Hari ni sudah minggu ke 39/2 hari. Setakat ni belum ada apa apa tanda nak bersalin. Jadi boleh la sambung cerita kereta kami. ;)
Semenjak duduk Ausie lagi kami jatuh cinta dengan kereta klasik. Bagi kami kereta klasik ni body nya seksi. Malah lebih besi dari kebanyakan buatan kereta hari ini. Dan dalam banyak banyak kereta klasik kami jatuh hati pada w115 mercedes. Sejak dari tu memang rajin aje suami aku pergi wreckers kat dapto ambil part part w115 untuk bawa balik.
Tapi bila balik sini susah pula nak jumpa cari. Masa kat Ausie dulu ramai aje iklan nak jual. Lama juga kami menanti dari sehari ke sehari tapi kecewa. Ada satu jumpa dekat Grik. Condition tip top. Harga pun murah tapi bukan rezeki kami sebab dia nak jual cepat nak pakai duit. Jadi orang yang berdekatan dengan dia dah sambar dulu. Kecewa juga masa tu.
Masa pula dah semakin suntuk. Aku bulan 3 dah kena lapor diri. Dalam pada tu ada model lain yang on sale which is w123. Masa tu tak la berkenan sangat. Sebab dalam hati dah ada yang lain kan. Tapi this model pun not bad cuma model ni lebih latest dari yang w115 tu. Kebetulan pula kami di area berdekatan sebab tengah survey rumah sewa di situ. Jadi dah alang alang saja pegi tengok. Bila dah tengok rasa suka la pula. Terus decide beli. Dan sekarang kereta tu sudah jadi milik kami.
Dan dari situ bermacam macam peristiwa dan kenangan yang kami cipta bersama dengan kereta kami. Kami panggil dia gegurl. Tak tahu lah macam mana boleh terbagi nama ni. Haih...
Ok lain kali pula sambung. Mommy to be so sleepy. Patut lah tengok jam memang my nappy time pun....ahaks!
Semalam tengok cerita Kereta Kita. Tetiba rasa nak berkongsi cerita tentang kereta saya dan kereta kami. Dulu dulu masa aku start kerjaya sebagai pengajar kat sebuah kolej swasta ni aku beli MYvi SE warna putih. Masa tu bujang lagi. Siap tempah no plat lagi. Lepas tu tukar kerja dan kahwin masih lagi dengan MYvi. Sayang jugak la sebab beli dengan duit sendiri dari down payment sampai bayar bulan bulan. Banyak juga kenangan dengan kereta tu. Masa nak sambung belajar bagi adik guna pula. Pinjamkan saja tapi bulan bulan aku still bayar lagi. Dia cuma topup minyak je. Dah nak abis bayar pun....sekali mak telefon dari Malaysia cakap kereta kena curi kat stesen lrt wangsa maju. Tergamam jugak. Tapi tak menangis pun sebab tak berlaku depan mata aku. Rasa macam tak ada pape. Tapi bila balik Malaysia cuti dan kena settle urusan dengan bank aku jadi sentap dan emosi. Tak boleh nak deal. Lagi lah time tu kena sewa kereta pula. Memang aku redha cuma macam payah nak erase ingatan aku kat kereta tu. Lagi lagi bila balik Malaysia bersepah sepah pula MYvi kat jalan. Hishh... Apa pun urusan dengan bank dan insuran kereta tu dah settle tapi malas nak cerita prosesnya... -_-
Bila awal tahun 2015 aku dan hubby balik Malaysia for good, kita orang kena cari kereta. Susah juga nak bergerak time tu sebab tak ada kenderaan. Mujur ada kancil abang ipar. Walaupun tak ada aircond tapi banyak juga jasanya pada kami. Kereta tu la kami guna untuk travel sampai ke hulu kelantan untuk cari rumah sewa. Ada empat kali juga ulang alik. Kereta kancil ni pun banyak kenangan. Sampai sekarang pun kalau aku nampak kancil biru mesti nak tengok plat no dan pemandunya walaupun aku tahu pemandunya sekarang sentiasa di sebelah aku. Tapi kelibat kereta kancil biru ni la dulu buat hati aku berdebar debar.
Al kisahnya sejak hilang kereta MYvi yang lepas memang aku nekad tak nak lagi beli kereta baru dan buat pinjaman bank. Tak mau lagi ada unsur riba dalam hidup aku. So our plan is to buy a used car. Dan time tu kami memang cari kereta klasik sebab jiwa kami dah jadi klasik..suka dan cinta pada barang lama dan antik. Maka di sini lah bermula nya cerita kereta kami...hehe... lama dan klasik gitu!
Agak agak kereta apa yang kamia pakai? ^_^ Kalau nak tahu tunggu bahagian kedua okay. Because i am so sleepy and i need to take a nap for awhile...hehe...boleh gitew....ahaks!
Today we decided to visit the hospital. Al maklumlah tak pernah jejak lagi bangunan hospital bersalin HSNZ yang baru ni. Selain mengelakkan rasa cuak dan berdebar debar bila time kritikal nanti. Aku bab bab pi klinik, hospital, jumpa doktor or medical check up ni memang cuak sikit. Selagi boleh avoid selagi tu la aku akan bertahan walaupun hakikatnya bapa dan kakak aku sendiri doktor. Sepanjang ingatan aku memang tak pernah lagi buat treatment dengan doktor kecuali medical checkup untuk sambung belajar dan kerja. Oh ada sekali time jatuh dalam longkang itu pun setelah kaki bengkak teruk dan tak boleh bangun berjalan dan jauh dari family. -_-" Aku memang takut jumpa doktor dan tak suka makan ubat. Tapi bila dah time pregnant ni memang tak boleh elak. Huhu....semuanya untuk mu wahai anak ku. Jadi umi harap bila tiba masa bersalin nanti umi tak perlu bermalam di hospital. Sebab umi akan jadi sangat stress. Heh....
Teringat pula masa baru baru ni aku kena cirit birit yang agak teruk. Dalam sehari 20 kali dok ulang jumpa mr T. Penat sangat. Nak makan ubat memang tak dapat lah. Biasa kalau dah terdesak memang aku telan jugak. Nak minum teh kelat aku sangat kesian pada baby nanti tak dapat khasiat zat sebab kafein yang over dos. Pun boleh lagi aku bertahan dari jumpa doktor. Tapi bila masih berlarutan ke esok hari aku paksa diri jumpa doc sebab bimbang pada baby juga. Alhamdulillah baby tak apa apa cuma aku yang mild dehydrated. Doc nak tahan cucuk masuk air. Aku siap berunding dengan doc lagi janji akan minum 3L air dan datang check up semula sebelah petang. Bersungguh sungguh aku janji tapi bila doc kata nanti kesian kat baby awak...membahayakan sebab dari urin test kandungan ketone tinggi which is not good. So kerana mu anak ku umi kuatkan diri di tahan sementara untuk cucuk masuk air T_T dan first time jugak seumur hidup dapat surat cuti dari doc. Dua hari pulak tu. Seronok pula. Lepas doc benarkan balik aku terus ajak suamiku balik KT terus...haha...kebetulan sambung sampai hujung minggu. Tak padan dengan sakit...
Jadi itulah sebab kenapa aku visit hospital. Cuma sekarang ni aku tak boleh nak bayang apa yang akan aku alami kelak. Hopefully semua baik baik aje. Memang perasaan ni bercampur baur. Mujurlah kakak kakak ipar dan adik ipar belah suami sangat supportive. Banyak share info dan pengalaman. Tak lupa juga buat rakan sekerja aku yang banyak bagi tips. At least tak lah aku rasa keseorangan sangat. Juga pada mommy blogger lain yang banyak membantu dengan sharing pengalaman masing masing. Tapi sometimes the less we know is better because our path wouldnt be the same. Just keep praying to Allah may HE make it easier for us. Amin.
Seronoknya dalam hati. Akhirnya bermula hari ini aku bercuti. Dua bulan! Biasa-biasa hujung minggu saja. Paling lama pun seminggu. Tapi kali ni dua bulan! Nikmat wehh dapat lari dari 'hiruk pikuk' (tak sure word ni exist ker tak! haha) suasana kerja. At last, aku boleh pampering myself! Itu pun sebelum kelahiran si comel nanti. Pampering la sangat. Sedangkan ada banyak juga 'list to do' ni. Hopefully all can be done before the arrival of my little caliph. Sambil-sambil tu boleh la update catatan blog yang dah lama membisu ni. Hehe...
Well, ni dah minggu yang ke 38. So anytime soon la kan. Orang kata first baby selalunya awal seminggu atau lewat seminggu. Aku pun tak sure nak yang mana satu. Hehe...dalam tak sabar ada juga sedikit rasa gentar especially bila 'list to do' ni tak complete lagi sepenuhnya. Apa pun since dah ada di Terengganu ni tak adalah rasa cuak sangat kalau ter'over' do work dan terberanak. Sebab memang merancang nak melahirkan di sini, di kampung suami walaupun tanpa bonda mertua di sisi.... I'm sure if she's still around I would feel the love from a mother like my own mother la kan. Al fatihah untuk beliau.
Biasanya first pregnancy kebanyakan wanita choose untuk bersama ibu atau ibu mertua especially time berpantang. Aku pula memilih untuk berpantang sendiri bersama suami. Sebabnya tak mahu menyusahkan ibu sendiri. Sebab adik ipar aku memilih untuk bersalin di sana. Due date pun tak jauh beza dengan aku. Adik aku pun baru lepas bersalin 2 bulan. So, first cucu dalam keluarga. Mak aku juga yang jaga. Memang sebulan dua ni dunia ibu aku jadi 'tunggang langgang'. Tapi mungkin sebab first cucu jadi rasa penat tu hilang begitu saja! So, aku sebagai kakak yang dah biasa duduk jauh dari keluarga rasa cukup kuat untuk berdikari. Kononnya! Tapi, bila dah hujung-hujung kehamilan ni ada sedikit rasa emosi. Sedih juga sebab tak ada ibu di sisi. Bila teringin nak makan apa-apa tak ada ibu yang nak tolong masakan. Mujur ada suami yang sangat sangatlah perihatin lagi penyayang. Sepanjang pregnancy ni pun baru sekali aje jumpa mak sendiri. Itu pun masa awal kehamilan dulu. Perut pun tak seboyot sekarang. Jadi rasa sedih la juga. Aku memang tak capable nak travel dari Jeli-Hulu ke KL. Jauh satu hal. Memang sakit pinggang. Sedangkan 3 jam balik ke Terengganu hujung minggu pun aku dah flat. Ini kan ke KL. Kedua, sebab nak save cuti dan cuti yang tak banyak. So, kalau nak balik 3 hari je rasa sangat lah tak berbaloi. So when they cancelled their trip to visit me last few weeks due to unavoidable circumstances, memang la aku merajuk sangat. Haha. Itulah hormon ibu mengandung ya! Hopefully my parent will come and visit me and my little caliph later after my sis in law dah selamat delivery.
Aku juga berdoa supaya smooth delivery nanti. Supaya aku tak terlalu menyusahkan suami aku. Walaupun sebenarnya memang dah banyak susahkan dia sepanjang 9 bulan kehamilan ni. Ada kot dekat setahun aku tak memasak! Masak dalam erti kata sebenar. Tolong sikit-sikit saja. Semuanya suami uruskan. Walhal aku tak ada alahan apa-apa pun. My little caliph has been so good. Umi dia ni tak ada morning sickness langsung. Mungkin baby faham yang umi dia ni kena settle kan tesis phd sebelum masuk kerja. Suami has been so supportive dengan membuat kerja-kerja rumah seorang isteri. Tak cukup dengan hantar dan ambil aku dari kerja setiap hari without fail. Juga pick up aku setiap lunch hour balik rumah untuk nap! Semoga Allah beri kesihatan yang baik buat abang. Rahmati dan berkati hidup abang. Dan murahkan rezeki abang. Tunaikan impian dan cita-cita abang untuk 'migrate' and have your own mini car museum and bengkel. If you read this one day, just to tell you that I love you so much and will always love you honey. Thank you sebab dah banyak berkorban untuk kami. May Allah give you HIS blessing dan semoga cinta kita bersatu hingga ke Jannah. Amin!
Dan semoga anak umi yang bakal lahir ini juga tidak banyak ragamnya. Lembut hatinya. Baik akhlaknya. Membesar menjadi anak yang soleh yang dapat mendoakan kebahagiaan umi dan papa di dunia dan di akhirat. Semoga SA membesar menjadi pejuang agama sesuai dengan nama mu nanti dalam dunia akhir zaman yang penuh pancaroba. Amin ya Rabb....
Oklah, nanti-nanti sambung menulis lagi. Back to work dulu....daaaa
Dah beberapa bulan aku menyepi. Walaupun aku suka dengan kerjaya aku sekarang ni tapi aku masih tidak dapat mencintai tempat ini. Sungguh aku rasa terseksa di sini. Dan rasa tidak suka itu telah membunuh pula kecintaan aku terhadap kerjaya ku. Mengapa ya jadi begini? Atau ini sekadar perubahan hormon yang berlaku dalam diriku....
Oh ya...memang aku sengaja merahsiakan hal ini dalam penulisan ku yang lalu. Sebab aku ini orangnya perahsia sekali. Tak suka gembar gemburkan cerita sendiri. Macam sesetengah orang yang ada saja ceritanya atau statusnya yang akan dimuat naik dalam facebook. Atau sebarang klu atau gambar untuk dikongsi. Walhal dalam facebook itu bukan semua kawan baiknya. Mungkin ada yang tumpang gembira tak kurang juga yang menyampah. Jadi untuk aku biarlah hal ini dikongsi dengan keluarga dan teman rapat. Pun begitu aku bukanlah jenis miliki teman akrab ni. Jadi sesiapa yang ada di depan mata ni saja dan rapat yang aku kongsikan. Biasa yang jauh tu dah tak ingat kita sebab mereka punya teman rapat yang lain kan? Tak gitu? So why must have hard feeling and sentap kan....hehehe...
Tapi keadaan sekarang menyukarkan aku untuk terus lagi berahsia. Kerana apa yang aku lindungkan sudah tidak dapat diselindung lagi. Jadi bukan saja teman yang tak rapat pun tahu tapi yang tak dikenali pun tahu juga. Perut ini sudah tidak dapat disorok lagi di sebalik pakaian ku yang besar dan longgar. Sebab perutku memang besar! Macam sebiji bola atau sebiji tembikai yang disorok dalam baju...tak perlu tanya pun orang dah tahu!
Kini aku hanya menanti waktu untuk melahirkan. Menghitung detik dan waktu. Harap harap sempatlah aku cover kerja aku di sini sebelum aku balik ke Terengganu. Ramai juga yang bertanya kenapa tidak bersalin dan berpantang di rumah mak sendiri. Hurmm..ramai juga yang meragui bolehkah aku berpantang sendiri? Well kenapa tidak walaupun ini kelahiran sulung biarlah aku berdikari sendiri. Cukuplah sekadar Allah bersama ku. Dan anak yang bakal lahir ini yang telah 9 bulan menemaniku di tanah gersang ini. Suami? Selalu di sisi... ♥♡♥