Salam Ramadhan lovelies :)
Alhamdulillah it has been a week now since the first day of the holy month. How's everyone doing? Hope you all are doing great and take every opportunity to do as much ibadah as possible and stay away from sins. InsyaaAllah!
Alhamdulliah this year Ramadhan falls during winter hence the fasting period is much shorter. :) Tapi tau sajalah asal musim sejuk ni perut asyik minta diisi aja. = __ =" and since waktu berbuka pun sekitar jam 5 petang jadi terpaksalah balik awal dari Uni dan bekejar-kejar untuk menyediakan hidangan berbuka. Kalau tak busy dan la nak masak kari ka, tomyam ka, masak lemak ka, sup ka... tapi kena hari yang sibuk dan capek, telur dadar dan ikan bilis goreng berkicap pun sedappp! Kalau dah terdesak sangat dengan kebab pun okay. Bak kata pepatah suami, "Anything will do sayang"! Mujur la le husband tak cerewet and sangat memahami kesibukan sang isteri. Heh!
Sahur pun sama aje. Jarang makan nasi. Kalau yang makan pun sayalah! Lebih-lebih lauk malam tadi. Haha... As for hubby, kurma beberapa butir dah cukup. Atau biskut atau cornflakes atau roti dan telur saja. (Amende lah ayat aku ni macam tak pass subjek BM aje!). Berkat bangun sahur barangkali, alhamdulillah masing-masing dapat bekerja dan bertahan pada hari tersebut lah.
Puasa di perantauan jauh bezanya dengan puasa di tanahair. Di tanahair bazar ramadhan bersepah sana sini. Time nak berbuka berpusu-pusa umat manusia membeli. Kadang-kadang rambang mata nak memilih. Apa taknya semua juadah nampak lazat di mata. Tapi bila dah rasa masa waktu berbuka, indah khabar dari rupa! Ada juga yang tak sempat nak dijamah gamaknya. Mana taknya, perut dah terlebih isi. Makan mengalahkan makan di hari biasa. Jadi nak beribadat pun rasa terseksa.
Kat sini, tak ada orang pun tau kau berpuasa. Kecuali sesama muslim. Jadi bila kawan makan depan kau, kau telan air liur aje lah! Bazar ramadhan lagi lah tak ada. So far tak ada lah rasa merana mana. Sebab memang kalau kat Malaysia dulu pun tak pergi sangat. Memang dah jadi amalan keluarga makan bersama hasil hidangan ibu. Kata ustaz itu yang berkat! So kat sini berbuka seadanya. Tapi sesekali teringat juga air sarbat dengan biji selasih! Aduh~
Kalau kat tanahair mesti media dok sibuk kempen hari raya. Baju raya, kuih raya, lagu raya, mercun raya, hantu raya.... Jadi umat manusia sibuk duk fikir pasal persediaan raya. Ibadah puasanya tak seberapa kerana kurangnya penghayatan. Kat sini tak ada suasana itu. Jadi emosi tak terganggu. Memang konstrasi hanya pada ibadah puasa. Tak sakan mana nak beraya. Kalau rajin buat kuih raya. Kalau tak ada pun tak apa. Baju raya pun tak pakai mana. Tiap-tiap tahun duk ulang baju yang sama. Tak ada la pula minta ibu kirim hanya sebab nak beraya!
Raya kat sini sehari aje. Atau mungkin half day. Lepas solat raya yang kerja kena kerja. Yang belajar ke kelas lah jawabnya. Tapi, ada juga yang ponteng. Setahun sekali apa salahnya! Aku pun sama. Tapi, tak berani nak ponteng minta cuti terus dengan penyelia. Ok aje. Bila dah jauh dengan keluarga, teman-temanlah penggantinya. Meraikan bersama seadanya. Meriah juga. Yang penting erti sebenar Aidilfitri. Kemenangan yang hakiki. Mudah-mudahan amalan baik di bulan puasa berterusan di bulan lainnya. Lain pula dengan umat manusia di tanahair. Selagi tak abis syawal selagi tulah namanya hari raya! Heh...untungla sebulan rumah terbuka!
Oklah dearies, ampun maaf kalau ada terkasar bahasa. Semoga ibadah kita makin mantap di bulan yang mulia ini. Jangan dok fikir sangat pasal raya Heh! So, happy fasting and happy ibadah lovelies......