So, ada masa sebulan lah nak settle itu ini termasuk lah mencari rumah sewa nun kat KB sana. Ada sesiapa orang KB sini yang tahu menahu tentang rumah sewa? Tolonglah hubungi saya ya di zainur1925@gmail.com. Bantuan dan informasi anda sangat penting buat saya. Kalau boleh saya nak pergi sana terus angkut bawa barang-barang. Penat lah kalau nak mengulang dua tiga kali. Sudahlah jauh. Duit minyak dan tol pun kena fikir juga kan?
Ada beberapa orang bertanya tentang bajet hantaran. Kalau buat sendiri memang sangat bajet dan murah lah. Kalau guna bunga plastik lagi murah dari bunga segar. Sekarang ada banyak bunga-bunga plastik yang menyerupai bunga segar. Tak percaya sila pergi ke SSF. Cantik-cantik semuanya. Banyak pilihan mengikut bajet dan kesesuaian kamu. Pada pandangan peribadi saya, lebih baik guna bunga plastik dari bunga segar yang mahal tapi akan layu selepas itu. Kalau bunga plastik kamu boleh guna lagi atau setidak-tidaknya lelong pada harga yang murah untuk bride to be yang lain. Jimat duit dan tidak membazir! Saya tak dapat bayangkan dekorasi pelamin dan dewan yang menggunakan beribu-ribu bunga segar. Sudahlah membazir bukan tahan lama pun. Saya sangat menghargai alam semulajadi. Jadi bila dieksploitasi begini saya rasa nak marah pun ada. Tapi, itu hak individu lah kan. Bagi pencinta alam sekitar macam saya memang lain lah pandangan dan fikirannya. Jangan ada yang melenting dan terasa hati pula ya!
Untuk mereka yang tak berapa pandai mengubah hantaran atau mengalami kengkangan masa serta bajet yang ciput boleh try anniecraft. Dia ada menawarkan beberapa pakej yang bersesuaian dan menikut kemampuan anda. Hari itu saya ada berYM dengan Puan Annie ni. Sangat ramah dan banyak membantu walaupun saya tak tempah apa-apa dari beliau. Harga termurah untuk gubahan hantaran yang beliau buat adalah sekitar RM35- 40 sedulang. Ok la jugak kan. Tapi, tak boleh expect much la kata beliau. Kerana yang ada sekuntum bunga besar aje.
Gubahan hantaran saya pula, akan buat sendiri (DIY) seperti waktu bertunang dulu. Kat bawah ni antara bunga-bunga dip yang dibuat sendiri. Cuba teka, agak-agak yang mana yan saya akan guna untuk hiasan bunga dulang saya nanti?
kekwa ke ni?
ros
orkid
Nota: Esok ada