Aktiviti bersama

A fun activity to do together with your love ones! Tapi, kalau ada anak kecil ni jangan harap lah ya. Susah sedikit. Yang ni pun ambil masa hampir seminggu baru siap sepenuhnya. 1000 pieces. Yerlah nak mengadap 24 jam kalau, tak jadi kerja namanya. Bila tengah tunggu kek dalam oven masak atau lauk mendidih atas dapur, saya buat sedikit-sedikit. Sebelum pergi Uni buat sedikit. Yang lain pulun time hujung minggu. Seriously, bila dah buat jadi addicted pula. Selagi tak siap tak lena tidur. Now dah boleh tidur lena. Haha-

Walaupun ni aktiviti bersama tapi 90% adalah atas kejayaan saya! Haha- Sila jangan marah cik abang dan sila akui saja kehebatan isterimu ini. Haha- Mesti bengang dia baca nanti...@tongue

Apple cake

As Salam.

How's your weekend everyone? Mine was good. I had fun baking some cuppies. Last Saturday I was invited to a private event by Wifey's Gong club. Private la sangat. No, not that private. We just love to gather and main masak-masak and later on makan-makan bersama. Al maklumlah kat Gong ni tak ramai Malaysian. So, mana-mana Malaysian families yang ada di sini are considered as close families juga. Plus, kalau dah diundang wajiblah kita bertandang. Lagipun awal tahun ni ramai families yang akan pulang ke Malaysia. Back for good. So, yang tinggal nanti adalah kami yang muda-muda dan junior-junior. Tak seronok la kot. Sebab we all la pula yang kena jadi senior sebab yang lain tu mostly undergrad students. So this is like one of the farewell party lah..

Oh berbalik kepada private event tadi, sebenarnya dari last week lagi they all merancang nak masak nasi kerabu. I used 'they all', sebab I'm not that interested sangat. Hihi. Bukan tak berminat nasi kerabu tapi malas nak masak beramai-ramai ni. Yerlah, banyak orang, banyak kepala, banyak gaya, banyaklah caranya kan. I suka do it my own way. Nanti I buat cara I orang tak suka ke berkenan ker payah la pula. Plus, I'm not good at cooking pun. Jadi malu lah pula kalau orang suruh buat something yang I tak tahu. Haha- So much for the excuses! Kalau dah malas tu, bilang malas saja kan? Okay, okay fine I memang malas! I cuma nak attend untuk makan saja!

Tapi, tak best la pula kan kalau datang makan saja tanpa tolong masak apa-apa or at least provide bahan-bahan memasak kan? So, that is when I decided to bake something. At least mine boleh jadi for dessert kan?kan? What a brilliant idea to escape yourself from hell's kitchen. @setan

Okaylah, panjang pula intro nya. Fokus utama entry ni bukan kepada event tersebut tetapi kepada kek yang saya bake ni. Haha- boleh gitu? This time around I would like to share this simple and marvelous recipe dengan semua readers. Even kanak-kanak 7 tahun pun boleh buat so apatah lagi anda-anda semua yang sudah matang gitu. Let's bake ladies!

Nama recipe ini adalah simple marvelous apple cake for beginners. Haha- Kalau terbelit lidah, sebut aje apple cake atau kek epal. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:



an apple
100 g butter
80 g caster sugar + 2 tablespoon sugar
2 eggs
100 mL of fresh cream or whip cream
150 g of flour
a teaspoon of baking powder

* I used self rising baking flour so I tak letak lagi baking powder tu.

How to/ cara-cara:

1. Firstly, peel the apple and cut into smaller pieces. Then, add 2 table spoon of sugar, mix well and cook till the apples become soft. Kalau anda semua pemalas macam saya boleh masuk aje dalam microwave for about 3 minutes and done! Hehe...

2. Then pukul butter till jadi berkrim.



3. Tambah gula. Pukul lagi sampai putih or cerah-cerah gitu.


4. Next, add egg one by one. Sambil tu pukul sehingga kesemuanya homogenous. Haha-atau dalam bahasa biasanya sebati ya puan-puan.

5. Masuk fresh cream/ whip cream tu and again kacau sampai sebati.

6. Now, masuk tepung + baking powder. Kacau lagi sampai sebati.

7. Last but not least, masuk epal yang anda masak tadi dengan jus-jus yang 'tubik' dari epal tersebut. Kacau lagi adunan hingga sebati.

8. Lastly, masuk dalam loyang atau acuan cup cakes and bake in 180 'Celsius for 35 minutes.

Tadaaaa......

Simple aje kan. Tak sampai 10 langkah pun. Confirm boleh buat. BTW, adunan ni untuk sekali makan aje or in other words cukup-cukup untuk satu family jamah minum petang. I gerenti licin you! Dijamin puas perut dan suka hati. hehe... Sebab masuk ni entah kali yang ke berapa sudah I buat. Now, I buat 3 adunan terus and bagi kat kawan-kawan rasa.




Rupa kek yang baru keluar oven, sedap dan harum baunya. Terus meleleh air liur nak makan. Once masuk mulut rasa sangat lembut dan yummy. Tanpa rela tangan akan mencapai sekeping lagi dan lagi dan lagi sehinggalah licin loyang dibuatnya. Inilah puncanya I have gain some weights beberapa minggu nih! Sigh. @sigh

Okay enough of this crap! So, cuba jangan tak cuba ya. Senang dan simple serta sedap. Dalam sejam dah siap boleh makan. Serius tak tipu! @hensem Kalau buat jangan lupa hantar report kat saya. Hikhikhik...Kalau anda lulus saya share lagi resepi seterusnya!

psst: resepi ni kalau tak silap saya dapat dari my resepi.com. Bukan my own tau!

Permintaan ke 5 menjadi nyata

As Salam,

Thanks kawan-kawan for all the warm wishes for my birthday. Seronok baca dan berbunga-bunga perasaan. Walaupun hanya sekadar ucapan dan doa but it really makes me smile and happy.

Al-kisahnya, permintaan saya yang ke-5 pada entry yang lalu telah termakbul. Memang saya terkejut beruk juga. It's just like a wish comes true. Saya tanya habibi ada ke dia baca blog saya ker. Setahu saya sepanjang minggu tersebut beliau sibuk dan selalu pulang lewat. Memang agak mustahil dia baca kan. Dia memang tak baca tapi katanya dah niat untuk beri sejak awal lagi. Mungkin dari awal sejak saya minta bunga. Yelah, bunga kat sini murah dan banyak. Murah la kot compare dengan kat Malaysia. Haha! Tapi, yang best tuh even dekat supermarket pun mesti ada jual bunga. Pendek kata mudah nak dapat. Dan seumur hidup saya, rasanya jarang sekali dapat bunga kecuali on convocation day aje. Tapi, dari habibi, inilah yang pertama kali. Laki memang susah nak faham minat perempuan. Seperti susahnya saya nak faham minat habibi yang gila kereta lama. Haha! Tapi, bunga ni sangat mendamaikan jiwa. Seperti suatu pesona yang membawa suatu aura. Abang, lepas ni boleh belikan ayang bunga lagi okay? Tapi, kali ni nak bunga gerbera warna pink! Haha...

Oh, nak dijadikan cerita, masa habibi pulang dari kerja dia singgah beli bunga dan kek cokelat cheese. Walaupun bukan sekotak cokelat dan sebiji cheese kek seperti dipinta tapi benda yang sama juga kan? Memang betul-betul bikin surprise! I love you habibi... muahs muahs....

Kalau dari awal saya tahu apa yang saya tuliskan bakal menjadi kenyataan, sepatutnya saya hanya minta yang nombor 1 hingga 4 sahaja! Hehehe... Apa pun, kehadiran habibi dalam hidup merupakan hadiah besar yang tiada ganti dan tandinnya. Terima kasih abang!

p/s: Tapi, kalau 'hadiah besar' menghadiahkan sesuatu, lagilah berbunga-bunga perasaan dan cinta ni...haha...

Today is.....

.......my birthday. But I have to go to lab- lots of work to do. Nothing special. Sigh!

Surat terbuka untuk suami..

I wish for....


1) Iphone in pink (Memang tak ada dalam pasaran) or






























2) Samsung Galaxy note in white ( ada kan?kan?) or


































3) Macbook?? or





























4) LV/ coach hand beg (can?can?)




































Okaylah at least a bouquet of roses, a box of chocolates and a piece of cheese cake will do...pleaseee....it's for my birthday present.

Bila hubby sms dr ofis....

Lucu rasanya bila suatu hari menerima sms dari habibi. Dulu masa bertunang dia rajin sms waktu-waktu time rehat tanya khabar, sudah makan atau belum atau menyatakan nada-nada kerinduan. Tapi, setelah bernikah rasanya jarang atau tidak pernah lagi menghantar sms especially jika hari bekerja dan time bekerja atau di tempat kerja. Segala kerinduan dan kecintaan dicurahkan secara 'live' bila bertemu di rumah. Hanya perkara yang penting saja, baru akan sms misalnya, "abang dekat wollies, nak pesan apa-apa tak?".

Tapi, bila habibi hantar sms pada suatu hari, saya jadi suka, lucu dan terharu. Hehehe... Bukan sms nada cinta pun atau pun rindu tapi.....

"Salam, kuih tart semalam kalau ada lagi simpan ok...sedap...abang suka...huhu....."

Maka, sebab itulah saya jarang berblogging akhir ni. Sibuk sangat mem'baking' di dapur. Selama saya hidup, belum pernah lagi masak beria. Bila datang Ausie ni lah saya betul-betul masak dan membuat aneka kuih dan kek. Kalau di Malaysia, tunjuk sana, tunjuk sini aje. Secara tak langsung saya rasa ada perubahan sedikit lah dalam skill memasak. Hehe... Dari tak pandai now pelan-pelan sudah tahu serba serbi. Alhamdulillah, ada baiknya juga Allah beri saya peluang sambung belajar di luar negara. Selain dari, mendalamkan ilmu dalam bidang kejuruteraan alam sekitar, saya juga turut belajar banyak perkara lain. Thank you Allah.

Berikut adalah hasil saya sejak kebelakangan ini. Rupa tak cantik tapi rasa sedap. InsyaAllah from time to time akan improve lagi. Nanti balik Malaysia, I boleh buka business bakery. Amacam okay tak? hehe....

Layan~


Actually ada lagi yang I buat iaitu apple cake and banana cake. Tapi, tak ambil gambar pula. Apple cake tu memang sedap. Rasanya macam nak buat lagi. Tapi banana cake tu kurang kick. I got the recipe from my friend. I think sebab I meassure flour dengan sukatan cup yang betul walhal dia punya cup merujuk kepada cawan kopi. Jadi keras lah sedikit. Will try again later. InsyaAllah. Untuk blueberry cheese tu dah 3 kali buat. Yang gambar kat atas tu masa first time buat. Pastry dia nampak macam tebal sedikit. Tapi, sekarang I dah boleh agak berapa banyak doh untuk tempek dalam satu acuan and I even have tried to do it in smaller size which is cute and yummy.

Apa pun, yang penting diri sendiri. I think everyone can cooks cuma antara mahu atau tidak saja. Kalau saya yang tak pandai masak ni boleh buat tentu uols yang expert kat luar sana ni jauh lebih pandai kan? Tapi, sokongan dari suami juga penting. Kerana itu yang akan buat kita nak masak lagi dan lagi. Kalau I masak husband tak makan or tak suka, mestilah I tak nak masak lagi kan? hehe... So para suami semua jom bagi sokongan pada isteri-isteri anda. Nanti perut anda juga yang kenyang!

Melabourne Final: 12 Apostles

There are lots of attraction and places to go in Melbourne. Rasanya pengsan kalau nak describe semua. Lagi pun tak semua tempat dapat cover. Tapi, cukuplah sekadar dapat menjejakkan kaki ke tempat yang pernah dicatatkan pada entry-entry sebelum ni. So, sebelum saya menamatkan cerita pasal percutian kat Melbourne ni, ada satu lagi tempat menarik dan popular yang sempat kami lawati which is 12 Apostles yang terletak di sepanjang perjalanan di Great Ocean Road.

Pemandangannya sangat spectacular. Tapi, perjalanannya sangat letih dan memenatkan! The journey along the road takes approximately up to 3-4 hours of driving. Sudahlah berlingkar-lingkar macam ular sawa. Adoi, pening mak. Kalau ada anak kecil maybe tak sesuai. Sedangkan orang tua pun muntah-muntah. Tapi sebab nak sangat tengok 12 biji batu yang terjadi akibat hakisan tu, maka kami kakahkan diri jua.

Untuk anda yang tak berkesempatan untuk berkunjung boleh la melihat 12 Apostles ni melalui lensa kamera kami yang tak seberapa ni. Hihihi....



Dengan ini secara rasminya saya menutup cerita percutian kami ke Melbourne. Tunggu tahun-tahun lain pula itu pun kalau berkesempatan ke sana lagi. InsyaAllah!

1850s at Sovereign Hill, Ballarat, Melbourne

As Salam,

Tahun 2012 sudah menjelma. Meaning that christmas holiday pun dah tamat and I'm back to school again...@ngantuk Seriously, after a long holiday rasa malas bebenar nak ke office kembali. Kalau cuti lagi panjang mungkin dah berkarat otak ni dan mungkin juga selaput kemalasan sudah menebal dalam diri hingga sukar dikikis. Ini pun masih ada saki baki kemalasan. Agaknya tunggu SV sental dengan clorox kot baru extra rajin! Haishh....

Mungkin ramai yang tertunggu kesinambungan yang lepas. Maaflah tuan blog sibuk. Tapi, hari ni tuan blog nak sambung setakat yang mampu. So, kepada yang sudi layan kan saja ya?

------------------------------------------------------------------------------------------------

From Puffing Billy Railway, we continue our journey to Sovereign Hill, Ballarat. I love this place so much. Rasa memang worth it ke sana. This place is like an old town, back in 1850s. Masa ni, tempat ni sangat top dengan perlombongan emas. And at this time juga mereka dah jauh maju dari kita.

Memasuki Sovereign Hill ni macam masuk ke tahun yang lampau. Tempat ni seolah-olah macam museum yang hidup lah. Kita bukan sahaja dapat melihat dengan mata kasar tetapi dapat mengalaminya sendiri. Tempat ni memang wujud suatu tika dulu dan kini dihidupkan kembali. Memang penuh dengan bangunan lama, rumah, kilang, tapak perlombongan dan lain-lain. Even orang-orang kat sini pun dress up macam orang-orang zaman dulu. Me love it so much. Kata orang memang feel lah.

Even kalau you masuk dalam certain shop tu, mereka betul-betul demonstrate macam mana mereka bekerja. Contohnya, ada kilang buat lilin, emas, tembaga dan sebagainya. Mereka bukan sahaja takat proses tapi jual barangan tersebut as cenderahati. memang best! Malas nak cakap banyak-banyak. Sila layankan saja gambar-gambar di bawah ni.


Lepas tuh kami singgah ke muzium emas mereka yang terletak dalam area-area ni juga. Tapi, maaflah tak larat dah nak tempek gambar banyak-banyak. Tapi, seriously memang interesting! Kalau kat Malaysia buat konsep macam ni kan best!

Destinasi kami terakhir sebelum balik adalah ke Spring Lake. Kami berhenti untuk solat dan makan. Kawasan-kawasan park yang tenang macam ni memang sesuai untuk bersolat. Maklumlah masjid dan surau sukar ditemui. Jadi, kena bijak juga mencari lokasi untuk solat. Solat tu kan wajib. Jangan sebab kita nak berjalan solat diabaikan. Apa yang best, haiwan dekat negara mat saleh ni kebanyakan jinak dan senang untuk berkawan. Again, layankanlah gambar-gambar tidak seberapa ni.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs