Bedroom set from Famista

Last week, saya balik kampung (means KL lah). Memang lah penat. Sebab Jumaat pagi sampai dan esok malamnya dah balik semula ke sini dan straight away bekerja. Nak pula hari Ahad tu ada macam-macam program kat sini dari pagi sampai lah ke 7 petang. Tapi, I have no choice. Mesti juga kena balik since banyak lagi preparation nikah yang belum siap!

BTW, rumah yang dulu 'under renovation' kini telah siap sepenuhnya. We already moved in tapi MasyaAllah macam tongkang pecah la. Still bersepah dengan barang and mostly kotak-kotak. Even my room pun tak ada furniture lagi so it's hard for me to unpack my things. Memang seriously serabut gila. Kesian juga kat mak sebab dia lah yang harus membersihkan dan menyusun atur rumah sorang-sorang. Setakat balik sehari tu banyak mana lah sangat dapat saya buat. Itu pun, sesampai pagi Jumaat tu dah keluar untuk menyelesaikan beberapa urusan berkaitan dengan IELTS.

Whatever it is, on the last day tu berkesempatan untuk ke Famista!@rayaand damn, I love it!!! Layanan mereka sangat superb plus there lots of choices dari yang murah sampailah yang mahal-mahal but still murah compare dengan kedai perabot lain. Kenapa? Sebab sewa di Klang sangat murah. Kalau depa buka cawangan kat KL memang tak kan dapat harga semurah ni pun.

Masa mula-mula tu I decided untuk choose bedroom set yang below RM2000. Memang banyak pilihan ok. Cun melecun. Cuma problemnya kayu yang digunakan tu mudah kembang bila terkena air. So untuk jangka masa lama, tak tahan sangat lah. Pendek kata tak long lasting. Mugkin maksimum dalam 3 tahun gitu dengan syarat jaga elok-elok. So, daku pilih yang half wood. Takda lah mengembang bila kena air. Tahan lasak dan nampak kukuh. Harga? Rm2,200 sahaja. Itu pun saya banyak songeh. Ambil set katil lain. Almari dari set lain. Dressing table dari set lain. Siap nak tukar corak/design tombol laci lah. Mula nak gloss wood kemudian tak nak, kemudian nak balik. Memang tauke dia sabar saja. Siap gelak-gelak lagi.

Bila tauke tanya bila mau? Saya kata kalau dapat esok pun bagus. Tercengang jap tauke. Bukan apa...nak tunggu transportation tu yang panjang listnya. Kira bulan 6 ni kan ramai yang nak kawin so, busy sedikit lah. Apa pun akhir bulan 6 ni set perabot bilik akan sampai.. Yehaaa...suka! suka! suka!

So, for those yang masih mencari bedroom set saya sangat recommend kan Famista ni ya! Harga sangat berbaloi. Kalau sekitar KL, transport free sahaja. Siap you boleh pilih design apa yang you suka. Either you boleh dapat FOC atau sedikit caj sahaja untuk tukar design. So, sekarang boleh tersenyum sedikit lega. Kalau nak set pengantin pun ada ya. Siap dengan cadar, kelambu, langsir dan yang sewaktu dengannya. Tapi, saya nak hias sendiri so ambil bedroom set sahaja lah without any package!

Unik kan?

P/s: This week Family Encik Tunang datang nak ajak cari cincin kahwin...yeay!

Lagi 117 hari tapi....

Lagi 117 hari nak nikah....
Baju tak siap lagi.
Bajet first fitting 12hb Jun.
Tolong lah encik designer jangan ubah date.
Saya kat KB. Awak kat KL. Susahnya nak jumpa...
:puteh_21:

Lagi 117 hari nak nikah....
Caterer tak cop lagi.
Dah email minta quoattion sana sini,
tapi tak berbalas.
Nak call rasa sengal sedikit....
:puteh_25:

Lagi 117 hari nak nikah....
Bila nak start buat doorgift ni?
Urusan permohonan nikah pun tak sentuh lagi.
Bedroom set tak beli lagi.
Langsir dan segala perhiasan yang relevan tak beli lagi.
Apa lagi bab rawatan badan- manicure, pedicure, spa....aihhhh....
:puteh_8:


Lagi 117 hari nak nikah....
3 bulan pas nikah nak fly honeymoon sambung belajar...
Makanya sekarang dok sibuk study untuk ielts...
buat proposal phD dan cari tempat nun kat seberang laut sana
Sampai persiapan kahwin jadi slow....aihhhh....
Prof, kasi saya kahwin dulu boleh?
:puteh_2:

Pengumuman:
Untuk semua B2B, ada sesuatu yang best untuk dikongsi bersama. Sesuatu yang sangat berbaloi-baloi. Sesuatu yang buat saya gembira dan sangat menguntungkan. Owh apakah? Saya akan beritahu. Tapi, bukan hari ini. Tunggu sehingga hal ini benar-benar disahkan! Tungguuu....:puteh_12:

Printting Kad Kahwin

Salam.

Lama membisu di alam maya kerana sibuk di alam realiti. Dua hari lepas saya terlibat dengan sebuah persidangan mengenai sumber asli dan alam sekitar. Memang tak masuk ofis langsung. Tak sempat nak ber'online' dan berblogging seperti selalu. Hari ini datang ofis awal dalam 7.30am semata-mata nak berblogging. Heh!

Kawan-kawan serta pengunjung, saya perlukan opini dan bantuan anda! (Ayat seruan menandakan sangat-sangat butuh pandangan kalian).

Begini, saya telah siap design kad kahwin dan sekarang sibuk mencari vendor yang boleh cetak. Ada beberapa vendor yang membalas email dan memberi quotation harga untuk urusan percetakan tersebut. Ok, berikut adalah butir-butirnya:

Pengusaha kad J: Utk 2000pcs, artcard 260gsm, full color print depan dan belakang, matte/gloss laminate depan dan belakang, free delivery dan free envelope. Harga: RM1.00!!
Kalau saya bagi pihak J file photoshop 300dpi dan pihak mereka tidak perlu edit apa-apa harganya adalah 80sen. TAPI, sebarang kesilapan adalah tanggungjawab saya!

Pengusaha W plak: Utk 2200pcs, artcard 230g, keemasan creasing line (lipat) & UV (glossy), cetakan warna depan belakang, saiz A4, free white envelope, Harga: 70sen sekeping!

Pengusaha I.W plak: Tak dapat nak bantu sebab dia cuma terima format dalam bentuk Illustrator saja. Aihhh....

Kamu-kamu semua rasa ok ker quot tu? Ada sesiapa tak tahu kat mana boleh printing kad dengan harga lebih murah? Kalau dapat 50sen pun dah ok. Itu pun rasa masih mahal...boleh? Huuu...

Please help me!....

Adamaya: Di sebalik tabir kehidupan


Cehh awal-awal pagi lagi dah berupdate. Al maklumlah hari ini cuti untuk penduduk Kelantan dan Terengganu bagi mereka yang bekerja lah. Biasa-biasa kalau hari kerja pagi tu liat aje nak bangun. Dah solat subuh pun kadang-kadang rasa nak jugak lelap barang seminit dua. Tapi, bila hujung minggu ni ingat nak lelap lah sejam dua sekali terbeliak aje biji mata ni. Sabar ajelah...

Owhh semalam telah berakhirnya cerita Adamaya. Sedih woo rasa. Lepas ni tak boleh lagi nak curi-curi pandang pada Adam yang sweet tu. Memang betul pengakuan Maya yang dia tu buta dan tak tahu nak menilai kasih sayang suami dia. Nasib baik saya dah nak kahwin kalau tak saya rampas Adam dari awak! Haha....

Takderlah...walaupun watak Adam tu baik tapi adabeberapa perkara gak yang saya tak berapa setuju yakni bab-bab bersalaman dengan wanita bukan ajnabi. Bukan sekadar tak patut tapi haram tau hukumnya. Hadis Rasulullah SAW bersabda, “Lebih baik memegang besi yang panas daripada memegang atau meraba perempuan yang bukan istrinya (kalau ia tahu akan berat siksaannya).”

Hadis di atas jelas menunjukkan betapa berat seksanya bersentuhan antara bukan muhrim. Walaupun lelaki atau wanita tersebut kekasih anda atau bakal tunangan anda mahupun tunangan anda sekalipun selagi mereka bukan suami atau isteri anda yang sah! Haram tetap haram.

So for those yang memang dah biasa pegang-pegang tangan or bersentuhan kulit ni, apa kata dari detik ini anda tahan nafsu anda dahulu. Tak lama jer lagi pun sebelum si dia menjadi suami dan isteri anda yang sah. Sebab hukum Tuhan tetap hukum. Anda boleh menghukum saya dengan menyampaikan kebenaran ini tetapi anda tidak bisa menghukum Allah sebaliknya aanda kan menerima hukuman dan seksa yang berat kelak. Saya hanya menyampaikan apa yang baik sahaja.

Dengan menjaga perhubungan, pandangan dan akhlak insyaAllah akan membawa lebih keberkatan kepada rumahtangga anda. Kita selalu nak dan berdoa pada Allah akan kebahgiaan rumahtangga kita. Tetapi, kita tidak pernah mahu mengikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Bagaimana Allah mahu mendengar doa-doa kita? Bagaimana kita boleh beroleh keberkatan sedang hidup kita penuh kemaksiatan? Renung-renungkan dan fikir-fikirkan bersama. Mudah-mudahan Allah membuka pintu-pintu hati kita ke arah kebenaran! Ameen ya Rabbal A'lamin.


How many wiggies?


Cuba teka berapa banyak wiggy kat sini? Haha...berpinar-pinar mata jap nak mengira. But my guess is 219 wiggies!

Bosan-bosan jom layan project alpha season 2!










Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

My nikah outfit...........



Nak cerita apa eh? Nak cerita pasal persiapan kahwin rasa macam kecut perut! Haha...since saya dah mula kerja ni banyak plan yang dulu rancang tergendala. Dah la kerja jauh ok. Nak balik KL selalu pun payah.. So, banyak lagi benda tak settle. Sekarang, mak saya yang dah jadi ala-ala bridezilla. Sedang saya mood masih tenang-tenang lagi. Bajet sempat la tu....Hohohoho....

Cuma sekarang dah nak masuk tengah bulan. Sepatutnya encik designer dah kena contact saya untuk first fitting! Tapi, dari sehari ke sehari saya tunggu masih juga tak ada khabar berita. Tensen tau! I know belum lagi masuk exactly tengah bulan but ALMOST. He is suppose to inform me earlier sebab I nak kena tempah bus/flight ticket untuk balik KL. Lagi pun bukan setiap weekend I'm available. Sebab tu I nak sangat dia inform I awal-awal supaya senang kerja I. I boleh aje relax relax lagi tapi my mom dah bunyi-bunyi tanya itu ini. Jadi, saya jadi pusing nak menjawab pertanyaan mama. Alahai... Please please Mr Designer....please contact me. I pun dah tak sabar nak tengok apa jadi dengan kain tu okay.

So sebelum bajuku siap layankan lah beberapa design nikah outfit yang pernah saya angan-angankan. Huhu... Saya memang suka simple aje! Agak-agak baju nikah nanti serupa yang mana?

Ni saya suka tang kat bawah dada tu. Memang berkenan sangat kalau wedding dress ada elemen macam ni! My baju nikah harus ada.... ;P


Style awal-awal yang saya berkenan. Exactly macam ni. Jubah style. So, baju nikah saya akan ada elemen jubah dikacuk dengan dress! Haha...


Last but not least, memang paling suka design ni. Suka kat baju tu sebab ada ala-ala mcm jaket. Oleh kerana saya telah pilih elemen dari gambar satu maka design ni dah tak cocok lagi. Takperlah, nanti tempah design gini untuk mana-mana majlis keparat koporat!


What's your dream wedding dress?@rindu

The doorgifts

Salam to you all yang sudi datang dan jenguk-jenguk blog zainur yang dah lama tidak di update nih. Aihh....biasalah bila dah start kerja mestilah sibuk. Rasa tak sempat nak fikir tentang persiapan kahwin tau. Tanpa saya sedari tinggal 130 hari aje lagi... Aduhai....mula rasa nak gila kejap!

Hari itu, saya sempat balik KL kejap. The main reason sebab nak bantu my mom pindah barang dan kemas rumah baru kami. Actually bukan rumah baru pun tapi, since baru lepas renovate nampak mcm new house lah. Bayangkan saya sampai pada pagi Jumaat terus aje buat kerja-kerja pindah randah ni dan cuci rumah. Memang penat sangat. And the next day terpaksa balik ke PC semula because hari Ahad kerja. Pulak tu ada perjumpaan dengan VC jam 7.30 pagi. Serius sangat keletihan! I tak sempat pun nak jumpa Elya untuk tengok Premium Beautiful dia tu.

Tapi, ditengah-tengah kesibukan itu saya sempat lah shopping barang untuk majlis nanti which is doorgifts untuk para tetamu. The doorgift ini I akan buat sendiri. I am planning to give chocs kurma untuk jemputan I. Dan cokelat kurma tu I akan isi dalam bekas seperti dalam gambar ini.

Dan bekas ini nanti I akan decorate mengikut my wedding theme- hijau-pink! Bekas ini I beli secara pukal dengan harga RM 320 untuk 2000 pcs. Kira dalam 16 sen untuk satu kotak. Murahlah compare dengan sesetengah vendor yang jual dalam 20 sen sekotak tau. Huhu....

Next, my tunang dengan future mother in law akan datang PC melawat saya pada 5 dan 6 Jun ni. Di kesempatan yang ada nanti saya dan dia akan survey cincin kahwin. Hopefully adalah jumpa satu yang berkenan di hati. Saya pun belum decide dengan sepenuh jiwa lagi nak emas putih ka atau emas biasa. Saya sebenarnya tak kisah sangat pasal saya bukan jenis yang pakai barang kemas kot. Apa saja dari dia saya terima sepenuh jiwa. Tapi, kalau suatu masa nanti bila ada rezeki lebih dan dia nak hadiahkan saya set berlian ke saya suka aje. Hehehe....

Okaylah. Cukuplah dulu setakat ini saja. Nanti hujung minggu saya try update lagi. Nak tulis panjang-panjang tapi dalam kepala dok fikir macam-macam. Haihhh....


Yang Terindah- Dakmie

Sekarang ni dekat TV3 tengah top dengan cerita Adamaya. Saya pun agak tergila-gila juga untuk terus menonton episod demi episod cerita ini. Bukan tergila-gila dengan pelakon dia ok! For those yang tak tahu, Adamaya ni adalah drama bersiri yang tercetus daripada filem 'I'm Not Single' lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil. Tapi untuk drama bersiri ini watak Adam tu dibawa oleh pelakon Se1n yang tak kurang hensemnya. Haha... (Marah en tunang i komen macam ni).

Sejak menonton cerita ni saya jadi sangat 'meroyan' dengan lagu tema dia ok. Senikata dia sangat halus dan menusuk kalbu. Dan saya nak dedicate lagu ini untuk bakal suami saya. Walaupun dia tak tahu menahu tentang blog ni but hope one day after nikah dia akan baca semua yang saya tulis kat sini. And this song is for you abang.....



BTW, nama lagu ni Yang Terindah!

Baju Nikah Dear dah siap!

Lama gila tak update pasal persiapan kahwin. Hari itu dah sibuk dengan perpindahan ke Kelantan, jadi siaran tergendala sekejap. Apatah lagi nak menyesuaikan diri dengan persekitaran kat sini. Tapi, entry pasal nuffnang dan ProjectAlpha macam tak boleh miss lak. Haha... Bukan apa, ni la salah satu ekstra income yang saya boleh dapat melalui blogging. Nak harapkan sangat orang klik-klik iklan kat blog saya ni berapa lah sangat.

Actually, saya pun baru join nuffnang dalam 2 bulan yang lepas dan baru dalam sebulan ni kenal nuffnang secara dekat. So far pendapatan saya Rm50 sebulan. Kiranya sekarang dah cecah lebih angka RM100 la ya hanya dengan join ProjectAlpha ni. Kira not bad juga la kan? Kalau dah cecah RM200 nanti nak cash out la. Kira boleh la saya belanja itu untuk bayar my makeup artist nanti. Kerja kahwin ni memang banyak nak pakai duit. So, bila dapat extra income ni tak der la terasa sangat kan. Kira ada wang keluar ada juga wang masuk. Jangan keluar aje memanjang nanti bankrup pula! So, dengan adanya nuffnang ni dunia blogging jadi indah gitu. Thanx to Nuffnang!

BTW, baju nikah Encik Tunang dah siap. Excited bukan main lagi dia. Semalam dia tunjuk kan saya live via YM thru webcam la. Tapi, dia tunjuk aje tak pakai pun depan saya. Dia kata tunggu time nak nikah nanti. Jadi terpaksa lah saya bersabar ye. My designer pun ada contact ritu katanya tengah bulan ni first fitting. Yeay! Lately, dia tengah sibuk dengan fashion show. So, still ada kesempatan la untuk saya mengempiskan perut yang membesar masa zaman mengangur dulu. Haha...

And, tengah bulan ni we all bercadang untuk beli cincin nikah. Encik tunang akan datang dengan mak nanti kat Kelantan ni. Masa time tu la akan survey-survey and kalau berkenan beli terus. Dan bulan 6 nanti kita orang akan start beli barang hantaran. We plan nak beli kat KL sebab banyak choices. Hopefully semua yang dirancang berjalan mengikut jadual. Huhu...

Okla till then we meet again!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs