Esok mula di privatekan!

Salam merdeka untuk semua teman blogger!

Starting form tomorrow until 25 September my blog will close for private reading only!

Why?
Sebab my beloved fiance request it. But I won't stop blogging for sure! So for those, yang still wanna keep in touch and updated with my latest story please give me your email address ok? I will add you. Thank you girls!

Oh, one more thing, I'm still opening the Wedding Invitation. So sesiapa yang sudi boleh la emailkan saya address rumah. Ada beberapa nama sudah diterima. Thank you sebab sudi nak bertandang ke majlis saya yang kecil ni. Hope to see u all okay!

My email:
syazee83@yahoo.com
zainur1925@gmail.com

~Meng'update' blog di office. Aihh cuti-cuti pun terpkasa kerja you all. Lots of work need to be done before the long break!

Jemputan Perkahwinan *sticky entry*

Sticky Entry! Please scroll down for the latest update. Thank You!


Salam,

Kawan-kawan, saya tahu saya banyak berhutang cerita dengan kalian. Apa nak buat, sibuk tahap gaban. Beginilah kehidupan seorang pensyarah. Tambahan pula saya bakal bercuti panjang jadi terpaksalah pulun membuat nota dan melajukan pembelajaran supaya dapat bercuti dengan gembira pada hari bahgia tu.
:puteh_19:
Kawan-kawan, memandangkan waktu yang semakin singkat maka saya ingin mengambil kesempatan yang terluang ini untuk menjemput semua kawan-kawan blogger ke majlis walimah saya nanti yang akan berlangsung pada 18 September 2010. Kawan-kawan yang sudi hadir atau berkenan menerima undangan saya yang biasa-biasa ni bolehlah meningkalkan alamat di ruangan komen atau email saja kepada saya di syazee83@yahoo.com atau zainur1925@gmail.com.

Saya amat berbesar hati untuk mengundang semua rakan-rakan blogger dan sangatlah gembira jika ada yang sudi hadir. Sekian dahulu dari saya.

Please save the date!

Overall W-Checklist

My overall W-checklist

Akad nikah ceremony
* Kursus kahwin
* Ujian HIV
* Borang nikah
* Pelamin nikah- sponsored by Dina Halim

Hantaran untuk BJ
* Cincin
* Baju kemeja & perfume
* Kasut
* Sejadah & tafsir
* Dompet & belt
* Fruits- sponsored by aunt
* Sireh junjung

Outfits
* My lovely dress
* tudung
* veil
* kasut
* aksesori
* M.U.A

Others
* The catering
* Photographer
* Door gifts
* Bunga pahar
* Rosette
* The bedroom set + aircond
* The guest book
* The wedding invitation
* Banting-FOC
* Henna

Almost done! Only few things left unsettle. I need a second photographer for my Wedding day. Dah ada pilihan cuma belum berkesempatan untuk book him lagi since been busy. Hopefully, tak ada orang lain potong jalan. Haha.... *Encik kalau baca ni please save the date for me okay. I just need to book u officially je...please...please* Haha...boleh tak gitu?@jelir

As for fruits, sireh junjung & henna haruslah menunggu sehari sebelum hari kejadian. Actually barang hantaran pun tak hias lagi. Tapi, bekas, bunga dulang and etc semua dah ready. Nanti balik raya baru saya nak start menghias. Awal-awal nanti berhabuk pula kan?

Cuma apa yang saya risaukan sekarang ialah tak berkesempatan untuk memanjakan diri di spa. Saya tak tahu kat area Pengkalan Chepa and Kota Bahru ni mana SPA yang terbaik, termurah dan terbest. Heh! Setakat ni saya hanya men'spa' kan diri di rumah. But I still need to do manicure and pedicure since main tangan kaki ni macam apa ntah! Ada sesiapa orang kelate yang tahu? I need help!

Selain dari itu, saya perlu juga mencari pakaian baru. Untuk bertandang ke rumah kaum keluarga and of course lah ketika bersama dengan your legal husband. Semuanya mesti yang baru, wangi, cantik dan dot dot dot.

And i still haven't finish yet the Mutiara Perkahwinan. Perlu juga ada ilmu untuk berumahtangga supaya masjid yang bakal dibina berkekalan hingga ke syurga. Rite?


Blog ini akan diprivatekan untuk sementara waktu

Sedih!

Sebab saya sangat sibuk dan mengabaikan blog. Saya memang nak update selalu. Nak jenguk kawan-kawan semua pun kadang-kadang tak sempat. Maafkan saya....

Ok, hari ini saya update sedikit sebanyak persiapan yang telah berjaya dilakukan. Boleh dikatakan 90% dah siap! Ya ka 90%?? Kurang lebih gitulah.

Yang pertamanya borang nikah. Alhamdulillah dah settle! Terima kasih kepada encik tunang yang telah bersusah payah menyegerakan dokumen di pihak beliau. Maka, dengan itu diumumkan. tarikh akad nikah adalah pada 18hb September 2010 jam 10 pagi. Manakala jamuan makan atau kenduri kahwinnya sebagai tanda kesyukuran akan berlangsung pada hari yang sama bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang. Semua blogger dijemput hadir. Kalau you all sudilah kan. Maklumlah majlis saya ringkas saja. Tak ada bersanding, tak da renjis merenjis, silat pulut ka, persembahan koir ka. Yang ada hanyalah dendangan dari Maher Zain. Tak dapat Daniel Zain sebagai photographer, Maher Zain yang penasyid itu pun jadilah! Hehehe...

Yang kedua baju. Alhamdulillah telah selamat dihantar oleh my designer ke rumah. It fits me well. Cuma my nikah dress ni tak lah sarat and gorgeous macam orang lain kut. Just simple but yet sweet. Itu komen my mom and my sis. Therefore, memang boleh dipakai even selepas perkahwinan untuk mana-mana formal event or special macam dinner ke. So, tak da pembaziran di situ. Macam sesetengah orang yang lain they spent a lot to make their gorgeous dress but at the end, they only pakai it once and later on terpaksa let go or sewa kepada orang lain. So, in this case, tak kan berlaku pada saya. Sebab saya akan simpan ke akhir hayat and selagi badan tak mengembang sangat saya still boleh pakai berulang kali. Hehehe....

Katering pun dah tempah, bunga telur dah siap dibuat, rosette pun dah siap, kad dah siap dalam proses nak hantar, door gift pun dah settle, perabot bilik pon dah sampai, bilik pun dah siap kemas tinggal nak menghias je lagi, langsir dah beli, baju untuk close family pun dah ready, photographer dah ada...ermmm apa lagi eh? Pendek kata tunggu masa je lah.

Ini saya tunjuk bunga pahar dan rosette yang telah pun siap dibuat. Yang lain-lain tu akan di pos selepas majlis berlangsung. Oh sebelum saya terlupa, saya terpaksa 'private'kan blog ini untuk tempoh sementara waktu dari 1 September sehinga 25hb September 2010. Sesiapa yang still nak mengikuti blog ini boleh tinggalkan email anda okay. Saya akan invite kawan-kawan.

rossette masa belum pasang pin dan duit.



Siap untuk dipakai!


Bunga dulang dengan tema pink-hijau.



Bunga pahar.

Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs