Haram pakai inai....

Sebelum nak kata apa-apa ayuh dengar dulu tazkirah ringkas dari Ustaz Azhar Idrus. Rasanya ramai yang tak tahu dan ramai yang terikut-ikut adat. Tapi hukum tetap hukum. Bukan saya, ustaz atau alim ulama' yang buat hukum ni tapi dari DIA yang Maha Esa. Maka, menjadi kewajipan saya untuk menyampaikannya walau satu ayat.

Bagi yang bakal melangsungkan pernikahan, sangat elok ambil tahu. Yang terlajak kahwin boleh jadikan peringatan supaya hal yan sama tidak berulang pada keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan. Jadi sampaikanlah buat yang lain. Mudah-mudahan kita terpelihara dari dosa. Ameen. Wallahua'lam....

Jalan-jalan di Wollongong

Hidup segan mati tak mahu! Aduhai.... Inilah nasib blog ni sejak tuan dia merantau jauh. Ingatkan masa kerja aje sibuk. Rupanya bila dah sambung belajar pun sibuk. Nasib lah engkau blog..

Nak update pasal kahwin rasa dah basi. Lagipun dah duduk jauh dari Malaysia. Dah lama tak pergi kenduri kendara. Tak tahu sudah apa trend yang terkini. Nak review wedding kat sini pun tak dapat jemputan....hehehe...

So, kita review tempat-tempat menarik lah. Mana tahu siapa-siapa plan nak datang honeymoon boleh rujuk blog ni kan? Currently, saya dan hubby bermastautin di Wollongong. Wollongong ni merupakan bandar ke 3 yang terbesar di New South Wales (NSW). Terletak kira-kira sejam dari bandar dan airport Sydney dan hanya 3 jam perjalanan ke Canberra. Wollongong atau lebih mesra dengan panggilan Gong ni terletak di pinggiran pantai yang sangat indah. Panorama di sini memang indah dan bandarnya tidak sesibuk Sydney. Just nice. Ala-ala macam Pantai Timur kat Semenanjung Malaysia cuma best lagi lah. Kat sinilah terletak tempat pengajian saya iaitu University of Wollongong. One of the best Uni kat Ausie dalam bidang engineering and research.

Apa yang best kat Wollongong? Tak adalah yang best sangat sebab bandar kecil. Tapi, sebab dia terletak di tepi laut maka aktiviti rekreasi yang biasa dijalankan adalah surfing, cycling dan juga hiking. Selalu juga nampak orang sky-diving. Salah satu aktiviti yang saya suka sepanjang berada di sini adalah 'garage sale' dan 'markets'. Hal yang jarang ditemui di Malaysia kecuali markets lah. Malaysia memang banyak market contohnya pasar tani, pasar minggu, pasar malam, pasar ramadhan dan banyak lagi. Tapi, pasar di sini jauh lebih menarik kot. Kalau berkesempatan nanti saya cerita lagi ok!

Oleh kerana tak larat nak taip panjang-panjang maka sila lah layan beberapa keping gambar yang sempat diambil sepanjang berada di sini.


Dapto Market

Pasar Dapto. Setiap hari Ahad.


Macam-macam ada. Pokok, barang-barang antik, barang-barang pertukangan, baju, cd, barang elektronik dan macam-macamlah.... Pendek kata macam-macam ada. Kalau pandai cari boleh dapat murah punya. Maklumlah barang-barang ni ada yang second hand punya tapi masih elok!



Kiama Market

Kiama Market pula diadakan di persisiran pantai yan indah setiap hari Ahad minggu ketiga. Kebanyakan barang yang dijual adalah hasil kraftangan yang unik. Oh saya sangat terpaut. Ikut hati mau beli saja. Tapi, kena tunggu duit poket masuk dulu baru sedap sedikit. Sekarang cuci mata lah dulu!

Oklah, itulah sedikit sebanyak tentang diri ini di tempat baru. InsyaAllah, ada kelapangan saya akan update lagi.

p/s: Gambar pon tak sempat nak copyright...huhu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs