Just my random thouhts! #1

As Salam!

Aihh...lama tak mem'blogging'! Dah la entry lepas macam 'emo' semacam! Inilah padahnya kengkawan bila teknologi di hujung jari. Laju aje tangan nak menaip segala rasa yang bermain di jiwa, kononnya nak meluahkan rasa! Baru puas hati gitu? Yer ker? Nasib lah tak terkeluar status 'emo' kat FB yer dak? Nampak sangat kurang matang di situ. Semua benda pun nak mengadu kat FB! Dari hal dalam sampai ke luar. Seronok sangat kalau orang tahu. Mujur aku tak sampai tahap gitu. Sekadar meluah rasa kat blog yang dah macam diari sendiri. Itu pun lebih banyak yang dipendam dari diluah. Walaupun guna nama samaran gitu tapi tak mustahil orang boleh kenal kita. So, peringatan untuk diri sendiri nak luahkan apa pun haruslah berpada. Takut ada yang tersalah faham mahupun terluka secara tak sengaja! Maka, dengan sebab itu aku pun delete entry lepas walaupun ada beberapa point di situ yang memang aku nak share dengan umum tentang aurat wanita. Nantilah andai ada waktu nanti will write a proper entry on aurat. Bukan nak kata diri ni dah sempurna tapi kadang-kadang kita lupa dan lalai juga. It's good that we have something to remind us as kerap as possible kan? #apa punya bahasa lah ni#

Anyway, sekarang dah musim autumn. Langit selalu mendung dan hujan. Rasa sejuk dan mula datang. Oh betapa ku rindu musim panas dan extra daylight. Now dah end of daylight saving, jam 5 pm dah mula gelap. Walhal rasa macam baru aje pagi. Dah la mata ni style ikut cahaya matahari. Bila cerah kat luar mata pun cerah tapi bila hari dah gelap, mata pun kuyu jer. Ingat lagi kalau dulu Isya jam 10 pm maka dinner pun jadi lewat. Kekadang jam 9 pm before Isya prayer, tapi ada juga terlajak jam 10 pm sebab after magrib baru mula masak. Sejak malam makin cepat waktu dinner pun jadi cepat, sebelum 7 pm dah dinner and later after isya' dalam 7.30 pm dah baring peluk bantal. Kah kah kah... Adoilah, nasib la sekarang tengah dok layan novel. Jadi biasa sebelum tidur akan baca beberapa bab. Novel ni tak boleh nak baca habis terus sehari semalaman. Sebab tebal yang melampau satu hal. Tapi, penceritaanya berat membuatkan pembaca harus berfikir atau setidaknya hadam dulu maklumat sedia ada. Sudah la tu, ceritanya dari dua zaman berbeza, 40an dan 90an. Ada banyak watak, banyak rahsia, banyak konspirasi. Setakat ni semua yang aku andaikan jauh berbeza dari yang tertulis. Aku suka novel macam ni. Sesuatu yang diluar jangka. Dan element misteri yang membuatkan aku banyak berfikir macam watak utama novel ni jugak. End up, tidur aku tiap-tiap malam susah nak lena. Otak dok ligat berfikir. Heh! Tapi, serious, novel ni memang best! Ini novel kedua yang aku baca dari penulis yang sama. Mantap! Memang patut pun tergolobg dalam international bestseller. Dah dialih dalam beberapa bahasa. Tapi, bahasa Melayu tak adalah... Kalau satu hari nanti aku jadi penulis, Kate Morton adalah idola ku. Heh! #berangan nak jadi penulis#

Aiyyooo.... apa dah aku tulis nih???....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs