Okay, masih ingat lagi door gifts yang saya rancang untuk kasi pada tetamu tu? Satu rombakan kabinet terpaksa dibuat kerana kekurangan kakitangan kerajaan! Huhuhu..... Memang lah saya sangat sedih okay sebab saya memang plan nak bagi kurma cokelat untuk tetamu tapi rasa macam tak ada masa nak buat. Memang boleh beli aje. Tapi saya kan bakal pengantin jimat cermat. Semua benda bajet boleh buat sendiri. Rupa-rupanya semua-semua yang plan nak buat semua tak menjadi kecuali tang kad kahwin. Memang sekarang dah ketemu dengan vendor yang boleh mencetak kad kahwin mengikut design yang telah I kasi. Okay itu cerita next entry! So, pendek cerita kurma cokelat akan ditukar kepada tadaaaa *surprise surprise*
Malam ni akan naik bas ke KL. Lusa ada test okay. Test apa? International English Language Testing System atau short formnya IELTS. Saya sedikit kecut perut walaupun dah banyak latihan buat tapi saya tak pandai sangat bahasa orang putih ni. Apa pun saya pohon jasa baik kawan-kawan agar doa saya lulus cemerlang okay. Ini lah satu-satunya tiket saya untuk pergi
Next month sangat full especially hujung minggu. Ada meeting, ada motivation camp untuk student yang below 2.50, ada program UNESCO, ada bengkel entrepreneurship dan yang paling ditunggu-tunggu ialah my master convocation
Apa pun, harapnya saya dapat buat test itu dengan baik dan lulus dengan jayanya. Mungkin lepas tu baru tenang dan semangat sedikit nak buat persiapan perkahwinan. Masa terus berlari tapi saya masih berjalan. Sempatkah untuk mengejar masa? Atau perlukan saya mencuri masa? (seperti mana yang saya buat sekarang
Let's get back to work everyone!