masa majlis saya nanti sudah dibeli. Temanya hijau-pink lah. Kain-kain ini khusus untuk my family termasuklah mak saudara dan ayah saudara saya nanti. Sebab keluarga sangat rapat jadi haruslah saya beri kepada mereka juga. Maka, duit gaji setiap bulan memang kena berjimat!

Selain daripada kain untuk dibuat baju, goodie bags juga telah dibeli. Kes saya sama macam cik Zila. Parents yang nak sangat jadi terpaksalah diturutkan jua. Tak tahulah bonda nak letak apa dalam goodie bags tu. Malas nak ambil tahu. Dahla semua tu under my bajet juga. Aduss kopak-kopak.... But the good news is mereka membeli goodie bags tu mengikut tema warna I. So, tak kesahlah sangat kan? Hiks....walaupun sebenarnya saya tak tengok lagi kain dan goodie bags yang depa beli tuh...Aih...

:puteh_15:
The only problem yang tinggal sekarang adalah catering. Saya sangat bimbang dan risau kalau-kalau tak dapat catering ok. Ada seorang teman itu beria dia suggest catering family dia yang namanya Nur A**y Catering. Konon-konon family dia biasa buat event untuk government. Dia dah promise nak bagi sebut harga dan bagai. After 2 weeks still senyap sepi ok. Tapi, saya sabar lagi since dia kan kawan saya. Lepas tu dia ym suruh saya pula beritahu menu yang macam mana nak, khemah, kerusi dsbnya. Sudahlah dia tak ada pakej ok. Majlis kahwin ni first time dalam family saya mana lah saya tahu terutama bab-bab catering ni. Last-last saya suruh dia bagi saya harga quot yang macam majlis dia dulu. Janji punya janji until now tak bagi lagi Pula tu everytime saya log on YM dia akan terus offline. Bukan sekali ok tapi 2 kali! Sakit jiwa saya tau. Actually masa dia online tu saya invi, saja-sajalah. Tapi, once saya available dia akan terus offline. Ketakutan macam dikejar ahlong? Oh please lahhh...


Kalau catering family u tak mampu cakap sajalah. I boleh cari catering lain ok. Lagipun I tak pernah dengar pun nama catering u tu. U yang pandai-pandai offer dan buat janji itu ini, but now what happen? Yes! I'm totally mad. Buang masa saya saja. Dahla mak saya asyik tanya-tanya. Menci duhhh.... Kalau bukan sebab teman baik memang saya dah laser jer awak tau. Nasib saya masih berbudi bahasa lagi. Tapi, kat sini sorrylah, saya nak lepas geram. Sangat menyakitkan ok. Even kalau awak bagi sebut harga nanti pun saya dah reject catering family awak tu. Tak kiralah u masak sedap ka tapi your PR sangat teruk! Tak kisahlah walau u kawan I, tapi saya benci dibuat begini. Kalau tak boleh bilang saja dong!

:puteh_5:
Dah marah-marah gini terus tak da mood nak bagitau something special yang saya mention last week. Nampak gaya kawan-kawan kena bersabar lagi lah yer!

Bedroom set from Famista

Last week, saya balik kampung (means KL lah). Memang lah penat. Sebab Jumaat pagi sampai dan esok malamnya dah balik semula ke sini dan straight away bekerja. Nak pula hari Ahad tu ada macam-macam program kat sini dari pagi sampai lah ke 7 petang. Tapi, I have no choice. Mesti juga kena balik since banyak lagi preparation nikah yang belum siap!

BTW, rumah yang dulu 'under renovation' kini telah siap sepenuhnya. We already moved in tapi MasyaAllah macam tongkang pecah la. Still bersepah dengan barang and mostly kotak-kotak. Even my room pun tak ada furniture lagi so it's hard for me to unpack my things. Memang seriously serabut gila. Kesian juga kat mak sebab dia lah yang harus membersihkan dan menyusun atur rumah sorang-sorang. Setakat balik sehari tu banyak mana lah sangat dapat saya buat. Itu pun, sesampai pagi Jumaat tu dah keluar untuk menyelesaikan beberapa urusan berkaitan dengan IELTS.

Whatever it is, on the last day tu berkesempatan untuk ke Famista!@rayaand damn, I love it!!! Layanan mereka sangat superb plus there lots of choices dari yang murah sampailah yang mahal-mahal but still murah compare dengan kedai perabot lain. Kenapa? Sebab sewa di Klang sangat murah. Kalau depa buka cawangan kat KL memang tak kan dapat harga semurah ni pun.

Masa mula-mula tu I decided untuk choose bedroom set yang below RM2000. Memang banyak pilihan ok. Cun melecun. Cuma problemnya kayu yang digunakan tu mudah kembang bila terkena air. So untuk jangka masa lama, tak tahan sangat lah. Pendek kata tak long lasting. Mugkin maksimum dalam 3 tahun gitu dengan syarat jaga elok-elok. So, daku pilih yang half wood. Takda lah mengembang bila kena air. Tahan lasak dan nampak kukuh. Harga? Rm2,200 sahaja. Itu pun saya banyak songeh. Ambil set katil lain. Almari dari set lain. Dressing table dari set lain. Siap nak tukar corak/design tombol laci lah. Mula nak gloss wood kemudian tak nak, kemudian nak balik. Memang tauke dia sabar saja. Siap gelak-gelak lagi.

Bila tauke tanya bila mau? Saya kata kalau dapat esok pun bagus. Tercengang jap tauke. Bukan apa...nak tunggu transportation tu yang panjang listnya. Kira bulan 6 ni kan ramai yang nak kawin so, busy sedikit lah. Apa pun akhir bulan 6 ni set perabot bilik akan sampai.. Yehaaa...suka! suka! suka!

So, for those yang masih mencari bedroom set saya sangat recommend kan Famista ni ya! Harga sangat berbaloi. Kalau sekitar KL, transport free sahaja. Siap you boleh pilih design apa yang you suka. Either you boleh dapat FOC atau sedikit caj sahaja untuk tukar design. So, sekarang boleh tersenyum sedikit lega. Kalau nak set pengantin pun ada ya. Siap dengan cadar, kelambu, langsir dan yang sewaktu dengannya. Tapi, saya nak hias sendiri so ambil bedroom set sahaja lah without any package!

Unik kan?

P/s: This week Family Encik Tunang datang nak ajak cari cincin kahwin...yeay!

Lagi 117 hari tapi....

Lagi 117 hari nak nikah....
Baju tak siap lagi.
Bajet first fitting 12hb Jun.
Tolong lah encik designer jangan ubah date.
Saya kat KB. Awak kat KL. Susahnya nak jumpa...
:puteh_21:

Lagi 117 hari nak nikah....
Caterer tak cop lagi.
Dah email minta quoattion sana sini,
tapi tak berbalas.
Nak call rasa sengal sedikit....
:puteh_25:

Lagi 117 hari nak nikah....
Bila nak start buat doorgift ni?
Urusan permohonan nikah pun tak sentuh lagi.
Bedroom set tak beli lagi.
Langsir dan segala perhiasan yang relevan tak beli lagi.
Apa lagi bab rawatan badan- manicure, pedicure, spa....aihhhh....
:puteh_8:


Lagi 117 hari nak nikah....
3 bulan pas nikah nak fly honeymoon sambung belajar...
Makanya sekarang dok sibuk study untuk ielts...
buat proposal phD dan cari tempat nun kat seberang laut sana
Sampai persiapan kahwin jadi slow....aihhhh....
Prof, kasi saya kahwin dulu boleh?
:puteh_2:

Pengumuman:
Untuk semua B2B, ada sesuatu yang best untuk dikongsi bersama. Sesuatu yang sangat berbaloi-baloi. Sesuatu yang buat saya gembira dan sangat menguntungkan. Owh apakah? Saya akan beritahu. Tapi, bukan hari ini. Tunggu sehingga hal ini benar-benar disahkan! Tungguuu....:puteh_12:

Printting Kad Kahwin

Salam.

Lama membisu di alam maya kerana sibuk di alam realiti. Dua hari lepas saya terlibat dengan sebuah persidangan mengenai sumber asli dan alam sekitar. Memang tak masuk ofis langsung. Tak sempat nak ber'online' dan berblogging seperti selalu. Hari ini datang ofis awal dalam 7.30am semata-mata nak berblogging. Heh!

Kawan-kawan serta pengunjung, saya perlukan opini dan bantuan anda! (Ayat seruan menandakan sangat-sangat butuh pandangan kalian).

Begini, saya telah siap design kad kahwin dan sekarang sibuk mencari vendor yang boleh cetak. Ada beberapa vendor yang membalas email dan memberi quotation harga untuk urusan percetakan tersebut. Ok, berikut adalah butir-butirnya:

Pengusaha kad J: Utk 2000pcs, artcard 260gsm, full color print depan dan belakang, matte/gloss laminate depan dan belakang, free delivery dan free envelope. Harga: RM1.00!!
Kalau saya bagi pihak J file photoshop 300dpi dan pihak mereka tidak perlu edit apa-apa harganya adalah 80sen. TAPI, sebarang kesilapan adalah tanggungjawab saya!

Pengusaha W plak: Utk 2200pcs, artcard 230g, keemasan creasing line (lipat) & UV (glossy), cetakan warna depan belakang, saiz A4, free white envelope, Harga: 70sen sekeping!

Pengusaha I.W plak: Tak dapat nak bantu sebab dia cuma terima format dalam bentuk Illustrator saja. Aihhh....

Kamu-kamu semua rasa ok ker quot tu? Ada sesiapa tak tahu kat mana boleh printing kad dengan harga lebih murah? Kalau dapat 50sen pun dah ok. Itu pun rasa masih mahal...boleh? Huuu...

Please help me!....

Adamaya: Di sebalik tabir kehidupan


Cehh awal-awal pagi lagi dah berupdate. Al maklumlah hari ini cuti untuk penduduk Kelantan dan Terengganu bagi mereka yang bekerja lah. Biasa-biasa kalau hari kerja pagi tu liat aje nak bangun. Dah solat subuh pun kadang-kadang rasa nak jugak lelap barang seminit dua. Tapi, bila hujung minggu ni ingat nak lelap lah sejam dua sekali terbeliak aje biji mata ni. Sabar ajelah...

Owhh semalam telah berakhirnya cerita Adamaya. Sedih woo rasa. Lepas ni tak boleh lagi nak curi-curi pandang pada Adam yang sweet tu. Memang betul pengakuan Maya yang dia tu buta dan tak tahu nak menilai kasih sayang suami dia. Nasib baik saya dah nak kahwin kalau tak saya rampas Adam dari awak! Haha....

Takderlah...walaupun watak Adam tu baik tapi adabeberapa perkara gak yang saya tak berapa setuju yakni bab-bab bersalaman dengan wanita bukan ajnabi. Bukan sekadar tak patut tapi haram tau hukumnya. Hadis Rasulullah SAW bersabda, “Lebih baik memegang besi yang panas daripada memegang atau meraba perempuan yang bukan istrinya (kalau ia tahu akan berat siksaannya).”

Hadis di atas jelas menunjukkan betapa berat seksanya bersentuhan antara bukan muhrim. Walaupun lelaki atau wanita tersebut kekasih anda atau bakal tunangan anda mahupun tunangan anda sekalipun selagi mereka bukan suami atau isteri anda yang sah! Haram tetap haram.

So for those yang memang dah biasa pegang-pegang tangan or bersentuhan kulit ni, apa kata dari detik ini anda tahan nafsu anda dahulu. Tak lama jer lagi pun sebelum si dia menjadi suami dan isteri anda yang sah. Sebab hukum Tuhan tetap hukum. Anda boleh menghukum saya dengan menyampaikan kebenaran ini tetapi anda tidak bisa menghukum Allah sebaliknya aanda kan menerima hukuman dan seksa yang berat kelak. Saya hanya menyampaikan apa yang baik sahaja.

Dengan menjaga perhubungan, pandangan dan akhlak insyaAllah akan membawa lebih keberkatan kepada rumahtangga anda. Kita selalu nak dan berdoa pada Allah akan kebahgiaan rumahtangga kita. Tetapi, kita tidak pernah mahu mengikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Bagaimana Allah mahu mendengar doa-doa kita? Bagaimana kita boleh beroleh keberkatan sedang hidup kita penuh kemaksiatan? Renung-renungkan dan fikir-fikirkan bersama. Mudah-mudahan Allah membuka pintu-pintu hati kita ke arah kebenaran! Ameen ya Rabbal A'lamin.


How many wiggies?


Cuba teka berapa banyak wiggy kat sini? Haha...berpinar-pinar mata jap nak mengira. But my guess is 219 wiggies!

Bosan-bosan jom layan project alpha season 2!










Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs