Dari seberang lautan...

Genap seminggu kami di bumi perantauan. Dan baru hari ini jari jemari terasa mahu mengetik papan kekunci. Ecehhh....

Seriously, I miss blogging very much. Sebulan lebih saya tinggalkan blog ini sepi dan usang tanpa penghuni. Saya pun dah lama tak update cerita kawan-kawan. Mungkin kala ini ada yang baru melangsungkan pernikahan. Mungkin juga ada cerita kawan-kawan yang sudah berbadan dua. Mungkin juga ada yang dah selamat melahirkan? Owhh...terasa jauh ketinggalan...

Dua bulan lalu memang memenatkan, meletihkan, melesukan dan menekan jiwa dan perasaan. Semuanya kerana tarikh sambung belajar yang kian hampir tapi visa masih juga belum dapat. Kerja ofis masih bertimbun. Begitu juga dengan komitmen-komiemen lain.

Masih segar lagi diingatan berulang alik dari KB-KT-KL-KT-KB-KT-KL dah menjadi rutin mingguan. Goshh...it was really a terrible moment. Sangat pressure time tu. Banyak sangat birokrasi dan proses yang merumitkan keadaan. Dari proses membuat pasport-visa-medical check up-tempah tiket flight, bermacam-macam dugaan yang terpaksa kami tempuhi. Sampai saya rasa nak give up kawan-kawan. Menangis tu memang toksah cerita lah. Encik hubby pun terpaksa banyak berkorban untuk saya. Memang 2 bulan tu duit poket pun kering kawan-kawan. Sadis rasa! Bayangkan buat pasport untuk 2 orang saja dah RM600. Visa pula RM1700. Medical check up sampai 3 kali dalam sebulan! And medical check up untuk visa cost me about RM 400. Itu belum masuk duit minyak dan tol sebab berulang alik dari KB-KT-KL... Tak ke menanis kawan-kawan? Huk huk huk..... Mujur tiket flight ditanggung kalau tak mau RM10k lagi terbang.... Mana mau korek itu wang????

But, alhamdulillah....I'm safely arrived at Wollongong, Australia. Such a nice place to live in but the living expenses ???? sangat mahal.... Dan segala keperitan yang diharungi di Malaysia tidak berhenti di situ saja... There's so much to share and tell tapi the time was so limited. Ini pun tengah menumpang line rumah orang jadi haruslah beringat-ingat. Huhu....

InsyaAllah, Zainur akan kembali aktif dalam dunia blogger. Mungkin akan kurang bercakap tentang hal perkahwinan but more to catatan perjalanan di sini. So, will be back soon!

Do i look a bit older today?




It's my birthday!!!!
@rayaweeee....

......to be updated soon!

Bilik tidur pengantin

Nak update pasal kahwin tapi rasa macam dah basi jer. Al maklumlah dah hampir 4 bulan kahwin. Tapi, tu lah, once dah kahwin ni kesempatan nak update blog berkurangan. Kalau dulu hujung minggu boleh layan blog sampai lebam!

Just nak share hiasan kamar beradu masa kahwin dulu. Takdalah gempak sangat pun. Idea dari family dan juga jiran tetangga. Awal-awal tu agak sukar juga nak tatarias bilik pengantin ni sebab keluasan bilik boleh tahan luas. Lebih kurang 20x20 kaki. Nak tambah perabot poket saya dah tinggal habuk! Jadi guna saja apa yang ada. Ada juga jiran yang bermurah hati pinjamkan set lampu dan pasu bunga.

Jom layan gambar!




Kalau perasan, ada bunga tangan warna merah atas katil tu. Itu sebenarnya dari kak Nadia (Dina Halim). Baik kan mereka? Siap tanya saya lagi nak guna bunga tangan tak? At first, kakak nak buatkan guna fresh flower. Tapi, risau juga if something happen. So, for safety saya terima saja bunga tangan ni dari kak Nadia. Orang bermurah hati pinjamkan saya lagilah berbesar hati menerima walaupun pinjam aje. Pihak Dina Halim memang tak berkira langsung. Suka sangat deal dengan mereka and highly recommend untuk bakal-bakal pengantin di luar sana terutamanya pengantin muslimah!



Set bilik tidur ni seperti katil, meja solek, almari dan meja tepi adalah dari perabot FAMISTA. Sebenarnya menyesal beli perabot FAMISTA ni. Low quality dari segi workmanship dia. Dulu memang beria aku nak beli. Kononnya murah dan ada kualiti. Sekali hampeh! Agak mendukacitakan sungguh.... Macam katil tu, hujung kepala dia dah banyak kali tercabut. Drill lah pakai skru paku dan bagai tapi semua tak menjadi! Walhal bukan beraksi ganas pun. Ooopppsss...@gatai

Seingat aku malam pertama tu siap pesan lagi kat hubby, janan tidur ganas-ganas. Katil ni tak cukup kuat. Malu weh kalau malam pertama dah reban katil.. Wakakaka...macam parents aku dulu-dulu...hikssss....@diam

Walaupun perabot yang aku beli tu half wood half bukan wood tapi still rasa macam kena tipu pasai wood dia tak cukup kualiti. Yelah belakang katil tu dah berlubang dah sana sini. Tapi, tak lekat juga. Beli kat kedai perabot biasa lagi puas hati you all. Dahla kedai FAMISTA ni jauh kat Klang. Rasa tak worth it je. Mungkin aku jer bernasib malang terkena begini kot. Mungkin orang lain tak ada masalah. Tapi, pengalaman pertama ni membuatkan aku black list terus jenama FAMISTA ni. Sorry! Walaupun u pandai layan pelanggan tapi janji manis yang you tabur tu setakat di mulut you sajalah! Woooppsss dah jauh kelencongnya!

Back to hiasan bilik pengantin ni, meja solek tu idea dari my younger sister. Suka sangat dia gantung manik-manik berjurai dekat cermin tu. So unik! Simple aje...Janji malam pertama boleh tidur dengan selesa! Rasanya semua bakal pengantin boleh hias sendiri. kamar beradu Tak perlu lah nak ambil perkhidmatan tertentu kerana at the end semua barang-barang yang you sewa kena pulangkan. Tapi, if you decorate sendiri barang-barang hiasan tu still boleh guna lagi. And paling penting tak lah berserabut. dan puas hati Saya rasa idea yang pasang kelambu kat katil pelamin tu macam dah lapuk...hehehe.... Tu my own opinion lah... jangan ada yang terasa lak! Sebab saya suka tengok yang lapang, tak terlalu sarat dan serabut!


Total damage:
Bedroom set (Famista): Rm 2,200 (kalau tak silap!)
Cadar (Jakel): Rm 350
Langsir (Nilai 3): Harga tak ingat pasai tempah untuk satu rumah...heee
Lain-lain hiasan: pinjam dari rumah sendiri & jiran


psst: Ada yang berminat nak sewa bunga orkid tu?

Cebisan rindu

@penatPheww.... Awal tahun ni benar-benar menguji kesabaran dan ketahanan. Kerja berlambak sangat. Semua nak kena settle secepat mungkin sebelum pergi 'sana'. Tak sempat nak berblogging pun. Sudahlah sekarang ni winter season kat area KB ni... Hari-hari hujan. All the day. Sejukkk bangat.

Tapi, tak sangka masa last weekend dapat surprise dari hubby.@cinta Love it sooo much... Actually, semenjak dua menjak ni tak berapa lalu nak makan nasi. Kadang-kadang pi kedai sampai tak lalu nak order apa. Jemu la makan kat kedai jer kan. Nak masak pun dok sorang macam tak worth it pula. So, nak isi perut makanlah roti dan biskut. Dan bila tensen dengan kerja ni all i want is aiskrim and cokelat. Aiskrim pula nak sundae strawberry! Memang tak boleh blah... Musim-musim winter ni pun masih craving for aiskrim.

Nak dijadkan cerita last weekend area pantai timur ni dilanda hujan yang dahsyat. Memang sesetengah kawasan naik air. Main office I memang dah banjir, luckily my own bilik tak terkena. Memang hari Khamis lepas, kelam kabut packing nak balik KT sebab takut terperangkap dalam banjir. Macam biasa every Thursday, hubby akan datang jemput after office hour. Masa balik tu pun certain-certain area dah dinaiki air...Mujurlah kereta kecik kami lepas aje!

The best thing waktu hujan tu ialah: sesampai jer rumah di KT tengah-tengah malam tu, hubby bagi kejutan....tadaaa... Sunday Strawberry yang kuidam-idamkan! Time-time hujan tu juga ngap bersama-sama. Tak cukup dengan itu hubby juga hadiahkan 2 kotak cokelat Beryls... Ahhh terharunya......

Walaupun abang selalu kata abang bukan lelaki romantis, tapi bagi diriku abang la paling romantis sekali! Selalu bagi kejutan yang tak disangka-sangka. Selalu tolong picit-picit tubuh manja ni. Selalu belai-belai dan usap manja kepala ni. Rindunya dekat habibi.....cepatlah hujung minggu datang lagi!

psst: owh hanya sekadar cebisan rindu untuk sang suami!

Welcome 2011

Selamat datang 2011. Ada apa tahun baru ini?

Apa yang telah dikecapi? Jom flash back...
Alhamdulillah, pertamanya impian untuk menjadi zaujah buat Encik suami telah pun dimakbulkan. Majlis sederhana namun meriah dan hari demi hari merasa bahagia di sisinya.

Kedua, dari menganggur kemudian dah dapat kerja. Syukur, alhamdulillah! Berkat kesabaran, usaha dan doa yang tidak putus. Mungkin juga rezeki nak kahwin. Sekarang dah 8 bulan lebih bekerja dan sangat enjoy walaupun kekadang meroyan sebab sibuk memanjang.

Ketiga, mendapat tajaan mini pelamin dari pihak Dina Halim. Yang ni memang best sekali sebab di luar jangkaan. Memang sesuatu yang sukar dilupakan. Kenangan manis gitu!

Selain tu, ada juga rezeki lain yang datang mencurah-curah contohnya menang cabutan bertuah di Malaysian Largest Blogger Gathering with Gatsby deodorant Street Fair. Yang ni sangat marvelous sebab menang laptop aspire yang cute tuh... Huhu.. Selain dari tu, dapat duit terkumpul sebanyak Rm150 sebab join nuffnang-project alpha. Apa lagi eh? Owh lulus cemerlang dalam IELTS (cemerlang la sangat...huuuu).

Banyak sangat kot nak list down semua. Apa pun syukur kepada DIA yang menganugerahkan semua ni. Ameen. Mudah-mudahan rezeki tahun baru lebih luas lagi. Ameen.

So, apa pula yang saya impikan tahun ini?

Hurmmm, pertamanya saya berharap dapat sambung study ke oversea tidak lama lagi. InsyaAllah setakat ni masih lagi dalam proses mendapatkan biasiswa. Kalau lulus, boleh lah buat visa. Hujung bulan 2 boleh la fly berhoneymoon dengan encik hubby. Yeayy...

Selain tu, memang la berharap akan hadir orang ketiga yakni rezeki berbentuk zuriat. Mudah-mudahan lepas jejak ke negara kangroo tu adalah habuan buat kami. Ameen...

Dan mudah-mudahan jua Allah meluaskan pintu rezeki suami kerana terlalu banyak berkorban untuk diri ini. Abang, terima kasih untuk semua. Nur amat menyayangi dan menghargai dirimu. Cuma bibir jer payah nak ucap tapi dalam hati Allah saja yang tahu.

Untuk bloggers yang baru bernikah dan bakal bernikah, moa selamat semuanya. Moga Allah meluaskan rezeki kita semua. Dan mudah-mudahan setiap dari kita menjadi isteri yang solehah. Bukan sahaja yang taat pada suaminya tapi jua taat pada PenciptaNya. Ameen!

Majalah Saji & hiasan meja beradap

To all brides to be, tentu ramai yang sibuk dan tercari-cari menu apa yang nak disajikan masa majlis kahwin nanti kan? Mungkin ada juga yang memikir-mikir santapan apa yang paling sesuai untuk meja beradap @ mempelai. Well the good news is Majalah Saji bulan ini (Disember 2010) mungkin ada jawapan kepada persoalan anda!



Dalam keluaran kali ni dengan tema "Jemput Makan Kenduri" ada menampilkan 70 resipi santapan mempelai. Haaa...bukan sahaja idea hidangan apa malah terus didatangkan dengan resipinya sekali tau! Antaranya resipi istimewa dari Kuzie Catering iaitu 'Ketam Sambal Berlado Mekar Sejambak'! Class gitu. Nanti aku nak try kalau tak sedap siap pakcik Kuzie! Huhuhu....

Macam-macam lah yang menarik di dalamnya. Dan semuanya bersangkut paut dengan majlis kenduri. If uols nak tau haruslah beli sendiri ok! Hehehe.....

Dan di sini ada idea untuk hiasan meja pengantin @ makan beradab. Biasanya kita tengok meja pengantin dihiasi bunga-bunga dan riben. Yang kreatif sedikit guna lilin, potpuri dan gambar. Terpulanglah kan. Asalkan jangan terlalu crowded dan semak mata memandang. Selain itu, mungkin anda boleh menggunakan ukiran buah-buahan sebagai hiasan meja pengantin seperti gambar di bawah ini.



Eh eh it's me la! Hahaha...... Cantik x? Maybe we should take a look at clearer picture......


cantik kan?

Haaa...macam tak percaya pulak gambar masuk magazine. Thanx to mama yang inform kan benda ni. Masuk sipi-sipi pun oklah kan. Tumpang glamour gitu...hiksss..... Anyway sesiapa yang berkenan nak jadikan ukiran buah ni sebagai hiasan meja pengantin bolehla mendapatkan perkhidmatan ini dari ZT CARVE. Selain itu, mereka juga ada menyediakan perkhidmatan lain seperti pakej pulut kuning dan lauk pauk pengantin. For more pictures of ukiran buah boleh lawati website mereka. Taip je ZT CARVE. Confirm jumpa!


Eh Uols, lepas abis kenduri jangan tak makan lak buah-buah ni. Membazir nanti! Heee.... Ok, itu je edisi untuk hari ini. Sekian, terima kasih!

Am i preg...?

Emotionally unstable. Probably because of the work loads. Students pula dah start register, meaning that by next week mesti dah kena start lecture. Kalau tak, syllabus tak sempat catch up lak. Sudahlah tu by end of next February I am suppose to further my study. Alhamdulillah, already received the offer letter from the university. Kursus BTN pun baru jer lepas pergi. My dean pun dah agree to let me further the study. All the documentations are ready and already submitted to the Unit Cuti Belajar. Now, tengah tunggu meeting di peringkat Universiti and KPT untuk scholarship. Hopefully, everything when well even though there are certain people yang cakap impossible boleh settle dalam waktu yang singkat. I know. Kalau nak buat visa pun it takes time. But, I just leave it to Allah. He knows what is the best for me. So, I just pray....

Disebabkan stress, hormon pun unstable juga. My period has been delayed for 10 days. I tak fikir pun I pregnant because 'we plan' at the moment. Reasons of planning? That part i'll story for another time. Tapi, i tak dala makan pil perancang ke apa. Just planning the date since my period memang normally on time. Tapi, this time terlebih-lebih lewatnya. I did the UCT and as expected the result is negative. But, somehow deep inside my heart i'm hoping that i'm pregnant! Heh! If i really am pregnant, i wonder what mama gonna say... Will she be happy as the other parents always be or the other way around ??? I'm pretty sure she'll be happy but with extra extra worries....... Yelah if betul2 pregnant, nanti first delivery kat negara orang without parents and families kan to look around...I'm sure every single mom will get worries too..

Owh Allah...what should i do? Help me!

Kerja-Bulan Madu di Awana

Salam semua!

Lama betul tak menjenguk ke sini. Semuanya gara-gara berkursus dari 23 November lepas sehingga lah 13 Disember yang lalu. Penat sesangat. Sebab weekend pun kerja juga! Anyway, saya mengambi kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada blogger2 yang telah selamat bernikah dari November lalu sehingga lah kini. Sorry, couldn't make it to ur wedding and sorry tak sempat pun nak drop even a single comment dekat blog uols... Blog ni pun dah jadi sunyi sepi....sob sob sob....

Walaupun sibuk berkursus tapi hari-hari terakhir berkursus or should I call it outstation (OS) sangat best. Kenapa? Sebab I and hubby dapat menginap di Awana, Kijal yang sangat best!!! Kira pakej yang majikan I bagi ni macam honeymoon la pula. Kebetulan, sejak dari nikah hari tu we all belum ber'honeymoon' ke mana-mana lagi kecuali di bilik...hikhikhik....

Actually datang atas tugasan kerja. Tapi, nak dijadikan cerita kerjanya cuma sehari the rest tu in and out. Maka, kesempatan yang ada digunakan untuk bermesra-mesra lah. Hahaha..... Oh bilik yang I stay kat Awana adalah standard superior room. Oklah since I the only staff perempuan saja yang terlibat dengan kerja OS ni. So, I bawa sekali my hubby. Bilik besar dan ada bath tub untuk kami mandi bersama @siul Selain dari tu mestilah free breakfast setiap hari untuk 2 orang yang sangat the best. The food is variety. Dari nasi lemak, bihun sup, bubur ke roti bakar, beef steak, keju, all the salad, dan macam-macam lagi yang tak mampu disenarai di sini termasuklah pencuci mulut yang best! Memang kami melantak sepuas-puasnya. So, tengahari kenyang dan skip lunch! Agaknya berat I dah naik jadi 46kg kot? Haha....

Okay, layankanlah gambar-gambar ini. Tak banyak sangat pun since I tak suka bergambar...Hehehe...dan tak suka sangat nak mengekspos diri sendiri di khalayak ramai...heee... And of course la gambar-gambar yang diambil mempunyai aksi luar biasa yang tidak boleh dipaparkan kepada umum. Heh!

Untuk bakal-bakal pengantin baru yang nak berhoneymoon, I rasa Awana, Kijal ni bagus juga. Besides, dia ada Golf park and also SPA. And walaupun Kemamam tak da banyak tempat menarik tapi still boleh menonton wayang di TGV di Mesra Mall yang tak jauh dari sini. Juga mengambil masa 2 jam perjalanan ke KT. Dan juga berhampiran dengan Kuantan. So, banyak juga tempat yang boleh dilawati. Selain itu, pihak hotel pun ada menyediakan activiti2 tertentu untuk semua pengunjung dengan harga yang bersesuaian. So kawan-kawan, jomlah cuti-cuti Malaysia dan support ekonomi negara sendiri dari melancong ke negara luar. Malaysia pun apa kurangnya kan?!

Tema Majlis Pink-Hijau

Lama tak berupdate. Al maklum sibuk dengan kerja setiap hari manakala hujung minggu sibuk dengan suami. Biasalah bila dah berkahwin komitmen besar dan banyak. Kekadang berbalah antara kerja dan rumahtangga. Memandangkan bertemu suami hanya hujung minggu jadi, hujung minggu hanyalah untuk suami. Say no to work unless memang dah keluar surat arahan suruh bekerja memang tak dapat nak buat apa lah. Dah namanya makan gaji kan! Mujur suami memahami.

Cuti sekolah bakal tiba. Memang meriah dengan jemputan kahwin sana sini. Memang banyak undangan yang tak dapat pergi kerana jarak yang memisahkan. Anyway untuk semua yang bakal berkahwin, didoakan selamat, dipermudahkan segala urusan dan berbahgia selamanya.

Bila sebut tentang kahwin selalu orang tanya apa tema majlis anda. Rasanya pengantin zaman sekarang banyak tema dan kombinasi warna yang luar biasa pilihannya. Sesuai dengan trend la kot. Saya sendiri dulu memilih tema hijau-pink. Pada mulanya dianggap janggal oleh keluarga. Tapi, dah saya berkeras jua. Maka, inilah hasilnya....



Well, lain orang lain tastenya. Apa pun ikut kesukaan masing-masing lah kan. Bagi saya, tema warna hijau-pink ni sweet. Umpama pokok yang berbunga. Hijau pada daunnya dan pink pada bunganya. Jadi apa nak janggalnya kan? Heh!

Kalau berpacaran

Itu hari saya ada cakap...

"Lepas kahwin kulit wajah terasa lembut, licin dan gebu!":girl_11:

Tak sangka encik suami pun kata begitu. Nak tahu rahsianya?

Tak perlu bersolek tebal-tebal. Tak perlu lumur losyen dan bagai. Hanya dengan menjaga pergaulan sebelum bernikah!

Ini komen yang saya terima dari Siti NorFatihah, "Kulit halus mulus sbb seri pengantin! bila kita tak pernah disentuh oleh lelaki, sekali dpt sentuhan pertama dari suami sendiri, hormon dlm badan dikeluarkan menyebabkan kulit berseri2.. tu sbb ada makcik2 tua yg pandai tengok 'air muka' katanya.. "

I think she's right! So, marilah sama-sama kita menjaga pergaulan dan batas-batas aurat sebelum kamu berkahwin dengan si dia. Lelaki yang baik pasti akan menjaga maruah gadisnya.

Untuk kamu-kamu yang sedang berpacaran di luar sana. Saya dedikasikan lagu ini buat kamu semua. Mudah-mudahan kita beroleh manafaatnya di samping rentak lagu yang catchy ni. Kali pertama dengar sudah jatuh hati!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs